omniture

Bekerjasama dengan APIX, Hitachi Lancar Cabaran Inovasi Kewangan Hijau: Mencari Penyelesaian Pembiayaan Hijau Inovatif

APIX
2024-11-26 22:04

Melalui kolaborasi bersama platform inovasi terkemuka APIX, Hitachi melancarkan Cabaran Inovasi Kewangan Hijau - berusaha untuk berkolaborasi dengan bakal rakan kongsi untuk membantu mencapai matlamat Sifar Bersih. Dibuka untuk permohonan sehingga 6 Disember 2024, cabaran inovasi ini mengalu-alukan penyedia penyelesaian dari seluruh dunia untuk mengemukakan cadangan inovatif mereka. Syarikat teknologi kewangan (fintech), syarikat pemula, dunia akademik dan syarikat teknologi dengan aspirasi untuk berkolaborasi dengan Hitachi digalakkan untuk memohon.

SINGAPURA, 26 November 2024 /PRNewswire/ -- Industri bangunan menyumbang sebanyak 40% (rujuk: UN Env. Program) daripada emisi karbon berkaitan tenaga global, lalu menjadikannya penyumbang penting kepada perubahan iklim. Mencapai emisi sifar bersih dalam sektor ini bukan sekadar satu matlamat yang bercita-cita tinggi, ia juga merupakan keperluan penting dan mendesak untuk masa depan yang lestari.

Platform inovasi yang terkemuka, APIX berkolaborasi dengan Hitachi - peneraju global dalam teknologi dan inovasi yang mencari penginovasi, fintech dan syarikat pemula untuk membawa penyelesaian pembiayaan hijau yang inovatif ke pasaran secara meluas. Dengan fokus pada kolaborasi dan kemampanan, Hitachi menyasarkan untuk memacu perubahan positif dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat di seluruh dunia.

Hitachi sedang mencari penginovasi daripada Perusahaan, Syarikat Pemula, Fintech, Teknologi Iklim, Teknologi Hartanah (Proptech), Dunia Akandemik dan individu berwawasan dalam teknologi baru muncul seperti AI, Blok Rantai, Pengkomputeran Kuantum, IoT dan lain-lain untuk menyertai Cabaran Inovasi yang unik dan didorong oleh tujuan ini. Dengan memanfaatkan set data canggih daripada Hitachi Green Finance Dataset Library, penginovasi berpeluang membangunkan penyelesaian dunia sebenar yang boleh merevolusikan kemampanan dalam sektor hartanah.

Hitachi telahpun mengenal pasti 4 bidang kritikal yang penyelesaiannya dicari:

  1. Produk kewangan hijau inovatif yang terhad
  2. Kekurangan data yang boleh disahkan dan kepercayaan – Menghambat kewangan hijau
  3. Kesukaran mengakses peluang pelaburan yang mampan
  4. Insentif yang rendah untuk penaiktarafan kemampanan

Berkolaborasi dengan konglomerat terkemuka Jepun

Menyumbang untuk mengurangkan emisi dengan cara yang signifikan dengan berkolaborasi bersama salah satu syarikat terbesar Jepun untuk menyampaikan penyelesaian anda secara meluas. Berusaha dengan repositori set data Hitachi yang beraneka untuk Hartanah daripada Super Low Energy Building (SLEB) Platform (https://SLEB.sg) untuk membina dan mentakrifkan semula penyelesaian anda dan berkolaborasi dengan penginovasi yang sealiran dari seluruh dunia pada platform APIX. Penyertaan anda boleh membawa kepada penyelesaian yang menjadikan bangunan lebih pintar, lebih mampan dan mempercepat aliran modal hijau di peringkat global.

Ini merupakan satu peluang yang hebat untuk syarikat pemula, fintech dan penyedia penyelesaian berkolaborasi dengan salah satu syarikat terbesar Jepun yang berpotensi untuk berkembang menjadi perkongsian dalam jangka masa lebih panjang. Acara maya ini terbuka kepada penyedia penyelesaian di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut dan butiran permohonan, kunjungi halaman cabaran inovasi berhubung APIX di https://app.apixplatform.com/h1/hitachiinnovation.

Latar Belakang Hitachi, Ltd. 

Hitachi memacu Perniagaan Inovasi Sosial, mewujudkan masyarakat yang mampan melalui penggunaan data dan teknologi. Kami mengatasi cabaran pelanggan dan masyarakat dengan penyelesaian Lumada yang memanfaatkan IT, OT (Teknologi Operasi) dan produk. Hitachi beroperasi di bawah 3 sektor perniagaan "Sistem & Perkhidmatan Digital" – menyokong transformasi digital pelanggan kami; "Tenaga Hijau & Mobiliti" – menyumbang kepada masyarakat ternyahkarbon melalui sistem tenaga dan kereta api serta "Industri Penghubung" – menghubungkan produk melalui teknologi digital untuk menyediakan penyelesaian dalam pelbagai industri. Didorong oleh Digital, Hijau dan Inovasi, kami menyasarkan pertumbuhan melalui penciptaan bersama dengan pelanggan kami. Hasil syarikat sebagai 3 sektor untuk tahun fiskal 2023 (berakhir 31 Mac 2024) berjumlah 8,564.3 bilion yen, dengan 573 subsidiari disatukan dan kira-kira 270,000 pekerja di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai Hitachi, sila kunjungi laman web syarikat di https://www.hitachi.com.

Hubungan media:
Jonathan Lim 
marketing@apixplatform.com

Source: APIX
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Licensing/marketing agreements Financial Technology