omniture

TalentCorp Mengiktiraf Pemimpin DEI dan Kelestarian melalui Anugerah LIFE AT WORK Awards 2024

Talent Corporation Malaysia Berhad
2024-11-21 13:01

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 November 2024 /PRNewswire/ -- Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), telah mengumumkan pemenang Anugerah LIFE AT WORK Awards (LAWA) 2024, yang mengiktiraf organisasi yang menerajui prinsip Kepelbagaian, Kesaksamaan, dan Keterangkuman (DEI) serta amalan nilai di tempat kerja yang mampan.

YB Steven Sim Chee Keong, Menteri KESUMA dan YB Dato' Sri Abdul Rahman Bin Mohamad, Timbalan Menteri KESUMA bersama kesemua pemenang LIFE AT WORK Awards (LAWA) 2024.
YB Steven Sim Chee Keong, Menteri KESUMA dan YB Dato' Sri Abdul Rahman Bin Mohamad, Timbalan Menteri KESUMA bersama kesemua pemenang LIFE AT WORK Awards (LAWA) 2024.

Majlis yang bertemakan "Mengiktiraf Kecemerlangan DEI untuk Kerja, Tempat Kerja, dan Tenaga Kerja yang Mampan", anugerah tahun ini mencerminkan kepentingan yang semakin meningkat terhadap strategi inklusif dan tanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar dalam membentuk tenaga kerja Malaysia.

Berucap pada majlis tersebut, YB Steven Sim Chee Keong, Menteri KESUMA, menekankan bahawa visi Malaysia MADANI menekankan aspek pembinaan masyarakat dan ekonomi yang inklusif, di mana tiada seorang pun yang akan tercicir. Komitmen ini mencerminkan pembudayaan prinsip DEI (Kepelbagaian, Kesaksamaan, dan Inklusiviti) di tempat kerja.

"Inisiatif seperti Anugerah LIFE AT WORK Awards ini memainkan peranan penting dalam mencapai sasaran 60% kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja, seperti yang digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI yang menjadi langkah penting untuk mencapai kesaksamaan serta pertumbuhan ekonomi.

KESUMA telah memperkenalkan pembaharuan legislatif termasuk pindaan kepada Akta Kerja 1955, yang kini sejajar dengan piawaian global dengan menyediakan 98 hari cuti bersalin, cuti paterniti, dan perlindungan yang lebih kukuh untuk pekerja wanita yang hamil. Selain itu, KESUMA turut memperkenalkan Aturan Kerja Fleksibel (FWA) memberi kelebihan kepada pekerja untuk memohon jadual kerja yang lebih fleksibel sebagai satu langkah ke arah keseimbangan kehidupan bekerja yang lebih baik.

 Anugerah LIFE AT WORK Awards meraikan usaha-usaha transformasi ini, selaras dengan visi Ekonomi MADANI untuk membentuk tenaga kerja yang mampan, inklusif, dan berwawasan," katanya.

Anugerah LIFE AT WORK Awards (LAWA) Edisi ke-9 tahun ini, memperkenalkan kategori baharu yang berfokus kepada kelestarian dengan penanda aras yang telah diperhalusi, membolehkan pengiktirafan yang merangkumi 38 anugerah dalam 14 kategori. LAWA 2024 mencatatkan penyertaan tertinggi dengan lebih 200 organisasi dan 713 pencalonan anugerah, meliputi Syarikat Tersenarai Awam (PLC), Syarikat Multinasional (MNC), Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS), serta Organisasi Awam.

YB Wong Shu Qi, Pengerusi TalentCorp, turut menegaskan komitmen agensi tersebut untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan, terutamanya pemimpin industri, bagi mewujudkan tempat kerja yang inklusif di mana para pekerja dapat berkembang maju.

"Majikan yang memberikan keutamaan kepada keperluan bakat semasa akan mendapat manfaat seperti peningkatan produktiviti, mengurangkan kadar aliran keluar masuk pekerja, dan meningkatkan hasil perniagaan yang lebih kukuh," katanya. "Organisasi yang progresif bukan sahaja menarik dan mengekalkan bakat terbaik tetapi juga membina budaya keterangkuman dan menyumbang kepada matlamat yang lebih besar. Menerusi inisiatif seperti Career Comeback Programme, Bengkel FWA, serta Program Perhubungan Rangkaian dan Bimbingan, TalentCorp komited untuk menyokong majikan di seluruh negara dalam memacu perubahan positif ini."

Antara Pemenang Anugerah LAWA 2024 adalah seperti berikut:

  • Organisasi Tersenarai Awam Terbaik       : Sunway Group
  • Organisasi Sendirian Berhad Terbaik       : Zuspresso (M) Sdn Bhd
  • Organisasi Antarabangsa Terbaik             : Micron Memory Malaysia Sdn Bhd
  • Organisasi Kecil dan Sederhana Terbaik  : Central Force International Sdn Bhd
  • Organisasi Sektor Awam Terbaik              : Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Majlis tersebut dihadiri oleh lebih 750 tetamu, termasuk YB Dato' Sri Abdul Rahman Bin Mohamad, Timbalan Menteri KESUMA, serta pegawai kanan, pemimpin industri, dan finalis anugerah.

Memacu Agenda Tenaga Kerja Malaysia

TalentCorp melihat Anugerah LAWA sebagai platform utama untuk mempromosikan amalan terbaik dalam kecemerlangan tempat kerja yang juga merupakan sebahagian daripada mandat mereka untuk memajukan strategi tenaga kerja negara. Dengan menonjolkan kecermelangan pemimpin industri, TalentCorp berharap ia dapat memberi inspirasi kepada lebih banyak syarikat untuk mengadaptasi dasar-dasar yang selaras dengan aspirasi Malaysia ke arah tenaga kerja yang mampan, inklusif, dan berdaya saing di peringkat global.

Menerusi Belanjawan 2025, TalentCorp akan turut memudahcara pemberian insentif cukai kepada majikan yang menggaji wanita yang kembali bekerja, melaksanakan Pengaturan Kerja Fleksibel (FWA), dan menawarkan cuti penjagaan berbayar. Langkah ini akan terus memacu aspirasi Malaysia ke arah tenaga kerja yang mampan, inklusif, dan berdaya saing.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lifeatwork.my

Mengenai Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp)

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang memacu strategi bakat Malaysia ke arah menjadi hab bakat yang dinamik. Untuk menyokong pertumbuhan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, TalentCorp bekerjasama dengan sektor awam dan swasta dalam inisiatif untuk menarik, memupuk, dan mengekalkan kepakaran terbaik yang diperlukan untuk memenuhi permintaan bakat semasa dan masa hadapan. Pada Mac 2024, TalentCorp diberi mandat selaku badan pemikir strategik KESUMA serta memperluas kerjasama dengan jabatan dan agensi kementerian untuk menangani cabaran yang semakin berkembang dalam tenaga kerja Malaysia.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif TalentCorp, layari www.talentcorp.com.my ataupun ikuti @TalentCorpMsia di media sosial LinkedIn, Twitter, Facebook dan Instagram.

Source: Talent Corporation Malaysia Berhad
Keywords: Workforce Management/Human Resources Awards Women-related news DEI Page