omniture

Yokogawa Raikan 50 Tahun di Singapura dengan pelancaran Hab Inkubasi Kelestarian

Yokogawa
2024-12-03 11:19 1

SINGAPURA, 3 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Yokogawa Engineering Asia mengumumkan pelancaran Hab Inkubasi Kelestarian (SIH) hari ini, sebuah hab Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) korporat yang pertama seumpamanya khusus untuk memacu inovasi mampan alam sekitar dalam pembuatan proses.

Yokogawa Launches Sustainability Incubation Hub –  first-of-its-kind corporate Research and Development (R&D) hub dedicated to driving environmentally sustainable innovations in process manufacturing
Yokogawa Launches Sustainability Incubation Hub – first-of-its-kind corporate Research and Development (R&D) hub dedicated to driving environmentally sustainable innovations in process manufacturing

Tahun ini, Yokogawa meraikan ulang tahun ke-50 di Singapura dan tahun ke-20 operasi Singapore Development Centre (SGDC). Berkembang bersama-sama dengan Singapura dan pelanggan di peringkat global, SGDC meluaskan operasinya kepada lebih 100 penginovasi Yokogawa yang meneroka inovasi bersama, transformasi digital dan penyelesaian AI.

Terletak bersama-sama dengan SGDC, SIH ditubuhkan melalui perkongsian bersama Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB) dan menyediakan platform penting untuk Yokogawa berkolaborasi dengan pelanggan dan rakan kongsi di rantau ini dan seterusnya untuk membangunkan dan menggunakan teknologi canggih bagi mempercepat peralihan tenaga mereka kepada masa depan sifar bersih.

"Kami menyedari keperluan untuk meningkatkan tahap tindakan perubahan iklim di rantau ini. Bagi menyokong langkah ini, kami akan melabur sebanyak lebih S$6 juta bagi menubuhkan SIH. Melalui hab baharu ini, kami akan mengaplikasikan kepakaran kami untuk memacu inovasi yang mampan merentas industri-industri untuk merapatkan jurang antara idea dan aplikasi," kata Chay Kin Wah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Yokogawa Engineering Asia. "Tatkala kami mengintegrasikan kemampanan dalam seluruh operasi dan model perniagaan kami, kami menggiatkan usaha untuk membangunkan penyelesaian baharu dan berkolaborasi dengan rakan kongsi dan agensi yang sealiran termasuk EDB untuk memangkinkan impak kelestarian yang positif."

"Tahniah diucapkan kepada Yokogawa atas ulang tahunnya yang ke-50 di Singapura. Pelancaran Hab Inkubasi Kelestarian dibina atas perkongsian yang telah lama terjalin ini dan merupakan contoh yang baik berhubung bagaimana Singapura dapat berperanan sebagai hab inovasi untuk penyelesaian hijau dan kelestarian. Kami menantikan kolaborasi yang akan dipupuk oleh Hab ini dengan ekosistem kami serta penyelesaian memberi impak yang akan dibangunkan oleh Hab ini untuk rantau ini," kata Lim Tse Yong, Naib Presiden Kanan dan Ketua, Mobiliti dan Penyelesaian Industri, EDB.

Mencipta Penyelesaian Mampan
Dengan memanfaatkan kepakaran Yokogawa dalam automasi dan teknologi, SIH menyasarkan untuk berfungsi sebagai enjin pertumbuhan kemampanan untuk merapatkan jurang antara keperluan penyelesaian masa kini dan masa depan dalam mewujudkan teknologi iklim termaju untuk industri pembuatan proses. Ini membolehkan industri mentakrifkan, merancang dan memenuhi matlamat kemampanan mereka, lalu menangani cabaran global.

Sebagai hab serantau untuk inovasi, SIH memupuk kolaborasi dan penciptaan bersama di seluruh Asia Tenggara, Oceania dan Taiwan. SIH memanfaatkan rangkaian Yokogawa untuk mengenal pasti, menilai dan memperoleh teknologi pembuatan mampan dan memupuk perkongsian strategik dengan agensi awam, badan kawal selia dan pembekal teknologi pada semua peringkat pembangunan – bermula daripada institusi penyelidikan kepada syarikat pemula dan PKS – mewujudkan ekosistem baharu dan meningkatkan yang sedia ada.

"Kami perlu berada dekat dengan pelanggan kami untuk membantu mereka berjaya. Ini bermakna mengetahui cabaran yang mereka hadapi dengan rapat agar kami dapat menangani keperluan unik mereka di lapangan dengan lebih baik. Lokasi strategik kami membolehkan kami mengumpul pandangan dan bakat kritikal di rantau ini untuk penciptaan pantas dan pelaksanaan inovasi secara meluas untuk pelanggan global kami," kata Saurabh Bhandari, ketua SIH.

Penubuhan SIH memperkukuh komitmen Yokogawa ke arah pertumbuhan untuk kemampanan, memfokuskan pada emisi sifar bersih, ekonomi kitaran dan kesejahteraan, bagi menyokong peralihan industri kepada ekonomi rendah karbon.

Latar Belakang Yokogawa
Yokogawa menyediakan penyelesaian termaju dalam bidang pengukuran, kawalan dan maklumat kepada pelanggan merentas pelbagai industri, termasuk tenaga, bahan kimia, bahan, farmaseutikal dan makanan. Yokogawa menangani isu pelanggan berhubung pengoptimuman pengeluaran, aset dan rantaian bekalan dengan aplikasi teknologi digital yang berkesan, membolehkan peralihan kepada operasi autonomi.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1915, Yokogawa terus berusaha ke arah masyarakat mampan melalui lebih 17,000 pekerjanya dalam rangkaian global 126 syarikat yang mencakupi 60 negara.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.yokogawa.com

Nama syarikat, organisasi, produk, perkhidmatan dan logo di sini merupakan sama ada tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Yokogawa Electric Corporation atau pemegang masing-masing.

 

 

Source: Yokogawa
Keywords: Computer/Electronics Mining/Metals Corporate Expansion General Manufacturing