SINGAPURA, 18 Februari 2015 /PRNewswire/ --
Pembuat wiski Scotch malt tunggal mewah Mortlach™, "The Beast of Dufftown," telah melancarkan minuman khas untuk para pengembara: Mortlach Special Strength
Sama ada ia 'Kesan Mad Men" atau tidak masih menjadi punca perdebatan, tetapi dunia sudah semakin teruja tentang wiski, terutamanya Scotch malt tunggal. Oleh itu, para penggemar dan pakar minat mengalu-alukan berita yang Mortlach, salah satu malt tunggal terunggul yang dihasilkan di Scotland, bakal melancarkan satu kelainan khusus untuk pengembara: Mortlach Special Strength.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150217/731080-a)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150217/731080-b)
Dengan rasa yang kuat dan unik, Mortlach, yang digelar "Raksasa Dufftown" merupakan 'rahsia yang paling kemas disimpan" dalam kalangan mereka yang mengetahui dan kuantiti terhad yang pernah dikeluarkan sebelum ini pantas disambar oleh para penggemar. Selepas berpuluh tahun sebagai malt tunggal yang digunakan pengadun bagi menghasilkan adunan wiski Scotch terlazat di dunia, Mortlach kini diberi peluangnya sendiri untuk bersinar sebagai malt tunggal premium yang mewah.
Mortlach Special Strength dihasilkan daripada kombinasi rumit pengisian pertama, pengisian semula, dan pembakaran semula tong kayu oak Amerika dan Eropah. Pakar Pengadun Diageo, Dr Jim Beveridge berkata: "Kami memilih untuk membotolkan Mortlach Special Strength pada 49% kerana ia mengeluarkan nuansa perwatakan yang rumit namun harmoni, campuran vanila dan oak matang yang diperkuatkan dengan bau-bauan panggang, lalu memberi pengalaman rasa yang unik serta berbeza jika dibandingkan dengan, contohnya, Mortlach Rare Old pada 43.3%".
Varian baharu itu disasarkan kepada pengembara yang menikmati wiski terunggul dan mencari kepelbagaian serta kualiti yang jarang didapati dalam minuman mereka. Di samping Mortlach Special Strength, dua lagi ekspresi Mortlach kini boleh didapati di kedai lapangan terbang serta di kedai tempatan: Mortlach 18-Year Old dan Mortlach 25-Year Old.
Mortlach Special Strength dipersembahkan dalam botol gaya kontemporari yang menonjol dan ikonik, diilhamkan daripada zaman emas kejuruteraan, semasa minuman itu dilahirkan. Botol itu tampak gagah dengan garisan bersegi dan leher gaya bercembul yang direka bagi melindungi serta menyerlahkan penampilan wiski premium mewah yang dikandunginya.
Bagi meraikan pelancaran itu, para pengembara akan menerima set gelas wiski kaca kristal yang cantik dengan setiap pembelian Mortlach Special Strength, di lapangan terbang terpilih. Bagi mana-mana pakar minat yang sangat menggemari wiski Scotch termewah, mereka tentu akan menayangkan Mortlach di hadapan sekali koleksi minuman mereka dengan penuh bangganya.
Pengembara mewah yang singgah di Lapangan Terbang Heathrow London dan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai kini akan berpeluang mencuba Mortlach Special Strength dan menikmati rasa unik wiski Scotch malt tunggal baharu ini di zon merasa yang dikhaskan.
Peter Fairbrother, Pengarah Pemasaran Diageo Global Travel and Middle East (GTME), berkata: "Kami sangat teruja untuk melancarkan Mortlach Special Strength di kedai lapangan terbang. Wiski premium, khususnya Scotch malt tunggal, memberi keterujaan di kedai bebas cukai kepada pengembara yang mencari wiski unik yang hanya boleh dibeli semasa pengembaraan mereka. Dengan warisannya yang kaya, proses penyulingan yang unik, rasa yang berani, dan botol yang tampak menarik, kami yakin penggemar wiski serta pengembara seluruh dunia tentu akan gembira dapat menemui varian Special Strength baharu ini."
Duta Jenama Global untuk Mortlach dan pakar wiski Scotch Georgie Bell menambah: "Di samping rasanya yang berbeza dan luar biasa, kepekatan serta keaslian warisan Mortlach adalah apa yang benar-benar membezakannya. Berasal sejak hampir 200 tahun lepas, Mortlach menzahirkan wawasan berani pengasasnya, jurutera awam dari Scotland George Cowie dan anaknya Dr. Alexander Cowie. Seperti ramai usahawan zaman Victoria lain yang hebat sewaktu zaman emas itu, mereka dikenali kerana kebijaksanaan mereka, mencipta proses penyulingan 2.81 yang begitu rumit dan unik yang menghasilkan wiski berperisa hebat yang kita tahu hari ini.
"Akhirnya kini Mortlach boleh mengambil kedudukannya yang layak sebagai salah satu malt tunggal premium yang termewah di dunia. Dengan varian yang eksklusif untuk pengembara ini, malt tunggal ini kini boleh dinikmati oleh lebih ramai pakar minat yang bertuah."
Ekspresi Mortlach Special Strength yang baharu kini boleh didapati secara eksklusif kepada pengembara di kedai bebas cukai seluruh dunia, mulai awal tahun 2015 pada RRSP bernilai £75 / $120.
Nota kepada Penyunting:
Nota Rasa untuk Mortlach Special Strength:
Mortlach kekuatan istimewa yang terasa serasi dan memanaskan badan, paling sesuai dinikmati tanpa ais, berasa kompleks serta lazat pada masa yang sama. Ia sangat matang, dengan campuran rumit namun berharmoni vanila dan oak matang dikuatkan lagi dengan bau-bauan panggang serta rasa penghabisan yang berkekalan.
Kekuatan: 49% alkohol per isipadu
Rupa: Warna ambar yang jernih dan cerah, bilangan buih sederhana.
Varian lain
Satu lagi ekspresi untuk Mortlach telah dikeluarkan untuk pasaran tempatan sahaja, Mortlach Rare Old.
Laman sesawang: http://www.mortlach.com
Twitter: @mortlachwhisky
Sila minum Mortlach dengan berhemah.
Latar Belakang Diageo
Diageo merupakan peneraju global bagi minuman beralkohol dengan koleksi jenama hebat merentasi kategori spirit, bir dan wain. Jenama ini termasuklah wiski Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff, Cîroc dan Ketel One, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray serta Guinness.
Diageo merupakan sebuah syarikat global, dan produk kami terjual di lebih 180 buah negara seluruh dunia. Syarikat ini disenaraikan di Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO). Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan kami, jenama kami, dan prestasi kami, lawati kami di http://www.diageo.com. Lawati sumber amalan minuman berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com , untuk maklumat, inisiatif, dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.
Meraikan kehidupan setiap hari, di mana-mana sahaja.
Perkataan Mortlach dan logo berkaitan sudah mendapat cop tanda dagangan. © Diageo 2015
SUMBER Diageo GTME