omniture

Memacu Kelestarian dalam Fesyen dan Kecantikan dengan Inovasi Bahan Taiwan

INNOVATION HUB, TAITRA
2024-11-30 04:38

TAIPEI, 30 November 2024 /PRNewswire/ -- Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) memperkenalkan beberapa kajian kes untuk menggambarkan bagaimana industri sains bahan Taiwan menjadikan industri fesyen dan kecantikan global lebih mampan dengan inovasi rintis.


Untuk mendapatkan bantuan mencari dan berkolaborasi dengan penginovasi Taiwan yang terkemuka, sila kunjungi: https://en.innovation.taitra.org.tw/suppliers

Atau emel: IndustryMarketingTeam@taitra.org.tw

Menggabung jalin kelestarian dalam industri fesyen

Menurut Retail Asia, 87% pengguna daripada pasaran baru muncul di Asia bermatlamat untuk menjadikan gaya hidup mereka lebih mampan. Bagi membantu jenama-jenama pakaian memenuhi permintaan yang semakin meningkat ini, penyedia penyelesaian kimia Taiwan untuk bekalan tekstil berinovasi untuk membangunkan bahan fabrik baharu. Syarikat WWRC menonjol khususnya kerana kepintarannya dalam mencipta fabrik berbilang fungsi untuk pengalaman pemakaian pelbagai yang mengamalkan pengitaran dan pemuliharaan sumber.

Sebagai contoh, WWRC mengintegrasikan Teknologi Poligiennya ke dalam beberapa fabrik untuk merencatkan pertumbuhan mikrob, mengurangkan kekerapan mencuci dengan berkesan dan seterusnya menjimatkan air dan tenaga. Syarikat ini turut menawarkan bahan terbiodegradasi yang dikenali sebagai OrganoTex.

Terkenal kerana membekalkan fabrik berkualiti tinggi kepada jenama-jenama sukan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, inovasi WWRC membantu menetapkan trend untuk fesyen mampan dan dalam masa yang sama memberikan keselesaan dan ketahanan. Tumpuan syarikat ke atas kelestarian meliputi bahan mentah, proses pengeluaran dan mentakrifkan semula jangka hayat tekstil.

Memperluas bahan mentah berasaskan tumbuhan dalam kosmetik

Dalam industri kosmetik, pengguna di Asia semakin mencari produk kecantikan berasaskan tumbuhan. Bagi memanfaatkan trend ini, pembekal bahan kosmetik mentah Taiwan, seperti Taiwan New Daily Chemical Co., Ltd. (TNJC), menyasarkan bahan yang diperoleh daripada 100% sumber semula jadi. Menggunakan tumbuhan daripada tradisi seperti Perubatan Tradisional Cina (TCM), TNJC memanfaatkan teknologi pengekstrakan termaju untuk menyediakan bahan mentah dengan ramuan yang sangat aktif untuk pelbagai jenis produk kosmetik dan penjagaan diri. Syarikat ini juga berkolaborasi dengan institut penyelidikan Jepun dan syarikat pengeluaran Malaysia untuk bersama-sama membangunkan bahan kosmetik semula jadi.

Bagi membina nilainya ke dalam operasinya, TNJC memiliki pensijilan mengikut piawaian ISO 9000 dan ISO 9001 dan kilangnya diperakui mengikut ISO 45001 untuk pengurusan keselamatan dan kesihatan.

Rakan kongsi utama seluruh dunia 

Dalam seluruh industri-industrinya, komuniti perniagaan Taiwan memiliki beberapa kelebihan untuk ditawarkan:

  • Keupayaan teknologi: Penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang teguh dan teknologi proprietari yang dipatenkan
  • Boleh dipercayai dan andal: Amat peka dan tekun tentang melindungi harta intelek rakan kongsi
  • Mengutamakan pelanggan: Kefleksibelan dan penyesuaian untuk keperluan tertentu
  • Serasi dengan usaha friendshoring: Dengan operasi dan rangkaian di seluruh dunia untuk kesinambungan perniagaan

Membantu pembeli antarabangsa mengakses yang terbaik dari Taiwan 

Apabila mencari pembekal atau rakan kongsi di luar negara, syarikat-syarikat sering bergelut untuk mencari syarikat yang sesuai yang boleh dipercayai serta andal, namun komunikasi boleh menimbulkan cabaran tambahan. Bagi mempercepat proses ini dan memupuk sinergi yang memberi impak, TAITRA berfungsi sebagai sumber dan memudahkan kolaborasi dengan syarikat pemula dan perusahaan yang paling unik dan berpandangan jauh di pulau ini.

Organisasi ini menyelesaikan masalah utama pembeli antarabangsa dengan perkhidmatan yang berikut:

Bagi memastikan pembeli berkolaborasi dengan perniagaan berintegriti tinggi, TAITRA mewujudkan perkhidmatan tanpa sempadan pada masa nyata melalui rangkaian perdagangan yang komprehensif yang terdiri daripada lebih 60 pejabat luar negara di lebih 40 negara seluruh dunia dan organisasi ini memeterai perjanjian kerjasama dengan lebih 500 organisasi saudara berkaitan perdagangan antarabangsa.

 

Source: INNOVATION HUB, TAITRA
Keywords: Biotechnology Fashion Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Retail