omniture

Akses Pendidikan British Bertaraf Dunia di Universiti 5-bintang QS Asia Tenggara

British University Vietnam (BUV)
2024-12-01 15:56 2

HANOI, Vietnam, 30 November 2024 /PRNewswire/ -- Kajian daripada IDP Education mendedahkan peralihan dari segi pilihan pelajar, dengan destinasi tradisional seperti Kanada, AS dan Australia kehilangan daya tarikan lantaran dasar visa yang ketat, kos yang tinggi serta sokongan keluarga yang terhad. Akibatnya, pelajar mempertimbangkan pilihan baharu yang menawarkan ciri kemampuan, prospek kerjaya dan dasar mesra keluarga.

Di tengah-tengah landskap yang berubah-ubah ini, Vietnam muncul sebagai pilihan yang ideal untuk pelajar antarabangsa, terutamanya di Asia. Negara ini menyediakan penerbangan tanpa henti yang boleh diakses ke semua bandar Asia yang utama, kos sara hidup yang berpatutan (USD 4,000–8,000 setiap tahun, mendapat kedudukan dalam 40 teratas secara global) dan bayaran visa pelajar yang rendah (USD 75–300). Dengan rangka kerja yang menggalakkan untuk pendidikan transnasional (TNE), Vietnam menawarkan hampir 30 universiti antarabangsa yang berkualiti tinggi, termasuk La Trobe, Fulbright, British University Vietnam (BUV) dan RMIT, mewujudkan persekitaran yang selamat, dinamik dan tidak asing dari segi budaya yang dekat dengan negara asal untuk pelajar Asia yang mencari pendidikan bertaraf dunia.

Pendidikan British dari segi pelaburan di Asia

Sebagai satu-satunya universiti yang mendapat pelaburan asing di Vietnam yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan Latihan (MOET) bagi memenuhi piawaian pendidikan antarabangsa, BUV merupakan pilihan yang luar biasa untuk pelajar dari Asia Tenggara, India, China, Korea dan lain-lain yang mencari ijazah British yang diiktiraf di peringkat global pada kadar serantau.

Terletak di perbandaran mesra alam pemenang anugerah Ecopark yang bersebelahan dengan ibu negara Hanoi, kampus BUV seluas 6.5 hektar menggabungkan kelestarian dengan kemudahan terkini, dengan jumlah pelaburan yang diunjurkan sebanyak USD 165 juta.

BUV Ecopark campus blends sustainability with cutting-edge facilities for a modern learning environment.
BUV Ecopark campus blends sustainability with cutting-edge facilities for a modern learning environment.

Digelar sebagai "Institusi bagi Insan Berhati Waja" ("Home of the Lionhearted"), BUV ialah universiti pertama Vietnam yang memperoleh penarafan QS 5-bintang, satu penghormatan yang dipegang olehnya sejak tahun 2022. Setakat Jun 2024, ia kekal sebagai satu-satunya institusi 5-bintang antara sembilan universiti yang dinilai oleh QS di negara ini.

BUV menggabungkan ketegaran akademik British dengan persekitaran menyokong yang memupuk pertumbuhan diri. Kesemua program diajar dalam bahasa Inggeris dan diakreditasi oleh Quality Assurance Agency (QAA) UK, bagi memastikan ia sejajar dengan standard tinggi yang sama seperti universiti-universiti British yang terkemuka. Ahli fakulti berkelulusan ijazah lanjutan daripada institusi yang disegani di peringkat global, membawa kepakaran dunia sebenar ke dalam bilik darjah.

BUV menawarkan rangkaian yang luas dengan 21 program sarjana muda dan 2 program pascasiswazah. Pelajar memperoleh ijazah yang dianugerahkan secara langsung oleh lima institusi UK tahap teratas - University of London dengan hala tuju akademik daripada London School of Economics and Political Science (LSE), University of Stirling, Bournemouth University, Arts University Bournemouth dan University of Staffordshire - mencakupi Perniagaan, Teknologi Pengkomputeran dan Inovatif, Industri Komunikasi dan Kreatif, Hospitaliti serta Pelancongan.

Selain akademik, pelajar mendapat manfaat daripada peluang pertukaran bersama hampir 50 universiti di seluruh dunia dan program Pertumbuhan Diri dan Sosial (PSG) yang mantap yang direka untuk membangunkan kemahiran insani yang penting. Selain itu, rangkaian BUV yang terdiri daripada lebih 400 rakan niaga menghubungkan pelajar kepada peluang kerjaya yang berharga di Vietnam dan seterusnya.

Pelaburan Strategik dengan Jaminan Kualiti

BUV menawarkan pendidikan British pada sebahagian kecil daripada kos pengajian di hab pendidikan Asia tradisional yang bertapak kukuh. Sebagai contoh, dengan yuran pengajian tahunan bermula daripada USD 11,700, ia merupakan pilihan yang lebih mudah dicapai berbanding universiti-universiti terkemuka negara-negara jiran Asia Tenggara, di mana yuran pengajian untuk pelajar antarabangsa berkos antara USD 52,000 hingga USD 61,000 setiap tahun.

Bagi meluaskan lagi akses, BUV menawarkan sehingga 100% biasiswa untuk pelajar antarabangsa sarjana muda dan pascasiswazah cemerlang yang memegang pasport asing. Permohonan biasiswa untuk pengambilan musim luruh 2025 ditutup pada 30 Jun 2025.

"Misi BUV adalah untuk memupuk pelajar dengan hati yang berdaya tahan dan minda yang bijak, serba lengkap untuk berkembang maju dalam dunia yang sentiasa berubah-ubah. Kami komited untuk menyediakan pendidikan British yang berkualiti tinggi kepada pelajar cemerlang di seluruh rantau ini, membolehkan pembelajaran sepanjang hayat, pertumbuhan diri serta kecemerlangan akademik. Kami berharap dapat menyambut generasi pelajar antarabangsa baharu yang bersedia untuk memimpin dengan karakter yang berhati waja dan berdaya tahan," kata Profesor Raymond Gordon, Naib Canselor dan Presiden BUV.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.buv.edu.vn/scholarships/global-pathfinders-scholarship/

 

Source: British University Vietnam (BUV)
Keywords: Education Higher Education New products/services