omniture

Saksikan Magis 'Charms of Nordic Noel' Sempena Sambutan Krismas di Pusat Beli-belah IPC

IPC Shopping Centre
2024-11-27 12:34

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 November 2024 /PRNewswire/ -- sempena musim perayaan ini, IPC Shopping Centre menjemput anda untuk menikmati sambutan Krismas ala Scandinavia di samping meraikannya dengan keajaiban magis 'Charms of Nordic Noel'. Merangkul intipati 'home away from home', IPC mencipta keunikan persekitaran yang tenteram sambil mengalu-alukan semangat perayaan, ganjaran eksklusif, dan pengalaman menakjubkan untuk semua yang datang berkunjung, bermula sekarang sehingga 29 Disember.  

Saksikan Magis ‘Charms of Nordic Noel’ Sempena Sambutan Krismas di Pusat Beli-belah IPC
Saksikan Magis ‘Charms of Nordic Noel’ Sempena Sambutan Krismas di Pusat Beli-belah IPC

Diinspirasikan daripada tradisi musim sejuk Nordic yang mendamaikan, "Charms of Nordic Noel" menawarkan pengalaman membeli-belah yang membangkitkan semangat sambutan Krismas. Perkataan "Charm" bermaksud sesuatu yang menarik dan mempesonakan, manakala "Nordic Noel" adalah ilham daripada tradisi musim sejuk di Eropah Utara, di mana hiasan semasa musim percutian membawa unsur-unsur semula jadi yang menenteramkan walaupun pada hari yang paling sejuk. "Noel," yang bermaksud Krismas, menambah sentuhan percutian yang indah, menyuntik naluri para pengunjung untuk merasakan kemeriahan sebenar musim perayaan ini di IPC Shopping Centre.

Rasakan Magis Krismas dengan Hadiah, Ganjaran dan Kejutan Manis Musim Perayaan

Bermula sekarang sehingga 29 Disember, IPC Shopping Centre ingin berkongsi kegembiraan sempena musim perayaan untuk ahli Tack Club dengan pelbagai ganjaran menarik. Dengan setiap pembelian di IPC, anda boleh menikmati tawaran hebat seperti:

  • e-Baucar Krismas RM10 dengan setiap pembelian minimum RM200 dalam dua resit
  • e-Baucar Krismas RM30 dengan setiap pembelian minimum RM500 dalam tiga resit
  • Kerusi Perkhemahan Boleh Lipat eksklusif dengan setiap pembelian RM800 (atau RM1,000 untuk yang bukan ahli) dalam tiga resit
  • Percuma pembalut hadiah dan poskad dengan sebarang jumlah pembelian

Ms Karyn Lim, Pengurus Besar IPC Shopping Centre, menyatakan, "Kami percaya dengan mencipta ruang untuk semua orang berasa selesa seperti berada di rumah. Di IPC Shopping Centre, kami bukan sekadar sebuah pusat beli-belah- kami adalah satu destinasi yang menggabungkan keharmonian dan kegembiraan. Bulan lepas kami melancarkan tema "The Lagom Life, It's Just Right," yang mengimbangi kehidupan yang menyeronokkan dan tenang, yang merupakan elemen penting semasa musim perayaan. Tahun ini tema 'Charms of Nordic Noel' ingin mengajak anda alami sendiri tradisi sambutan Krismas ala Scandinavia yang penuh dengan kemesraan dan kesederhanaan. Baik daripada jerayawara bertemakan perayaan sehinggalah hadiah yang direka, setiap perincian bertujuan untuk berkongsi kegembiraan dan membantu anda melakar kenangan indah bersama yang tersayang."

Terokai Pasar Festival Krismas di Tingkat G

Pasar Festival Krismas IPC akan menampilkan lebih 30 gerai yang menjual barang-barang perayaan. Pembeli boleh menelusuri kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan menarik daripada jenama berbeza, sama ada untuk menghiasi rumah anda atau mencari hadiah unik untuk yang tersayang. Ruang yang berwarna-warni ini, direka mengikut tradisi Scandanavia, dihias untuk membangkitkan suasana percutian di samping amat menarik untuk membeli-belah bersama seisi keluarga.

Dapatkan hadiah menarik di Ruangan Hadiah ala Swede

Di Swedefinds Corner, pembeli akan menemukan pilihan barangan IPC yang direka dengan begitu teliti dengan harga RM30, RM50, dan RM100 untuk memenuhi permintaan pembeli yang berbeza-beza. Ahli Små Club juga boleh menerima pek pelekat Krismas unik berinspirasi Sweden dari i-Counter, Aras G untuk dikumpul menjadi kenangan.

Luahkan kasih sayang dengan Poskad

Pembeli akan turut menerima poskad Krismas dengan rekaan yang sangat cantik apabila membuat sebarang pembelian di i-Counter, Tingkat G. Ini adalah peluang sempurna untuk mengimbau kembali zaman di mana ucapan tulisan tangan menjadi tradisi indah setiap kali musim perayaan tiba. IPC mengajak pengunjung untuk menggantikan kebiasaan mesej digital dengan ucapan yang lebih peribadi melalui nota tulisan tangan. Tebus poskad Krismas ini dengan sebarang pembelian dan sebarkan semangat perayaan kepada insan tersayang.

Zahirkan Semangat Perayaan Anda dengan Cabaran 'Bergabung, Berhias & Menang!'

Rasakan keseronokan musim perayaan ini dengan peraduan 'Bergabung, Berhias & Menang!', yang menawarkan hadiah baucar tunai Ben's Independent Grocer bernilai RM300 untuk lima (5) kumpulan pemenang. Hanya perlu ambil gambar bersama rakan-rakan dan keluarga di IPC dengan pakaian perayaan paling cantik, muat naik di ruangan komen Facebook peraduan IPC sebelum 29 Disember, dan anda mungkin adalah pemenangnya!

Pelbagai Promosi dengan IPC Fashion Chic Perks

IPC Shopping Centre amat teruja untuk memperkenalkan Fashion Chic Perks, eksklusif untuk ahli Tack Club, yang berlangsung di musim perayaan ini sehingga 6 April 2025. Dengan perbelanjaan minimum RM300 dalam dua resit di hari yang sama di mana-mana kedai pakaian IPC, ahli boleh mendapatkan beg tote dan aiskrim secara percuma menjadikan pengalaman membeli-belah semakin bermakna.

Beg tote ahli kelab boleh direka khusus dengan 12 karakter (termasuk jarak) dengan pilihan warna hitam atau krim, untuk menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menyeronokkan. Beg tote boleh diambil di i-Counter Tingkat G, dalam tempoh 14 hati dari tarikh penebusan. Jangan ketinggalan untuk mendapatkannya untuk menambah keceriaan anda menyambut Krismas tahun ini!

Untuk maklumat lanjut tentang Charms of Nordic Noel atau IPC Fashion Chic Perks, sila layari ipc.com.my atau ikuti IPC Shopping Centre di laman Facebook, Instagram, atau TikTok untuk promosi, acara dan info terkini. 

Tentang IPC Shopping Centre:

Merupakan pusat pertemuan pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh IKEA dengan gambaran bangunan kotak biru besar dan sesuatu yang utama dalam portfolio Ikano Retail yang semakin berkembang di rantau ini. Dengan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah pembangunan Mutiara Damansara sejak tahun 2003, ia berfungsi sebagai pusat pertemuan yang sesuai dan selesa untuk komuniti di sekitar itu dan pengunjung yang lain-lain juga. Menggabungkan warisan dari Sweden dengan inovasi, IPC Shopping Centre menerajui kelestariannya melalui perkhidmatan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (Recycling and Buy-Back Centre) yang unggul serta pelbagai inisiatif lain untuk menjaga alam sekitar dalam memupuk penglibatan komuniti dan menunjukkan komitmen mereka ke arah bumi yang lebih hijau. IPC Shopping Centre memeriahkan kehidupan seharian sebagai pusat sehenti hab runcit pilihan yang menyediakan bukan sekadar transaksi membeli-belah, malah tempat untuk mengeratkan perhubungan, pertemuan dan memberi inspirasi untuk para pengunjungnya.

Source: IPC Shopping Centre
Keywords: Retail Future Events