ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 19 Februari 2015 /PRNewswire/ --
Cabaran Robotik Antarabangsa Mohamed Bin Zayed bertujuan menarik bakat terbaik dan terpintar dalam robotik
Pelancaran Cabaran Robotik Antarabangsa Mohamed Bin Zayed (MBZIRC) telah diumumkan dalam satu sidang akhbar di Khalifa University di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada 15 Februari 2015. Acara pelancaran itu dibantu robot, yang menunjukkan para tetamu ke tempat duduk mereka. MBZIRC, dianjurkan oleh Khalifa University yang berpangkalan di Abu Dhabi, akan diadakan setiap dua tahun dan menampilkan hadiah bernilai sejumlah USD 5 Juta. Acara tersebut dinamakan sempena Putera Mahkota Abu Dhabi.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150216/731030)
"Acara ini tidak syak lagi akan menarik antara minda robotik terbaik di dunia, dan membawa perhatian antarabangsa kepada industri robotik yang berkembang di Emiriah Arab Bersatu," kata Presiden Khalifa University, Dr. Tod Laursen. "Dalam sejarah, cabaran yang dikeluarkan oleh kerajaan, komuniti saintifik dan entiti antarabangsa sering kali memainkan peranan utama dalam memajukan pengetahuan – yang digelar "perlumbaan angkasa" pada 1960an mungkin merupakan salah satu contoh paling diingati bagi idea ini, dan baru-baru ini Emiriah Arab Bersatu telah meneruskan tema ini dengan impiannya bagi satu misi Marikh. Dalam semangat yang sama, MBZIRC akan mencetuskan pembangunan akan datang bagi teknologi robotik sedunia dengan menuntut penyelidikan, ciptaan dan aplikasi dunia sebenar pemenang-pemenangnya. Cabaran yang dikeluarkan dalam acara ini akan mendorong peserta mencuba lebih jauh daripada keadaan semasa bidang tersebut, supaya pembangunan dan penemuan baharu akan diperlukan untuk meraih kejayaan. Kami yakin sedikit keberanian dalam menetapkan cabaran adalah penting bagi proses inovasi."
MBZIRC pertama akan memerlukan peserta membangunkan kenderaan udara dan darat yang mampu menjalankan tugasan dalam persekitaran dinamik yang kompleks. Cabarannya adalah untuk menghasilkan kenderaan yang dapat menyempurnakan tugasan dalam senario tindak balas bencana disimulasi. Ia akan melibatkan kolaborasi sekumpulan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dan kenderaan darat tanpa pemandu (UGV) dalam persekitaran berubah yang memerlukan robot menjalankan siri tugasan menggunakan navigasi berautonomi serta interaksi persekitaran. Cabaran tersebut akan diadili oleh panel bebas yang terdiri daripada pakar robotik antarabangsa.
Pasukan yang berminat untuk menyertai cabaran ini boleh mendapatkan maklumat lanjut di: http://www.mbzirc.com. Cadangan mestilah dihantar sebelum Jun 2015, dan peserta akan dipilih pada Oktober 2015. Selain itu, setiap individu boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang MBZIRC di media sosial menerusi #MBZIRC di Twitter dan Facebook @MBZIRC.
SUMBER Khalifa University