omniture

Ultima Markets dan Masa Depan Teknologi CRM di FMLS:24

Ultima Markets Ltd
2024-11-27 10:11

LONDON, 27 November 2024 /PRNewswire/ -- Ultima Markets mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin industri yang berpandangan jauh semasa di Finance Magnates London Summit 2024 (FMLS:24). Majlis ini menarik pelbagai kumpulan para profesional industri, kesemuanya benar-benar berminat untuk meneroka trend dan perubahan baharu yang akan membentuk masa depan perkhidmatan kewangan.

The Ultima Markets team at FMLS:24
The Ultima Markets team at FMLS:24

Pasukan kami telah menetapkan aras yang tinggi dalam berkongsi kepakaran kami bersama peserta-peserta yang hadir. Kami mentransformasikan pengalaman expo yang biasa menjadikan pameran yang boleh memberi manfaat untuk peminat kewangan. Dengan booth yang luarbiasa serta tawaran-tawaran, ia menjadi titik fokus summit ini, menarik orang ramai dari pelbagai latarbelakang yang tidak sabar-sabar untuk menyelami dunia perdagangan.

Sidang kemuncak ini menyediakan pelbagai sesi, termasuk sesi temu bual dan sesi perbincangan ilmiah antara panel. Topik-topik yang dibincangkan seperti rangka kerja kawal selia kepada revolusi digital dalam kewangan, bertujuan untuk mencetuskan perbualan dan membentuk masa depan industri.

Merevolusi CRM dengan Kecerdasan Buatan

Ultima Markets mengambil peranan penting semasa sidang kemuncak ini, dengan Naib Presiden Pemasaran kami, Ernest Yiu, menyampaikan ucapan yang amat dinanti-nantikan mengenai 'CRM in 2025: The Light at the End of the Funnel'.

Ernest Yiu, Vice President of Marketing, Ultima Markets, speaking at FMLS:24
Ernest Yiu, Vice President of Marketing, Ultima Markets, speaking at FMLS:24

"Masa depan CRM berkembang pesat," katanya, "dengan adanya AI dan pembelajaran mesin. Alat ini membolehkan broker meramalkan keperluan pelanggan dengan menganalisis tingkah laku dan keutamaan, membolehkan kami menyediakan perkhidmatan yang lebih terperinci dan proaktif."

Beliau juga menekankan kepentingan perincian dalam hubungan pelanggan: "Di Ultima Markets, kami bermatlamat untuk membuatkan pelanggan berasa seperti kami bercakap dengan mereka secara langsung. Kami mencapai matlamat ini dengan membahagikan pelanggan kami berdasarkan faktor seperti sejarah dagangan dan tahap pengalaman, menyediakan kandungan yang disesuaikan untuk setiap kumpulan."

Ramalan Ernest terhadap aplikasi praktikal AI dan pembelajaran mesin menggalakkan para pelanggan untuk mempertimbangkan semula strategi mereka, menyerlahkan peranan penting penyelesaian CRM yang inovatif dalam mengekalkan kelebihan daya saing.

FMLS:24 menyediakan platform untuk golongan profesional yang berpandangan jauh bagi menangani kerumitan landskap kewangan moden, di mana peserta seperti Ultima Markets menunjukkan bagaimana teknologi membentuk masa depan industri dan sejauh mana syarikat beradaptasi dengan perubahan ini.

Ultima Markets tetap komited untuk memacu inovasi dan memperkasakan pedagang di seluruh dunia dengan alatan termaju dan pandangan sambil industri kewangan berkembang.

Latar Belakang Ultima Markets

Ultima Markets  ialah broker berlesen penuh, berkembang pantas yang menawarkan akses kepada lebih 250 instrumen kewangan. Dengan pasukan yang terdiri daripada lebih 2,000 ahli profesional merentas 15 buah negara, kami memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di 172 negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Ultima Markets, sila kunjungi kami di Facebook, X, Instagram, LinkedIn dan YouTube.

Source: Ultima Markets Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news Financial Technology