omniture

Naib Presiden Kanan Envision Energy Kane Xu Tonjol Inovasi Teknologi sebagai Pemacu Utama Tenaga Boleh Baharu di COP29

Envision Energy
2024-11-20 15:26 2

BAKU, Azerbaijan, 20 November 2024 /PRNewswire/ -- Persidangan Pihak-pihak Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (COP29) ke-29 sedang berlangsung di Baku, Azerbaijan. Kane Xu, Naib Presiden Kanan Envision Energy dan Presiden Barisan Produk Perniagaan Antarabangsa, diundang ke persidangan ini dan mengambil bahagian dalam panel berhubung tadbir urus iklim global sebagai wakil perusahaan tenaga boleh baharu global yang terkemuka.

Panel The Great Wind Re-set: Getting Wind Energy Back on Track for a 1.5°C World
Panel The Great Wind Re-set: Getting Wind Energy Back on Track for a 1.5°C World

Di sesi panel The Great Wind Re-set: Getting Wind Energy Back on Track for a 1.5°C World, anjuran Global Wind Energy Council (GWEC), Kane Xu menekankan bahawa inovasi teknologi merupakan kunci untuk mempercepat peralihan tenaga bersih. Sasaran 1.5°C, yang dicadangkan oleh International Renewable Energy Agency (IRENA) pada tahun 2023, menyokong peningkatan tiga kali ganda kapasiti tenaga boleh baharu global menjelang tahun 2030 untuk mengehadkan pemanasan global dalam lingkungan 1.5°C. Walau bagaimanapun, menurut GWEC, pencapaian sasaran 2.7 TW bagi kapasiti angin terpasang menjelang tahun 2030 akan menjadi sesuatu yang mencabar ekoran pertumbuhan kuasa angin global yang perlahan pada masa ini.

Kane menekankan bahawa inovasi yang berterusan dalam teknologi tenaga boleh baharu merupakan kunci untuk mencapai matlamat ini. Ini termasuk menjadikan reka bentuk turbin angin lebih modular bagi menangani cabaran pengangkutan yang ditimbulkan oleh turbin yang lebih besar, memastikan bahan mentah turbin lebih mesra alam, meningkatkan kecekapan penjanaan tenaga boleh baharu dan memastikan kestabilan dan keselamatan grid apabila mengintegrasikan tenaga boleh baharu pada skala besar - kesemuanya boleh dicapai melalui inovasi teknologi.

"Bagi membina sokongan global untuk misi tenaga angin, kita haruslah menyatukan inovasi, dasar dan manusia—memacu akses yang saksama kepada kuasa bersih, memupuk kolaborasi rentas sempadan dan memastikan setiap turbin berputar demi kemajuan dan juga planet, kesemuanya sambil menangani krisis iklim global dan mengatasi cabaran peralihan tenaga," kata Kane.

Panel Driving Sustainable Water and Energy Transitions
Panel Driving Sustainable Water and Energy Transitions

Di samping itu, atas jemputan Azerbaijan, negara tuan rumah COP29, Kane menghadiri panel Driving Sustainable Water and Energy Transitions, di mana beliau berkongsi pandangannya tentang bagaimana inovasi dalam tenaga angin dan penyimpanan tenaga sudahpun membuka jalan untuk meningkatkan kecekapan tenaga boleh baharu, mengurangkan emisi karbon daripada penyahgaraman dan memacu peralihan global yang mampan. Beliau menekankan komitmen Envision untuk menyumbang kepada peralihan hijau global dengan menawarkan penyelesaian inovatif dalam turbin angin, penyimpanan tenaga dan hidrogen hijau, kesemuanya bertujuan untuk mencapai misi bagi mengatasi cabaran untuk masa depan yang lestari.

Source: Envision Energy
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Environmental Issues Cision Influencer List - ESG