CHONGQING, 29 November 2024 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada iChongqing:
Mulai 25-29 November, Chongqing menjadi tuan rumah kepada dua acara pelancongan utama, yang menonjolkan peranannya sebagai destinasi pelancongan global. Persidangan Ejen Pelancongan Antarabangsa Chongqing 2024, dihadiri oleh kira-kira 400 tetamu dari lebih 30 negara dan wilayah, menampilkan wakil daripada lembaga pelancongan antarabangsa, syarikat penerbangan dan agensi pelancongan terkemuka. Sementara itu, Aktiviti Pertukaran Perikatan Bandar Pelancong Lancang-Mekong 2024 menghimpunkan hampir 200 peserta untuk meninjau peluang pelancongan rentas sempadan antara negara-negara Lancang-Mekong. Kedua-dua acara menekankan komitmen Chongqing untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di dunia, memanfaatkan identiti "bandar gunung ajaib 8D" dan meningkatkan perkongsian dalam pasaran pelancongan global.
Persidangan Ejen Pelancongan Antarabangsa Chongqing 2024
Persidangan ini mempamerkan sektor pelancongan Chongqing yang semakin berkembang pesat, dengan industri kebudayaan dan pelancongan menjana lebih 120 bilion RMB tahun lalu. Tetamu dijemput untuk meneroka tempat tarikan ikonik Chongqing, termasuk Hongyadong dan feri malam. Lawatan ini juga dilanjutkan ke Wulong, menonjolkan tapak-tapak UNESCO seperti Three Natural Bridges dan Fairy Mountain yang mempesonakan.
Kemuncak acara ini ialah penandatanganan perjanjian perkongsian antara agensi pelancongan Chongqing dan rakan sejawat antarabangsa. Acara ini juga menekankan kebolehcapaian Chongqing, dengan 116 laluan udara antarabangsa dan perkhidmatan visa inovatif yang mempermudah kemasukan. Bandar ini mengalu-alukan 920,000 pengunjung antarabangsa dari Januari hingga Oktober 2024, satu peningkatan sebanyak 203.2% tahun ke tahun.
Aktiviti Pertukaran Perikatan Bandar Pelancong Lancang-Mekong 2024
Aktiviti pertukaran menyediakan platform untuk wakil dari China, Kemboja, Thailand, Laos, Myanmar dan Vietnam untuk mempererat kerjasama pelancongan. Pegawai, pakar dan pemimpin industri membincangkan pembangunan pelancongan mampan, integrasi serantau serta pemeliharaan budaya.
Yuthasak, pengerusi Pihak Berkuasa Estet Perindustrian Thailand dan bekas Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, menekankan keperluan untuk melaksanakan "rangsangan permintaan yang menekankan kualiti pelancong dan kemampanan demi pertumbuhan dan hasil yang mampan dalam tempoh jangka panjang."
Hasil utama termasuk pelancaran Musim Promosi Pelancongan Lancang-Mekong, yang akan menyaksikan bandar-bandar perikatan menjalankan jerayawara dan pameran di pasaran utama untuk meningkatkan bilangan pengunjung. Tetamu juga melawat mercu tanda seperti Dazu Rock Carvings dan Diaoyu Fortress Hechuan, memperoleh pandangan tentang kekayaan sejarah dan persembahan kebudayaan Chongqing.
Chongqing meluaskan pengaruh antarabangsanya, bagi memupuk hubungan bersama golongan profesional pelancongan global. Dwiacara ini menyerlahkan tempat tarikan unik bandar ini, kemajuan infrastruktur dan komitmen untuk menjalin perkongsian pelancongan yang mampan, seterusnya mengukuhkan kedudukannya di peta pelancongan dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.ichongqing.info/