ORLANDO, Florida, 22 November 2024 /PRNewswire/ -- Sidang media WhiteWater di IAAPA Expo 2024 merupakan suatu perayaan untuk projek-rojek baharu, produk yang mendebarkan dan pencapaian yang wajar diberi perhatian. Syarikat ini mengumumkan pensijilan ISO 14001, memberikan perkembangan terkini tentang projek besar, berkongsi pandangan mengenai trend dan meraikan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Geoff Chutter ke dalam IAAPA Hall of Fame.
WhiteWater’s press conference at IAAPA Expo 2024 was a celebration of new projects, thrilling products, and noteworthy achievements.
Pensijilan ISO 14001 dan Laporan Impak
WhiteWater berbangga untuk berkongsi bahawa syarikat ini telahpun mencapai pensijilan ISO 14001, piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk sistem pengurusan alam sekitar. Ia merupakan jaminan untuk rakan kongsi dan pelanggan bahawa WhiteWater mengambil langkah yang proaktif untuk meminimumkan impak negatifnya ke atas alam sekitar. Skop semasa meliputi pengurusan risiko alam sekitar yang berkaitan dengan pembangunan dan reka bentuk produk, pemasaran, penjualan, pembuatan, logistik, pemasangan dan servis yang berasal dari ibu pejabat, dengan skop untuk berkembang pada tahun-tahun berikutnya.
WhiteWater’s press conference at IAAPA Expo 2024 was a celebration of new projects, thrilling products, and noteworthy achievements.
Mengeluarkan Laporan Impak pertama seumpamanya (muat turun di sini), WhiteWater memperincikan secara terbuka aktiviti alam sekitar, sosial, rantaian bekalan dan tadbir urusnya, yang menunjukkan komitmen yang dimiliki oleh syarikat untuk mengurus perniagaannya secara beretika. Seperti yang diulas oleh Geoff, "Bagaimana kami menjalankan perniagaan sama pentingnya dengan apa yang kami hasilkan." Dan apa yang dilakukan oleh WhiteWater merupakan suatu tarikan yang luar biasa di seluruh dunia untuk pelanggan yang menerobos sempadan.
Atas sebab inilah pelanggan bertaraf dunia kembali kepada kami apabila tiba masanya untuk taman atau pengembangan baharu mereka yang seterusnya.
Pengembangan Yas Waterworld
Telahpun bekerjasama dengan Yas Waterworld sejak penubuhannya, WhiteWater berbangga dapat berkolaborasi sekali lagi dengan Miral, pencipta yang terkemuka bagi destinasi dan pengalaman imersif di Abu Dhabi, untuk projek pengembangan yang paling dinanti-nantikan di Timur Tengah. Yas Waterworld akan meningkatkan kapasiti tetamunya sebanyak 20% pada tahun 2025, memperkenalkan 18 tunggangan baharu dan 3.3 km (2 bt) laluan gelongsor—semuanya daripada WhiteWater—menjadikan jumlah tarikan keseluruhan kepada lebih 70. Menjadi tumpuan utama ialah gelongsor air tertinggi di UAE— Flatline Loop pada ketinggian 40 meter (131 kaki)—dan Shoot the Chute, tunggangan air pertama di dunia yang diintegrasikan ke dalam menara gelongsor air. Mengikuti tema taman warisan Emiriah, tunggangan menghiburkan dengan 20 tempat duduk ini akan memanjangkan jalan cerita Legend of the Lost Pearl dan membawa tetamu terjun setinggi 15 meter (49 kaki) dengan percikan yang menyegarkan untuk penunggang dan juga penonton.
Pengembaraan yang menggalakkan di setiap sudut, sorotan tambahan untuk kawasan pengembangan ini akan merangkumi Master Blasters yang pertama seumpamanya, gelongsor pertandingan Parallel Pursuit yang terbesar dan terpanjang di dunia dan kawasan kanak-kanak baharu yang menampilkan gelongsor Mini Blaster Fusion yang pertama di dunia.
Benua Amerika Mencipta Kejayaan
Sektor senggang Amerika Latin menjadi semakin rancak; pemaju kini sangat aktif, terutamanya dalam sektor hotel dan pusat peranginan. WhiteWater mempunyai beberapa projek yang sedang dijalankan di hartanah yang arif.
Di peringkat serantau, keluarga merupakan kuasa yang mendominasi dan Thermas dos Laranjais di Brazil akan membuka sebuah menara dengan dua tunggangan rakit enam orang, setiap satu merupakan gabungan tiga ciri gelongsor air ikonik yang besar, pada tahun 2025. Satu lagi projek yang menarik perhatian di Brazil ialah water coaster tertinggi di dunia di Beach Park: Master Blaster yang dilancarkan pada ketinggian 27.9 meter (91.5 kaki).
Masih di Brazil, pergerakan taman luncur air menjadi semakin mantap. Satu contoh hebat ialah Endless Surf Angra—bakal menjadi kolam luncur air terbesar di Amerika Selatan—yang akan dibuka pada tahun 2026 di Brasil Surfe Clube yang eksklusif.
Seiring dengan potensi yang ketara, pertumbuhan pasaran Amerika Latin memberi penekanan pada kelestarian, yang mana WhiteWater benar-benar bersedia untuk memberi khidmatnya, dengan usaha berterusan syarikat untuk mengurangkan jejak alam sekitarnya.
Sementara itu di AS, pembukaan projek yang penting pada tahun 2025 termasuk:
Taman Air Tertutup Menjadi Trend
Biarpun taman air tertutup mungkin bukanlah sesuatu yang baharu, kemajuan dalam sistem bangunan, HVAC dan konsep reka bentuk menyokong pertumbuhan baharu dalam segmen ini. Taman air tertutup generasi baharu kini mempunyai pencahayaan yang lebih baik, dengan keupayaan untuk menggabungkan bumbung atau dinding boleh tarik dan menawarkan hiburan tambahan serta bahagian untuk memenuhi keperluan orang dewasa. Contoh beberapa projek terkini, dengan semua tarikan akuatik dibekalkan oleh WhiteWater, termasuk:
Dengan WhiteWater yang menyokong pelanggan di seluruh dunia untuk merealisasikan visi bercita-cita tinggi mereka dan membentuk hiburan akuatik selama empat dekad, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat diberi penghormatan dengan salah satu pengiktirafan tertinggi dalam industri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Geoff Chutter Dilantik ke dalam IAAPA Hall of Fame
Di acara "LEGENDS: A Hall of Fame Celebratory Affair" pada 18 November, Geoff Chutter telah dilantik ke dalam IAAPA Hall of Fame. Sejak menubuhkan WhiteWater pada tahun 1980, Geoff menjadi sangat berpengaruh dalam seluruh industri tarikan, meliputi taman air, taman tema, pusat peranginan dan kawasan luncur air di seluruh dunia. Tidak berhenti setakat itu sahaja, beliau akan meminjamkan kekayaan ilmu dan kepakaran perniagaannya untuk berkhidmat dalam Lembaga Pengarah IAAPA 2025.
"Saya benar-benar terharu dilantik ke dalam IAAPA Hall of Fame," kata Geoff. "Saya mentafsirkan pengiktirafan ini sebagai gambaran kerja keras pasukan kami merentas enam unit perniagaan kami. Pelantikan saya baru-baru ini ke dalam Lembaga IAAPA menekankan lagi rasa terima kasih ini. Saya tidak sabar untuk berkhidmat."
Meskipun tahun ini mungkin masih belum berakhir, pengiktirafan daripada industri dan peluang meraikan bersama rakan setara telah menjadi kemuncak dengan WhiteWater menantikan satu lagi tahun yang hebat.
Latar Belakang WhiteWater
WhiteWater bermula sebagai pengendali taman air pada tahun 1980 dan mengekalkan fokus pada pengalaman tetamu dan mencapai keberkesanan operasi dalam segala-gala yang kami lakukan. 40 tahun kemudian, kini kami merupakan penyedia yang terbesar di dunia bagi segala-gala yang diperlukan oleh taman air, bermula daripada reka bentuk taman kepada rangkaian produk yang paling luas dalam industri. Kami berada di sini untuk mencipta tempat di mana keseronokan berkembang.