omniture

Kejituan Bertemu Kuasa: Vantage Raikan 15 Tahun dengan Video Ulang Tahun Baharu, "The Ultimate Trading Machine"

Vantage
2024-11-21 17:39 21

PORT VILA, Vanuatu, 21 November 2024 /PRNewswire/ -- Meraikan kecemerlangan selama 15 tahun, broker berbilang-aset yang terkemuka Vantage Markets (atau "Vantage") melancarkan sebuah video yang bertajuk "The Ultimate Trading Machine*", sebagai satu penghormatan kepada 15 tahun inovasi, kejituan dan usaha tanpa henti untuk memperkasakan pedagang di seluruh dunia. Video ini merangkumi perjalanan Vantage dan mencerminkan semangat jenama ini yang berani dan bercita-cita tinggi.


Precision Meets Power: Vantage Marks 15 Years with New Anniversary Video, “The Ultimate Trading Machine”

"Dalam usaha mengejar kecemerlangan, kejituan dan kepantasan adalah segala-galanya," menurut video ini. Selama 15 tahun, Vantage telah berada di barisan hadapan inovasi, terus berkembang untuk memenuhi keperluan pedagang. Bermula dengan pelancaran alatan seperti aplikasi mudah alih proprietari dan platform Copy Trading, hingga penyepaduan dengan TradingView. Dalam penilaian terkini yang dijalankan oleh Investing.com, Vantage muncul di kedudukan teratas dalam pelbagai metrik utama, termasuk leveraj, nilai spread, kestabilan spread, kadar tiada gelinciran, kedalaman pasaran dan daya saing swap, yang dijalankan dijalankan semasa salah satu tempoh yang paling tidak menentu - pilihan raya A.S. Vantage tekal menetapkan piawaian baharu, mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global bagi perdagangan dalam talian

Sejak penubuhannya, syarikat ini memperoleh lesen di UK, Australia, Afrika Selatan, Kepulauan Cayman dan Vanuatu, mengukuhkan kedudukannya sebagai broker yang dipercayai dan dikawal selia. Selama bertahun-tahun, Vantage komited untuk menjadi jenama model buat pedagang, menjalin perkongsian dengan organisasi-organisasi yang disegani seperti NEOM McLaren Extreme E, UNESCO dan UNHCR, bagi memastikan ia turut menyumbang secara positif kepada masyarakat.

"Selama 15 tahun, Vantage mendorong cita-cita dengan alatan yang memperkasakan pedagang untuk menyerlahkan potensi perdagangan penuh mereka," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi dan Dagangan. "'The Ultimate Trading Machine' bukan sekadar slogan—ia merupakan dedikasi kami terhadap kejituan dan kemajuan."

Geraldine Goh, Ketua Pegawai Pemasaran, menambah, "Video ini merakamkan perjalanan Vantage—15 tahun inovasi, cita-cita dan dedikasi untuk memperkasakan pedagang. Matlamat kami adalah untuk memberi inspirasi kepada pedagang untuk mencapai sasaran yang lebih tinggi, dengan adanya Vantage yang akan sentiasa berada di sisi, melangkaui batasan bersama-sama mereka."

Perjalanan Vantage diteruskan dengan fokus untuk menetapkan piawaian industri baharu, menyediakan ciri-ciri canggih dan memperkasakan pedagang untuk berjaya.

Alami perjalanan 15-tahun Vantage dan lihat "The Ultimate Trading Machine" beraksi di sini.

Ketahui lebih lanjut mengenai ulang tahun ke-15 Vantage di sini.

Latar Belakang Vantage

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang-aset yang menawarkan kepada pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage

AMARAN RISIKO: Perdagangan CFD membawa risiko yang besar. Anda boleh mengalami kerugian lebih banyak daripada pelaburan awal anda.

*'The Ultimate Trading Machine' ialah istilah pemasaran dan tidak menunjukkan prestasi terjamin.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Broadcast Technology Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Sports Telecommunications Broadcast feed announcements New products/services Financial Technology