omniture

SquaredFinancial mengumumkan promosi Black Friday

SquaredFinancial
2024-11-28 15:24 11

VICTORIA, Seychelles, 28 November 2024 /PRNewswire / -- Firma teknologi kewangan terkemuka industri, SquaredFinancial dengan bangganya melancarkan Promosi Black Friday, memperkasa pelabur untuk memanfaatkan pengalaman perdagangan masing-masing semasa musim membeli-belah yang besar ini. Tawaran istimewa ini, tertakluk kepada terma dan syarat, memberikan pedagang peluang memperoleh manfaat daripada bonus 25% apabila menyimpan jumlah minimum sebanyak $250 untuk berdagang pasangan mata wang dan logam, di platform terkemuka industri, termasuk MT4 dan MT5 bertaraf dunia, serta aplikasi mudah alih perdagangan yang canggih, SquaredFinancial.

SquaredFinancial’s Black Friday Promotion
SquaredFinancial’s Black Friday Promotion

Berminat untuk memenuhi keperluan kewangan pelabur daripada latar belakang berbeza, serta menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada semua, SquaredFinancial memperkenalkan promosi ini untuk memanfaatkan pengalaman kewangan pelanggan sedia ada dan menarik bakal pedagang yang sedang mencari rakan kongsi kewangan yang dipercayai dan andal. Syarikat itu berkembang maju untuk memastikan inovasi sebagai perkara utama dalam perniagaan. Pertumbuhan teknologi, penawaran yang berdaya saing, kepakaran yang luas dan usaha pendidikan syarikat, sentiasa diiktiraf oleh badan-badan terkenal. Hasilnya, baru-baru ini SquaredFinancial telah diiktiraf dalam kalangan Institusi Kewangan Paling Dipercayai 2024 dan Pendidikan Perdagangan Terbaik UAE/GCC 2024.

Penggemar perdagangan dijemput mengunjungi laman web SquaredFinancial untuk membaca terma dan syarat, meneroka butiran lanjut dan mendaftar minat mereka.

Maklumat Tentang SquaredFinancial

SquaredFinancial ialah firma Teknologi Kewangan yang mempunyai modal mencukupi, ditubuhkan pada tahun 2005. Syarikat itu menyasar untuk menjadi kedai sehenti yang memenuhi keperluan kewangan pelabur. Bersama pengalaman sekitar dua dekad dalam teknologi kewangan dan perdagangan, syarikat itu menawarkan penyelesaian global kepada pedagang daripada generasi dan latar belakang berbeza, yang mencari pintu masuk pelaburan yang intuitif dan canggih. Syarikat itu juga diterajui oleh pakar pasaran dan veteran kepimpinan yang berkongsi minat untuk berdagang dan visi membentuk semula landskap industri. Sebagai firma yang dikawal selia, perniagaan itu menyediakan platform dalam talian yang disokong oleh teknologi terkini kepada pelabur yang menawarkan peluang berdagang pelbagai instrumen daripada kelas aset berbeza. SquaredFinancial baru-baru ini telah melancarkan aplikasi perdagangan mudah alih proprietari dan akaun simpanan tetap yang berinovatif.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2568573/SquaredFinancial_Black_Friday.jpg?p=medium600

 

Source: SquaredFinancial
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment New products/services Financial Technology