KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 November 2024 – Webull Securities (Malaysia) Sdn. Bhd. ("Webull Malaysia"), subsidiari Webull Corporation, pemilik platform pelaburan digital popular yang mencapai lebih 40 juta muat-turun, hari ini mengumumkan pelancaran saluran perbankan Islam. Ciri baharu ini menawarkan fleksibiliti kepada pelabur tempatan untuk memilih mendepositkan dana ke dalam akaun dagangan Webull mereka melalui bank Islam atau bank konvensional. Usaha ini telah menjadikan Webull Malaysia platform pembrokeran runcit dalam talian sepenuh pertama yang menawarkan perkhidmatan sedemikian di negara ini.
Gerbang dwi perbankan ini menyediakan sistem pertukaran mata wang dan deposit yang lancar dan fleksibel kepada kedua-dua pelabur Islam dan bukan Islam. Pelabur yang ingin mendepositkan dana ke dalam akaun dagangan mereka dengan pilihan pembiayaan patuh Syariah. Dengan ciri baharu ini, bersama-sama dengan yuran deposit sifar, tanpa faedah dan kemudahan perbankan berasaskan perkongsian keuntungan, dijangka dapat meningkatkan pengalaman perdagangan secara keseluruhan.
Memenuhi keperluan pelabur tempatan
Saluran perbankan Islam baharu Webull Malaysia bertujuan untuk memenuhi pelbagai keperluan pelabur tempatan, terutamanya pelabur yang ingin melabur dalam ekuiti patuh Shariah dan dana dagangan bursa (ETF) merentas pasaran saham Malaysia dan Amerika Syarikat. Tambahan lagi, penunjuk Shariah sedia ada untuk saham dan ETF A.S. pula dapat meningkatkan pengalaman pelabur secara keseluruhan dengan menjadikannya lebih mudah dan lebih cekap untuk diakses dan berdagang aset patuh Shariah di platform Webull.
Kenneth Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Webull Malaysia, berkata, "Kami amat berbangga menjadi platform pembrokeran runcit dalam talian pertama di Malaysia yang menawarkan fleksibiliti kepada pelabur tempatan untuk mendepositkan dana ke dalam akaun dagangan mereka melalui bank Islam. Pelancaran saluran perbankan Islam seiring dengan penambahbaikan dalam penyaring saham Shariah akan membolehkan pelabur mendepositkan dana ke dalam akaun dagangan mereka dengan cara yang sejajar dengan keperluan dan prinsip pelaburan mereka. Dengan menawarkan pilihan kepada pelabur tempatan untuk memilih antara pembiayaan bank Islam dan konvensional untuk akaun Webull mereka, kami berhasrat untuk menyediakan pengalaman perdagangan yang inklusif, lancar dan mudah diakses untuk semua pelabur. Kami juga komited untuk meningkatkan pengalaman pelabur tempatan dengan menawarkan versi aplikasi dagangan Webull MY yang disetempatkan sepenuhnya. Ciri ini membolehkan pengguna menterjemahkan semua kandungan dengan lancar -- daripada paparan portfolio hingga berita tempatan dan antarabangsa terkini, serta bahan pendidikan yang disediakan - ke dalam Bahasa Melayu, untuk memastikan pengalaman yang boleh diakses dan disesuaikan kepada pengguna Malaysia kami. Kami amat berbesar hati untuk menyokong keperluan komuniti pelaburan Malaysia dan tetap komited untuk membangunkan produk inovatif yang meningkatkan kemudahan dan kebolehcapaian untuk pelabur."
Sorotan produk utama
Dengan ciri dwi perbankan terbaharu ini, Webull Malaysia menyasarkan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu platform pembrokeran runcit dalam talian sepenuhnya yang terkemuka di Malaysia dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan khas pelabur tempatan.
Pelabur di Malaysia akan dapat:
1. Memaksimumkan pelaburan mereka dengan kos dagangan yang telus, rendah dan kompetitif dalam saham Malaysia dan A.S.
2. Ciri-ciri untuk menyokong keperluan dan matlamat kewangan pelabur tempatan
Sebagai tambahan kepada saluran perbankan Islam baharu, Webull Malaysia kini menawarkan kepada pelabur satu set alat dagangan profesional yang merangkumi lebih daripada 17 alat pembuat carta dan lebih daripada 58 penunjuk teknikal. Platform ini juga menyediakan penarafan penganalisis yang profesional dan tepat pada masanya mengenai pelbagai ekuiti bagi membantu pelabur memperhalus strategi dan analisis pelaburan mereka. Dengan antara muka Webull Malaysia yang mesra pengguna, pelabur dari semua peringkat mampu berdagang dan memiliki saham pecahan bermula dari hanya USD 5.
Memandang ke hadapan, Webull Malaysia akan terus komited dalam membangunkan produk baharu serta meningkatkan produk dan perkhidmatannya untuk memenuhi keperluan pelabur tempatan, memperkasa pelabur baharu dan pelabur berpengalaman untuk memanfaatkan peluang pasaran global melalui platform yang selaras dengan nilai dan matlamat kewangan mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan Webull, sila layari laman web: https://www.webull.com.my/
Hubungan media:
Cognito untuk Webull
Webull@cognitomedia.com
Mengenai Webull:
Webull ialah platform pelaburan digital terkemuka yang dibina di atas infrastruktur global generasi akan datang. Kumpulan Webull beroperasi di 15 wilayah di seluruh dunia dan disokong oleh pelabur ekuiti swasta di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Webull menawarkan perkhidmatan kepada 20 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia, menyediakan pelabur runcit dengan akses 24/7 kepada pasaran kewangan global. Pengguna boleh melaksanakan strategi pelaburan yang berkesan untuk berdagang saham global, ETF, opsyen, niaga hadapan dan saham pecahan melalui platform dagangan Webull. Ketahui lebih lanjut di https://www.webullcorp.com/.