omniture

ROYAL CANADIAN MINT MELAPORKAN KEUNTUNGAN DAN PRESTASI UNTUK Q3 2024

Royal Canadian Mint (RCM)
2024-11-26 04:09 21

OTTAWA, ON, 26 November 2024 /PRNewswire/ -- Royal Canadian Mint ("Mint") mengumumkan pencapaian kewangan syarikat untuk suku ketiga 2024 yang memberikan gambaran tentang aktiviti, pasaran yang mempengaruhi perniagaan itu dan jangkaan untuk 12 bulan yang akan datang.

"Memandangkan pasaran terus berubah, Mint membuktikan keupayaan syarikat untuk merebut peluang baharu hasil daripada struktur pelbagai dan strategi perniagaan fleksibel" kata Marie Lemay, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Royal Canadian Mint. 

Pencapaian kewangan perlu dibaca bersama dengan laporan tahunan Mint yang boleh didapati di www.mint.ca. Semua jumlah kewangan dinyatakan dalam dolar Kanada, melainkan jika dinyatakan sebaliknya.

Sorotan Kewangan dan Operasi 

  • Pencapaian kewangan bagi suku ketiga tahun 2024 melebihi sasaran dan lebih tinggi berbanding paras pencapaian tahun 2023. Harga pasaran emas yang lebih tinggi dan jumlah peredaran mata wang asing digabungkan dengan kos tetap yang lebih rendah menjadi pemacu utama bagi peningkatan suku tahun ke suku tahun.  Peningkatan ini sebahagiannya diimbangi oleh jumlah jongkong yang lebih rendah berbanding jangkaan daripada permintaan yang lemah secara berterusan dalam pasaran jongkong global. Mint menjangkakan dapat memenuhi matlamat kewangan syarikat bagi tahun 2024, seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Korporat 2024-2028, pasukan Kepimpinan Mint terus memantau status syarikat secara aktif.
  • Hasil disatukan mengalami penurunan kepada $252.7 juta pada tahun 2024 (2023 – $360.6 juta). 
    Hasil daripada perniagaan Logam Berharga mengalami penurunan kepada $217.6 juta pada tahun 2024
    (2023 – $328.4 juta):
    • Jumlah jongkong emas mengalami penurunan sebanyak 38% suku tahun ke suku tahun kepada 106.1 ribu auns (2023 – 170.1 ribu auns) manakala jumlah jongkong perak mengalami penurunan sebanyak 20% kepada 2.7 juta auns (2023 – 3.4 juta auns).
    • Harga pasaran emas dan perak masing-masing meningkat suku tahun ke suku tahun sebanyak 27% dan 23%.
    • Jualan produk numismatik mengalami penurunan sebanyak 12% suku tahun ke suku tahun terutamanya disebabkan oleh permintaan yang tinggi pada tahun 2023 untuk produk Di Bawah Pemerintahan Ratu Elizabeth II.
  • Hasil daripada perniagaan Peredaran meningkat kepada $35.1 juta pada tahun 2024 
    (2023 – $32.2 juta):
    • Hasil daripada perniagaan Peredaran Mata Wang Asing meningkat sebanyak 77% suku tahun ke suku tahun, menunjukkan jumlah lebih tinggi yang dihasilkan dan dihantar pada tahun 2024 berbanding tahun 2023.
    • Hasil daripada produk dan perkhidmatan peredaran duit syiling Kanada mengalami penurunan sebanyak 12% suku tahun ke suku tahun disebabkan hanya sedikit duit syiling diperlukan untuk menambah semula inventori, digabungkan dengan yuran program yang lebih rendah mengikut memorandum persefahaman dengan Jabatan Kewangan.
  • Secara keseluruhan, perbelanjaan operasi mengalami penurunan sebanyak 27% suku tahun ke suku tahun kepada $28.3 juta (2023 – $36.0 juta) terutamanya disebabkan oleh pengurangan yang dirancang dalam perbelanjaan perundingan dan tenaga kerja.

Pencapaian dan prestasi kewangan yang disatukan 
(dalam jutaan) 



13 minggu berakhir

39 minggu berakhir





  Perubahan



  Perubahan


28 September
2024
 

30 September
2023

$

%


28 September
2024

30 September

 2023

$

%

Hasil

$

252.7

$ 360.6

(107.9)

(30)

$  861.2

$ 1,841.8

(980.6)

(53)

Keuntungan (kerugian) bagi

     tempoh

$

 

5.7

 

$   (5.8)

 

11.5

 

 

 

(198)

 

$   24.1

 

$  15.0

 

9.1

 

61

Keuntungan (kerugian) sebelum
     cukai pendapatan dan
     item lain 1

$

1.4

$  (8.7)

10.1

 

 

(116)

$  12.3

$  23.4

(11.1)

(47)

Keuntungan (kerugian) sebelum
     cukai pendapatan dan
     margin item lain 2


0.6 %

(2.4) %



1.4 %

1.3 %



(1) Keuntungan (kerugian) sebelum cukai pendapatan dan item lain ialah ukuran kewangan bukan GAAP. Penyesuaian daripada keuntungan bagi tempoh keuntungan sebelum cukai pendapatan dan item lain disertakan pada halaman 13 Laporan Suku Ketiga Tahun 2024 Mint.
(2) Keuntungan (kerugian) sebelum cukai pendapatan dan margin item lain ialah ukuran kewangan bukan GAAP dan pengiraannya adalah berdasarkan keuntungan sebelum cukai pendapatan dan item lain.

 

 


Pada

  28 September 2024

31 Disember 2023

$ Perubahan

% Perubahan

Tunai

$

58.4

$

59.8


(1.4)

(2)

Inventori

$

71.5

$

68.8


2.7

4

Aset modal

$

174.2

$

173.0


1.2

1

Jumlah aset

$

376.8

$

380.4


(3.6)

(1)

Modal kerja

$

99.2

$

97.8


1.4

1

 

 

Sebagai sebahagian daripada program pengurusan risiko perusahaan, Mint terus memantau secara aktif rantaian bekalan global dan rangkaian logistik syarikat bagi menyokong operasi berterusan. Walaupun usaha terbaik diambil, Mint menjangkakan perubahan dalam persekitaran ekonomi makro dan peristiwa luaran lain di seluruh dunia akan terus memberikan impak kepada prestasi syarikat pada tahun 2024. Mint terus mengurangkan potensi risiko apabila timbul melalui proses pengurusan risiko perusahaan syarikat.

Untuk membaca lebih lanjut Laporan Suku Ketiga Mint bagi tahun 2024, sila kunjungi www.mint.ca.

Maklumat Tentang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah perbadanan Crown yang bertanggungjawab untuk penempaan dan pengedaran duit syiling peredaran Kanada. Mint ialah satu daripada tempat penempaan terbesar dan paling serba guna di dunia, menghasilkan duit syiling pengumpul yang memenangi anugerah, produk jongkong terkemuka pasaran, serta penghormatan tentera dan awam Kanada yang berprestij.  Sebagai penapis Senarai Penghantaran Baik London dan COMEX yang sudah bertapak, Mint juga menawarkan spektrum penuh perkhidmatan penapisan emas dan perak terbaik seumpamanya.  Sebagai organisasi yang berusaha menjaga alam sekitar dengan lebih baik, memupuk tempat kerja yang selamat dan terangkum, serta memberikan impak positif kepada komuniti di tempat syarikat beroperasi, Mint mengintegrasikan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus dalam setiap aspek operasi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan perkhidmatan syarikat, sila kunjungi www.mint.ca. Ikuti Mint dalam LinkedInFacebook dan Instagram

PERNYATAAN PANDANG KE HADAPAN DAN UKURAN KEWANGAN BUKAN GAAP

Penyata Pendapatan ini mengandungi ukuran kewangan bukan GAAP yang dinyatakan dengan jelas seperti yang dibentangkan. Ukuran kewangan bukan GAAP tidak diseragamkan di bawah Standard Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) dan mungkin tidak boleh dibandingkan dengan ukuran kewangan serupa yang diterbitkan oleh syarikat lain yang melaporkan di bawah IFRS.

Penyata Pendapatan ini mengandungi pernyataan pandang ke hadapan yang menunjukkan jangkaan pihak pengurusan berkenaan objektif, rancangan, strategi, pertumbuhan masa depan, pencapaian operasi, prestasi, serta prospek dan peluang perniagaan Mint.  Pernyataan pandang ke hadapan kebiasaannya dikenal pasti dengan perkataan atau frasa seperti "rancangan", "jangka", "duga", "percaya", "anggar", "niat" dan ungkapan lain yang serupa. Pernyataan pandang ke hadapan ini bukan fakta, tetapi hanya anggaran berkenaan jangkaan pertumbuhan, pencapaian operasi, prestasi, prospek perniagaan dan peluang (andaian). Walaupun pihak pengurusan menganggap andaian ini munasabah berdasarkan maklumat yang tersedia, perkara itu mungkin terbukti tidak betul. Anggaran pencapaian masa depan ini tertakluk kepada beberapa risiko, ketidakpastian dan faktor lain yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza dengan besar berbanding yang dijangkakan oleh Mint. Risiko, ketidakpastian dan faktor lain ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian yang dinyatakan dalam bahagian Risiko kepada bahagian Prestasi Perbincangan dan Analisis Pengurusan dalam laporan tahunan Mint 2023, serta dalam Nota 9 – Instrumen Kewangan dan Pengurusan Risiko Kewangan kepada Penyata Kewangan Disatukan yang Telah Diaudit Mint bagi tahun berakhir 31 Disember 2023. Pernyataan pandang ke hadapan yang termasuk dalam Penyata Pendapatan ini dibuat hanya pada 20 November 2024 dan Mint tidak berjanji untuk mengemas kini penyata ini secara terbuka bertujuan menunjukkan maklumat baharu, peristiwa masa depan atau perubahan dalam keadaan atau atas apa-apa sebab lain selepas tarikh ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam, Tel: (613) 884-6370, reeves@mint.ca 

Source: Royal Canadian Mint (RCM)
Keywords: Banking/Financial Service Earnings