omniture

8 dalam 10 berpendapat bahawa diet yang sihat adalah penting untuk sokong kesihatan mental dan fizikal - tinjauan Herbalife Asia Pacific

Herbalife APAC
2024-12-04 14:24 11

HONG KONG, 4 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Herbalife, sebuah syarikat dan komuniti kesihatan serta kesejahteraan terulung, hari ini telah menyiarkan hasil penemuan daripada tinjauan "New Year, New Me" ("Tahun Baharu, Diri Saya Yang Baharu") Asia Pasifik. Menurut tinjauan ini sebanyak 85% responden berpendapat bahawa diet yang lebih sihat adalah penting untuk menyokong kesihatan mental dan fizikal mereka. Hampir lapan dalam 10 (77%) merancang untuk mengamalkan tabiat yang lebih sihat pada tahun akan datang dan akan mengukur kejayaan diet yang lebih sihat sebagai langkah untuk mencapai kesejahteraan keseluruhan yang lebih baik, berasa lebih bertenaga dan tidur yang lebih lena.

Sebagai sebahagian daripada tinjauan ini, 59% responden merancang untuk membuat azam Tahun Baharu bagi tahun 2025. Apabila ditanya mengenai azam mereka, tiga azam teratas adalah untuk bersenam lebih banyak (59%), makan lebih sihat (58%) dan berusaha untuk menyimpan wang (53%).

Tinjauan yang dijalankan oleh Talker Research, bagi pihak Herbalife*, melibatkan 5,500 orang dewasa di 11 negara, memfokuskan kepada pandangan orang ramai mengenai  kepentingan tabiat sihat dan langkah yang diambil untuk hidup lebih sihat dalam tempoh jangka panjang.

"Azam Tahun Baharu boleh menjadi cara yang baik untuk memulakan perjalanan gaya hidup yang lebih sihat. Namun, kunci sebenar adalah untuk terus berpegang pada azam tersebut selepas bulan Januari," kata Dr. Luigi Gratton, Naib Presiden Pejabat Kesihatan dan Kesejahteraan di Herbalife. "Mulakan dengan matlamat yang boleh dicapai dan praktikkannya  ke dalam rutin harian anda. Dengan konsistensi dan komitmen, anda boleh mengubah azam tersebut menjadi tabiat sihat yang berkekalan."

Separuh daripada responden berkata mereka kurang mengamalkan tabiat sihat apabila penghujung tahun menghampiri dan 50% berkata mereka menggunakan hujung tahun sebagai alasan untuk menangguhkan amalan  pemakanan yang sihat.

Hal ini juga berbeza mengikut generasi: 55% daripada responden Gen Z mengakui mereka menggunakan ini sebagai alasan, berbanding dengan 46% daripada Gen X yang mengambil bahagian dalam tinjauan ini.

Tanpa mengira usia, keputusan tinjauan juga mendapati bahawa 60% responden telah melanggar diet pada akhir tahun dengan 37% mengakui ia disebabkan oleh juadah musim perayaan yang sukar dielakkan.

Ramai responden yang menghentikan tabiat sihat mereka agar mereka dapat menikmati musim cuti ini sebaiknya. 57% responden berkata akhir tahun lebih menyeronokkan jika mereka tidak bimbang mengenai tabiat sihat dan berat badan mereka.

Responden yang lebih muda sekali lagi lebih cenderung untuk bersetuju — 62% daripada Gen Z, berbanding 53% daripada Gen X.

Mereka juga lebih cenderung untuk menyerah tahun ini:secara keseluruhan, 44% responden lebih cenderung untuk menyerah pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, dan hal ini meningkat bagi  generasi yang lebih muda — 53% daripada Gen Z, berbanding hanya 37% daripada Gen X.

Apabila ditanya mengapa mereka lebih mudah untuk mengalah kepada godaan tahun ini, responden berkata bahawa apabila mereka semakin dewasa, mereka lebih santai dan menikmati setiap momen (43%) — dan mereka lebih bersyukur dapat berada di samping keluarga serta rakan-rakan . Ini menyebabkan kawalan diri mereka menjadi lebih rendah (40%).

"Menyambut musim cuti bersama insan tersayang tidak bermaksud  anda tidak boleh menikmatinya sambil mengekalkan fokus terhadap kesihatan anda," tambah Gratton. "Anda masih boleh menikmati hidangan perayaan itu. Tapi, pastikan anda mengimbanginya dengan pilihan yang lebih berkhasiat dan kekal aktif. Semua ini berkisar tentang membuat keputusan yang bijak agar anda dapat menikmati kegembiraan musim ini dan dalam masa yang sama, menjaga kesihatan diri. Dengan sedikit perancangan, anda boleh meraikan musim perayaan dengan Bahagia di samping mengekalkan gaya hidup yang sihat."

*Metodologi tinjauan

Talker Research menyoal selidik 5,500 pengguna Asia Pasifik di 11 pasaran - Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Tinjauan ini ditugaskan oleh Herbalife dan diurus serta dijalankan secara dalam talian oleh Talker Research antara 25-29 Oktober 2024.

Latar Belakang Herbalife Ltd.

Herbalife (NYSE: HLF) ialah syarikat, komuniti dan platform kesihatan serta kesejahteraan terulung yang telah mengubah kehidupan orang ramai melalui produk pemakanan yang hebat dan peluang perniagaan untuk pengedar bebasnya sejak tahun 1980. Syarikat menawarkan produk yang disokong oleh sains kepada pengguna dalam lebih daripada 90 pasaran melalui pengedar keusahawanan yang menyediakan bimbingan secara individu dan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, lebih aktif demi menjalani kehidupan yang terbaik.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Susan Tan
Komunikasi Korporat, Asia Pasifik
Herbalife
Emel: asiapacificteam@herbalife.com

Source: Herbalife APAC
Related Stocks:
NYSE:HLF
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mental Health Supplementary Medicine Survey, Polls & Research Fitness/Wellness