omniture

Coway Keluarkan Kenyataan Rasmi Menjawab Usul Pemegang Saham Align Partners

Coway Co., Ltd.
2025-01-25 09:42 120
  • Align Partners menyerahkan usul pemegang sahamnya melalui firma guaman yang berpangkalan di Seoul, Hannuri Law LLC, pada 7 Januari 2025
  • Usul pemegang saham termasuk tuntutan kadar dividen yang dijangka sebanyak 90% daripada pendapatan bersih disatukan
  • Coway merancang untuk mengusulkan agendanya sendiri bagi kadar pulangan pemegang saham berdasarkan penyata kewangan syarikat yang dimuktamadkan, kemajuan audit luaran, dan kadar pulangan pemegang saham yang diusulkan oleh syarikat sebanyak 40%, berasingan daripada usul pemegang saham

SEOUL, Korea Selatan, 25 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company", telah mengeluarkan maklum balas rasmi kepada usul pemegang saham Align Partners Capital Management Inc. ("Align Partners").


Align Partners mengemukakan usulnya kepada Coway melalui firma guaman Hannuri Law LLC yang berpangkalan di Seoul pada 7 Januari, sebelum mengeluarkan surat pemegang saham awamnya pada 16 Januari 2025. Syarikat tersebut kemudiannya mengeluarkan maklum balas kepada usul pemegang saham melalui firma guaman Align Partners, Hannuri, pada 21 Januari dan pada masa yang sama menyiarkan maklum balas di laman web perhubungan pelabur (IR) syarikat.

Usul pemegang saham meminta kadar dividen yang mewakili kira-kira 90% daripada pendapatan bersih disatukan syarikat.

Angka ini ketara sekali melebihi kadar pulangan pemegang saham sasaran sebanyak 40% seperti yang digariskan dalam dasar pulangan pemegang saham Coway yang diumumkan pada 6 Januari, yang mengambil kira kestabilan kewangan syarikat dan pertumbuhan jangka panjang.

Dalam maklum balasnya, Coway melaporkan penerimaan usul kadar dividen 90% Align Partners dan butirannya kepada lembaga pengarah dan merancang untuk menyerahkannya kepada mesyuarat agung pemegang saham mengikut proses yang sewajarnya. Syarikat juga menyatakan bahawa agendanya mengenai kadar pulangan pemegang saham akan ditentukan dan dikemukakan secara berasingan, selepas pertimbangan menyeluruh penyata kewangan yang dimuktamadkan, kemajuan audit luaran, dan kadar pulangan pemegang saham yang diusulkan oleh syarikat sebanyak 40% seperti yang diumumkan baru-baru ini melalui pendedahannya yang saksama.

Jangwon Seo, Ketua Pegawai Eksekutif Coway, berkata, "Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memaksimumkan nilai pemegang saham melalui penjanaan prestasi berterusan, dan kami meminta kepercayaan dan sokongan berterusan anda untuk pertumbuhan mampan syarikat."

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Usaha niaga syarikat ini yang paling terkini, jenama BEREX, bertujuan untuk memperbaiki tidur dan meningkatkan kesejahteraan melalui tilam dan kerusi urut yang canggih. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini membuktikan dedikasi kepada inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Banking/Financial Service Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics