omniture

CIIE ke-7 Berakhir dengan Jayanya: Sorotan dengan Angka

China International Import Expo (CIIE)
2024-11-29 16:23

SHANGHAI, 29 November 2024 /PRNewswire/ -- Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 melabuhkan tirai dengan jayanya pada 10 November di Shanghai. Biarpun banyak pencapaian dan hubungan tidak ketara yang telah dibuat, data tahun ini menunjukkan bagaimana Ekspo ini mencapai kejayaan yang belum pernah terjadi sebelum ini dari segi penyertaan global dan peluang perniagaan. Tawaran tentatif berjumlah USD 80.01 bilion, menyaksikan peningkatan 2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Penyertaan yang Rancak dari seluruh Dunia

Sebagai platform yang amat penting untuk kolaborasi global, CIIE ke-7 mengundang 77 negara dan organisasi antarabangsa dari lima benua sempena Pameran Negara Komprehensif. Peserta menggabungkan budaya yang unik, identiti kebangsaan serta teknologi moden ke dalam reka bentuk reruai, dengan barisan mengagumkan lebih 200 acara menarik dianjurkan di reruai. Sebanyak 3,496 syarikat dari 129 negara dan wilayah mengambil bahagian dalam Pameran Perusahaan & Perniagaan, termasuk 1,585 syarikat dari 104 negara dalam Inisiatif Jalur dan Jalan, 1,106 syarikat dari 13 negara dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau dan 132 peserta pameran dari 35 negara kurang maju.

Pelbagai Inovasi dan Penampilan Sulung Termaju

Pencapaian inovatif dan penampilan sulung yang pelbagai secara konsisten menjadi sorotan utama daripada setiap edisi ekspo. Di CIIE ke-7, Bahagian Khas Inkubasi Inovasi mempamerkan 360 projek inovatif dari 34 negara dan wilayah, menyokong pembangunan perusahaan kecil-kecilan dan sederhana (PKS) serta syarikat pemula. Selain itu, syarikat multinasional memperkenalkan 450 produk, perkhidmatan dan teknologi baharu, termasuk lebih 100 pelancaran global, 40 pertunjukan perdana Asia dan lebih 200 penampilan sulung China, menyuntik momentum untuk pemacu permintaan pengguna yang baharu.

Perspektif Antarabangsa dan Dialog Kolaboratif di HQF

Berfungsi sebagai platform penting untuk komunikasi antarabangsa, Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao (HQF) menjadi titik tumpuan di setiap edisi CIIE. Memfokuskan pada topik-topik sohor kini, HQF ke-7 menarik lebih 8,600 pendaftaran dan menghimpunkan lebih daripada 300 pakar dan pemimpin terkenal di peringkat global dalam politik, perniagaan serta akademik. HQF ke-7 turut mengeluarkan Laporan Keterbukaan Dunia 2024 berserta Indeks Keterbukaan Dunia, menyampaikan mesej keterbukaan dan memupuk kerjasama antarabangsa.

Ekspo Import Antarabangsa China ke-7 tidak disangsikan lagi merupakan satu kejayaan yang lengkap, menunjukkan peranan pentingnya sebagai pentas untuk memajukan kerjasama global. Dengan persiapan untuk CIIE ke-8 sedang giat dijalankan, ekspo ini terus meluaskan peluang untuk kerjasama perdagangan dan ekonomi global, dengan mesra menjemput negara dan perusahaan dari luar negara untuk turut serta!

Kunjungi laman web rasmi CIIE untuk maklumat lanjut: https://www.ciie.org/zbh/en/?from=prnewswire

Hubungi: Cik Cui Tel.: 0086-21-968888 Emel: exhibition@ciie.org

Source: China International Import Expo (CIIE)
Keywords: Banking/Financial Service Survey, Polls & Research Trade show news