PARIS, 21 November 2024 /PRNewswire/ -- Huawei dan rakan-rakan kongsi TECH4ALL yang utama mempamerkan peranan inisiatif TECH4ALL Huawei yang semakin meningkat dalam transformasi digital dan hijau Eropah di Huawei Connect Paris 2024.
Jeffrey Zhou, President of ICT Marketing for Huawei, delivers a welcome speech at the TECH4ALL Forum
Forum TECH4ALL pada hari pertama Huawei Connect meneroka beberapa projek TECH4ALL yang baharu dan sedia ada serta nilai yang dicipta olehnya dalam memacu pembangunan mampan demi manfaat manusia dan juga planet ini.
"Kami percaya bahawa teknologi dan perkongsian menjadi nadi dalam transformasi digital dan hijau serta tumpuan utama untuk membina dunia digital yang inklusif dan lestari," kata Jeffrey Zhou, Presiden Pemasaran ICT di Huawei. "Itulah pemikiran di sebalik inisiatif TECH4ALL kami, yang kami lancarkan lima tahun lalu iaitu pada tahun 2019 dan hari ini ia menjadi lebih kuat berbanding sebelumnya."
Di acara ini, International Union for Conservation of Nature (IUCN) memperkenalkan perkongsian global Tech4Nature, yang dilancarkan secara bersama oleh Huawei dan IUCN pada tahun 2020 untuk meningkatkan kejayaan dalam pemuliharaan alam semula jadi melalui inovasi teknologi. Sejajar dengan inisiatif TECH4ALL Huawei dan Senarai Hijau IUCN, Tech4Nature telah menyokong 11 projek utama di lapan negara dengan penyelesaian yang disesuaikan untuk cabaran pemuliharaan.
"Tech4Nature ialah satu perkongsian global antara sektor pemuliharaan alam semula jadi yang diterajui oleh IUCN dan sektor teknologi yang diterajui oleh Huawei. Ia merupakan perkongsian yang amat penting kerana teknologi perlu menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada krisis biodiversiti dan iklim yang dihadapi oleh planet ini. Tech4Nature ialah tentang memanfaatkan inovasi dan tenaga dalam sektor teknologi bagi membantu menyelesaikan isu-isu ini," kata James Hardcastle, Pengarah Kawasan Dilindungi dan Dipelihara Global untuk IUCN.
Fasa II Tech4Nature bermula pada tahun 2024 dengan projek-projek baharu dilancarkan atau dijadualkan di lima negara, termasuk projek pemantauan dan perlindungan biodiversiti di Sierra Nevada, Sepanyol, yang dilancarkan minggu lalu.
Syarikat pemula Greek PROBOTEK memperkenalkan sistem pencegahan dan tindak balas kebakaran hutan baharu yang dibangunkan di bawah inisiatif TECH4ALL. Bekerjasama dengan kerajaan Greece, rakan kongsi projek PROBOTEK, National and Kapodistrian University of Athens, serta Huawei memilih Skiathos pada Oktober 2024 sebagai tapak perintis untuk Fasa II penyelesaian ini. Terdiri daripada sensor, 5G, AI dan dron, penyelesaian ini dijangka mengurangkan kemusnahan yang berpotensi terjadi yang disebabkan oleh kebakaran hutan dengan mendayakan tindak balas kecemasan dalam '15 minit emas' pertama pengesanan, menghantar laluan pemindahan kepada telefon penduduk dan merancang laluan untuk trak bomba serta ambulans.
Dalam bidang pendidikan, UNESCO bekerjasama dengan TECH4ALL Huawei bagi inisiatif Open School dan UNESCO Campus. Di Forum TECH4ALL, UNESCO membentangkan strateginya untuk meningkatkan ekuiti dan kualiti pendidikan pada skala global, termasuk kerjasamanya dengan Huawei untuk menghidupkan semula Pendidikan STEM dan mempersiap generasi seterusnya dengan kecekapan STEM di Eropah.
"Strategi STEM UNESCO bermatlamat untuk memperkasakan usaha Negara Anggota UNESCO dalam mempromosikan pendidikan STEM dengan membina ekosistem tangkas yang menyokong pembangunan pemikiran kritis, kemahiran menyelesaikan masalah dan inovasi. Ia menekankan beberapa tindakan, termasuk meningkatkan penglibatan belia dalam bidang STEM, meningkatkan kapasiti guru dan menggalakkan kesamarataan jantina dan keterangkuman," kata Magdalena Landry, Pengarah Biro Serantau UNESCO untuk Sains dan Budaya di Eropah.
Rakan-rakan kongsi TECH4ALL Close the Gap dan Konexio meneroka bagaimana projek DigiTruck memacu rangkuman digital melalui latihan kemahiran digital untuk komuniti yang diberi keutamaan di Perancis, termasuk warga emas dan belia menganggur. Sehingga kini, projek ini telah mencecah 6,000 orang di 31 bandar. Di acara DigiTALL yang diadakan pada sebelah malam, kedua-dua rakan kongsi ini menerima anugerah atas sumbangan mereka kepada rangkuman digital dan Matlamat Pembangunan Lestari PBB.
Di bawah inisiatif TECH4ALL, Huawei bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi, termasuk kerajaan, NGO, IGO, pembawa, pertubuhan alam sekitar, universiti dan syarikat teknologi. Melihatkan kepada peranan penting yang dimainkan oleh teknologi dalam memacu keterangkuman dan juga kemampanan, Huawei menjangkakan untuk membangunkan lebih banyak projek dan perkongsian di Eropah pada masa depan.
Latar Belakang TECH4ALL
TECH4ALL ialah Inisiatif dan pelan tindakan rangkuman digital jangka panjang Huawei. Didayakan oleh teknologi dan perkongsian inovatif, TECH4ALL direka untuk mengupayakan keterangkuman dan kemampanan dalam dunia digital.
Kunjungi laman web TECH4ALL Huawei di https://www.huawei.com/en/tech4all
Ikuti kami di X di https://x.com/HUAWEI_TECH4ALL