~ ShemarooVerse, yang dilancarkan secara eksklusif di PWR Chain, menggabungkan perpustakaan kandungan luas Shemaroo Entertainment dengan teknologi blockchain canggih. ~
MUMBAI, India, 21 November 2024 /PRNewswire/ -- Shemaroo Entertainment, peneraju dalam industri media dan hiburan India selama lebih enam dekad, telah mengumumkan perkongsian strategik dengan PWR Chain, sebuah infrastruktur blockchain Layer 0 yang canggih. Melalui perikatan ini, PWR Chain menjadi rakan rasmi blockchain untuk ShemarooVerse, platform imersif Shemaroo Entertainment yang bertujuan untuk menyampaikan kandungan imersif generasi akan datang. Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting dalam landskap hiburan dan teknologi India, menggabungkan penawaran kandungan Shemaroo yang luas dengan keupayaan blockchain PWR Chain yang berskala dan cekap alam sekitar.
Dengan jejak digital yang luas merangkumi lebih daripada 50 saluran kandungan di YouTube, Shemaroo Entertainment memiliki lebih daripada 200 juta pelanggan dan memperoleh 100 juta tontonan harian merangkumi pelbagai kategori, termasuk Bollywood, serantau, televisyen, keagamaan dan hiburan kanak-kanak. ShemarooVerse akan memanfaatkan infrastruktur pengagihan pusat berkelajuan tinggi PWR Chain untuk mencipta pengalaman digital yang imersif dan interaktif bagi penonton di India dan di luar negara.
Teknologi blockchain PWR Chain adalah antara yang paling mampan, beroperasi dengan jejak karbon minimum. Berbeza dengan blockchain konvensional yang memerlukan sumber tenaga yang tinggi, PWR Chain mencapai throughput yang tinggi dengan kuasa yang minimum, memproses lebih daripada 300,000 transaksi per saat sambil hanya menggunakan satu teras CPU bagi setiap nod pengesah. Kecekapan ini membolehkan ShemarooVerse berkembang tanpa halangan tanpa memberi impak kepada alam sekitar, menetapkan piawaian baharu dalam teknologi blockchain hijau untuk industri hiburan.
Seiring dengan peralihan portfolio IP besar Shemaroo Entertainment ke atas blockchain, infrastruktur PWR Chain menawarkan peluang unik kepada pencipta untuk mengewangkan kandungan mereka melalui tokenisasi dan koleksi digital, satu inovasi penting dalam landskap kandungan di India.
Saling kendali dan kebolehan berkembang lanjutan PWR Chain membolehkan ShemarooVerse memanfaatkan reka bentuk mesra pembangun PWR Chain, blockchain pertama yang membolehkan penyebaran aplikasi perisian penuh menggunakan bahasa pengaturcaraan tradisional. Dengan memanfaatkan kepantasan pemprosesan serta keselamatan kalis kuantum PWR Chain, ShemarooVerse menyediakan ruang digital yang selamat, dinamik, dan imersif untuk pengguna berinteraksi secara autentik dengan kandungan ikonik Shemaroo.
Arghya Chakravarty, Ketua Pegawai Operasi Shemaroo Entertainment, berkata, "Bekerjasama dengan PWR Chain menandakan lompatan transformatif dalam penglibatan digital untuk Shemaroo Entertainment. ShemarooVerse akan mendapat manfaat daripada kepantasan, keboleh berkebang dan kemampanan infrastruktur blokchain PWR Chain, yang menawarkan pengalaman hiburan yang lebih mendalam dan selamat kepada penonton. Kami berasa teruja untuk merealisasikan ShemarooVerse dengan cara yang selari dengan keutamaan digital pengguna yang semakin berkembang."
Melanie Mohr, Ketua Pegawai Eksekutif di PWR Labs, menambah,"Kepimpinan Shemaroo Entertainment dalam hiburan India menyediakan platform yang ideal untuk menunjukkan teknologi rantai blok mesra alam berprestasi tinggi PWR Chain. Kerjasama strategik ini bukan sahaja menggariskan potensi rantai blok untuk meningkatkan pengalaman digital tetapi juga meletakkan PWR Chain untuk memacu pertumbuhan dan mewujudkan peluang yang menarik dalam industri hiburan India."
Kerjasama strategik ini menonjolkan komitmen Shemaroo terhadap inovasi digital dan membuka lembaran baharu bagi industri hiburan India dengan menghubungkan media tradisional kepada Web3. Dengan menjadikan PWR Chain sebagai platform eksklusif untuk ShemarooVerse, Shemaroo Entertainment dan PWR Chain bersiap sedia untuk mengubah landskap digital India, menyediakan cara baharu dan dinamik bagi pencipta dan peminat untuk berinteraksi dengan kandungan.
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2561483/ShemarooVerse_x_PWR_Chain.jpg?p=medium600