omniture

Fokus global terhadap pendidikan vokasional di persidangan Tianjin

China Daily
2024-11-24 08:52 14

BEIJING, 24 November 2024 /PRNewswire/ -- Laporan daripada China Daily

The 2024 World Vocational and Technical Education Development Conference has been taking place in Tianjin this week. [Photo/china.com.cn]
The 2024 World Vocational and Technical Education Development Conference has been taking place in Tianjin this week. [Photo/china.com.cn]

Persidangan Pembangunan Pendidikan Vokasional dan Teknikal Dunia 2024 menghimpunkan sekitar 1,000 perwakilan di Tianjin, Utara China minggu ini mulai Rabu hingga Jumaat. Perbincangan di persidangan ini berkisarkan topik-topik seperti integrasi pendidikan-industri, pembangunan mampan, latihan guru dan pembelajaran sepanjang hayat.

Dianjurkan bersama Kementerian Pendidikan China, Suruhanjaya Kebangsaan Republik Rakyat China untuk UNESCO dan kerajaan perbandaran Tianjin, persidangan ini bermatlamat untuk memajukan pendidikan vokasional sebagai pemacu inovasi dan pembangunan mampan di seluruh dunia.

Acara ini memperkenalkan enam inisiatif utama untuk membentuk pendidikan vokasional secara global: persidangan komprehensif yang menampilkan ucaptama, perbincangan meja bulat menteri dan ceramah dua hala; pakatan global yang menyatukan institusi vokasional, industri dan organisasi pendidikan; penyampaian anugerah pendidikan vokasional dunia; pertandingan kemahiran antarabangsa dengan 42 trek; pameran yang menonjolkan pencapaian dalam pendidikan vokasional, warisan budaya tak ketara dan kerjasama antarabangsa; serta pelancaran World Vocational and Technical Education, jurnal yang dihasilkan oleh Tianjin University of Technology and Education.

Dalam ucapan video untuk persidangan ini, Stefania Giannini, penolong ketua pengarah pendidikan di UNESCO, mengetengahkan pendidikan vokasional sebagai pemangkin kepada transformasi. Beliau merujuk kepada Recommendation on Education for Peace, Human Rights, and Sustainable Development (Syor Pendidikan untuk Keamanan, Hak Asasi Manusia dan Pembangunan Mampan) UNESCO baru-baru ini, yang menekankan pendidikan vokasional sebagai pemacu perubahan.

Menyeru pelaburan dan inovasi yang lebih besar dalam pendidikan vokasional bagi menghadapi cabaran global, Giannini berkata kemahiran merupakan pasport untuk mengemudi dunia yang kompleks hari ini.

Huai Jinpeng, menteri pendidikan China, berkata pendidikan vokasional harus sejajar dengan aliran zaman, mendukung intipati pendidikan dan mengekalkan ciri-ciri uniknya. Ia harus mengukuhkan matlamat pembangunannya di tengah-tengah peluang dan cabaran yang semakin berkembang, seterusnya berusaha untuk mencapai kejayaan yang inovatif, tambahnya.

Huai menggariskan visi untuk pendidikan vokasional sebagai pendidikan "5I" -- Inklusif, Berorientasikan-Industri, Inovatif, Pintar dan Antarabangsa -- ditetapkan untuk memenuhi keperluan semua, berintegrasi dengan industri, memacu inovasi, menerima teknologi pintar dan memupuk kerjasama global.

Bagi memastikan perkhidmatan sukarelawan yang lancar semasa persidangan, Tianjin Municipal Youth League merekrut 1,448 orang sukarelawan muda daripada sembilan universiti, termasuk Nankai University. Tugas mereka mencakupi lebih daripada 30 peranan, termasuk pendaftaran tetamu, penyelarasan persidangan, terjemahan, penerimaan media dan bantuan perubatan.

 

Source: China Daily
Keywords: Banking/Financial Service Education Entertainment Higher Education Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Trade show news