SYDNEY, 18 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Layar Panggung Opera Sydney yang terkenal di seluruh dunia telah berubah warna untuk menandakan permulaan Tahun Baharu Lunar Kambing.
Ketua Menteri Negeri New South Wales Australia Mike Baird menyertai masyarakat Cina Sydney di pesisir Pelabuhan Sydney untuk meraikan detik 'nyalaan' istimewa untuk menyalakan layar yang ikonik itu.
"Panggung Opera Sydney merupakan salah satu bangunan paling terkenal di dunia dan kami berbangga untuk menganjurkan sambutan Tahun Baharu Lunar terbesar di luar China," kata En Baird.
"Ia merupakan pemandangan yang menakjubkan untuk melihat Panggung Opera Sydney dilimpahi 'merah China' ketika kami mengucapkan selamat jalan kepada Tahun Kuda dan mengalu-alukan kedatangan Tahun Kambing.
"Permulaan Tahun Baharu Lunar telah menjadi sambutan yang dinanti-nantikan dalam Negeri kami yang berbilang budaya apabila kami menyertai masyarakat yang meraikan Tahun Baharu - termasuk dari China, Indonesia, Malaysia, Korea Selatan dan Singapura.
"Sambil mengucapkan selamat jalan kepada Tahun Kuda kami mengimbau kembali kejayaan sepanjang 12 bulan lalu dan pengukuhan ikatan ekonomi serta budaya antara China dan juga NSW.
"Kami mempunyai ikatan budaya yang kukuh dengan China. Kira-kira satu daripada 10 orang yang tinggal di Sydney mempunyai keturunan Cina dan Mandarin merupakan bahasa yang kedua paling banyak dituturkan di sini selepas bahasa Inggeris.
"Saya telah ke China untuk lawatan rasmi luar negara pertama saya sebagai Ketua Menteri, dan negara tersebut kekal sebagai rakan dagangan terbesar bagi New South Wales serta sumber bagi pelancong dan juga pelawat antarabangsa.
"China kekal sebagai pasaran utama untuk Kerajaan NSW dan tahun lalu kami mengambil satu lagi langkah ke hadapan, memperkenalkan strategi China untuk memastikan usaha kami tertumpu kepada pertambahan perdagangan dua hala dan pelancongan.
"Bagi menandakan acara bertuah ini layar Panggung Opera Sydney akan dinyalakan merah sekali lagi pada petang ini (Khamis 19 Februari) ketika kami meraikan hari pertama Tahun Kambing," kata En Baird.
Ketua Pegawai Eksekutif Panggung Opera Sydney Louise Herron AM berkata: "Sebagai simbol Australia moden dan destinasi pelancong nombor satu negara ini, kami teruja kerana dapat meraikan kedatangan Tahun Kambing pada layar Panggung Opera."
"Terdapat suasana keterujaan yang dapat dirasai tentang Tahun Baharu Lunar, lebih 18,000 tetamu yang bertutur bahasa Cina dan Korea telah menempah lawatan bertema bangunan tersebut dan terdapat beberapa aktiviti Tahun Baharu di tempat kami."
Maklumat perhubungan media:
Olivia Suzanski, +61-448-994-631 (Premier)
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150218/8521500936-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150218/8521500936-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150218/8521500936-c