omniture

Trinasolar umumkan kecekapan 26.58% bagi sel TOPCon jenis-n, cipta rekod dunia ke-28

Trina Solar Co., Ltd
2024-11-23 04:09 17

CHANGZHOU, China, 23 November 2024 /PRNewswire/ -- Trinasolar mengumumkan bahawa sel solar i-TOPCon dwimuka jenis-n 350.4 cm2 industri kawasan lebih luas telah mencapai kecekapan 26.58%, mencipta rekod baharu untuk sel solar TOPCon industri kawasan luas. Hal ini diperakui oleh pusat penentukuran di Institut Penyelidikan Tenaga Solar di Hamelin (ISFH CalTeC) di Jerman. Ini merupakan kali ke-28 Trinasolar mencipta dan memecahkan rekod dunia bagi kecekapan penukaran sel/modul atau kuasa output, menekankan selanjutnya keupayaan inovasi syarikat yang kukuh.

Sel solar yang memecahkan rekod ini menggunakan reka bentuk wafer segi empat tepat inovatif yang mula dicipta oleh Trinasolar. Substrat ialah wafer silikon Cz terdop fosforus jenis-n dengan jangka hayat pembawa minoriti yang tinggi. Dengan berintegrasi dengan sesentuh pasif terowong oksida, pemancar terdop boron termaju, perangkap cahaya termaju dan teknologi pencetakan garis amat halus, kecekapan bahagian hadapan mencapai 26.58% untuk sel i-TOPCon jenis-n dwimuka saiz industri ini.

"Kami berbesar hati untuk mengumumkan keputusan hebat yang dicapai oleh pasukan penyelidik kami," kata Gao Jifan, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif di Trinasolar. "Pencapaian ini menunjukkan potensi teknikal yang kukuh bagi sel solar TOPCon. Trinasolar akan terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sel solar dan modul TOPCon, menjadikan TOPCon sebagai teknologi paling kompetitif sekali gus mengukuhkan perlindungan harta intelek dan memastikan teknologi termaju dalam genggaman kami."

Bulan lalu, Trinasolar mengumumkan bahawa sel i-TOPCon dwimuka jenis-n 210 × 182 mm² industri kawasan lebih luas mencapai kecekapan sebanyak 25.9%, memecahkan rekod dunia selama 7 tahun yang dicipta oleh Fraunhofer. Trinasolar hanya mengambil masa selama sebulan untuk meningkatkan kecekapan sel solar TOPCon daripada 25.9% kepada 26.58%. Pencapaian yang mengagumkan ini menunjukkan potensi besar sel solar TOPCon dan memantapkan lagi kepimpinan Trinasolar dalam industri PV.

 

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities