omniture

FxPro Quant -- Merevolusikan Dagangan Berautomasi

FxPro
2015-02-19 22:47 109

LONDON, 19 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Menggunakan antara muka tarik dan letak yang mudah digunakan, Pembina Strategi Quant berevolusi daripada FxPro membolehkan penggunanya menghasilkan strategi dagangan automatik mereka sendiri dengan memvisualkan bagaimana penanda teknikal, fungsi logik dan pengendali matematik berinteraksi dengan satu sama lain. Dalam cara ini algoritma dagangan kompleks dapat dihasilkan tanpa penggunaan bahasa pengkodan. Versi serba baharu syarikat itu termasuk sebilangan penambahbaikan signifikan, selain dijadikan tersedia percuma untuk semua, menegaskan FxPro sentiasa memahami keperluan para pelanggan mereka.

"Quant telah pun diterima dengan baik oleh peniaga dan versi baharu ini bermatlamat untuk menyampaikan lebih banyak fungsi. Selain rekaan yang dikemaskini, kami telah menambahkan tab yang membolehkan anda menghasilkan lebih daripada satu strategi pada satu-satu masa, menggunakan fungsi cari serta zum, memautkan warna, dan kini strategi Quant anda dapat disimpan sebagai robot MT4 EA dan cTrader. Kesemua ciri ini tersedia kepada semua peniaga daripada portal FxPro Quant baharu kami, sama ada mereka mempunyai akaun dengan FxPro ataupun tidak. Kami amat yakin dengan kualiti alatan dagangan kami dan kami yakin untuk menjadikannya tersedia untuk semua," Charalambos Psimolophitis, Ketua Pegawai Eksekutif FxPro.

Versi terkini pembina strategi Quant berasaskan sesawang daripada FxPro kini sedia dan boleh didapati di http://quant.fxpro.co.uk

Nota kepada Media

Latar Belakang FxPro

FxPro merupakan broker FX yang memenangi pelbagai anugerah yang mempunyai kepentingan yang sesuai dengan para pelanggannya, melalui himpunan kecairan yang mendalam FxPro menyasarkan untuk menjadi penyedia utama bagi penyelesaian FX untuk pelanggan institusi dan perniagaan, yang kini menyediakan perkhidmatannya di lebih 150 buah negara dengan platform dagangan termaju serta alatan algoritma. FxPro menyasarkan untuk membantu pelanggan memperoleh lebih banyak keuntungan.

FxPro UK Limited diberi kelulusan dan dikawalselia oleh Lembaga Kelakuan Kewangan (no. pendaftaran 509956). FxPro Financial Services Limited diberi kelulusan dan dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus (no. lesen 078/07).

http://www.fxpro.com/

Amaran Risiko
Dagangan CFD melibatkan risiko kerugian yang tinggi.

Maklumat Perhubungan Media
Hubungan Media
FxPro
+44(0)20-7776-9720
E-mel: pr@fxpro.com

SUMBER  FxPro

Source: FxPro
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology New products/services