PORT VILA, Vanuatu, 6 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Vantage Markets dengan gembiranya meraikan ulang tahunnya yang ke-15 dengan melancarkan promosi "Christmas Cashback Galore" yang menggabungkan semangat percutian dengan kesyukuran atas sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pelanggannya. Promosi yang menarik ini menawarkan peluang kepada pedagang untuk memperoleh ganjaran pulangan tunai sambil berdagang di pasaran kegemaran mereka semasa musim perayaan ini.
Bermula dari 1 Disember 2024 hingga 31 Disember 2024, promosi "Christmas Cashback Galore" memberi ganjaran kepada peserta yang layak dengan pulangan tunai sehingga $1500 berdasarkan jumlah dagangan mereka. Pedagang boleh meningkatkan pulangan tunai mereka secara progresif apabila mereka berdagang dengan lebih banyak. Inisiatif ini memperlihatkan komitmen Vantage untuk berkongsi kejayaannya bersama pelanggan dan meraikan perjalanan mereka bersama-sama.
Cara untuk Menyertai
Bagi Pengguna Baharu: Pedagang baharu boleh menyertai sambutan ini dengan membuka akaun perdagangan Vantage. Setelah mendaftar, mereka boleh mengambil bahagian dalam promosi dengan memenuhi kriteria kelayakan dan berdagang semasa tempoh promosi.
Bagi Pengguna Sedia Ada: Pemegang akaun Vantage semasa boleh menyertai dengan mudah dengan memilih promosi melalui Portal Pelanggan.
Pedagang boleh mengunjungi halaman rasmi Christmas Cashback Galore untuk meneliti terma dan syarat penuh serta mengetahui cara untuk memaksimumkan ganjaran mereka.
Mengimbas Kembali 15 Tahun Kecemerlangan
Dengan kepakaran industri selama 15 tahun, Vantage memperoleh reputasi sebagai broker yang dipercayai dan inovatif yang menawarkan akses kepada pelbagai pasaran, termasuk CFD pada tukaran mata wang asing, indeks dan komoditi. Pendekatan berpusatkan pelanggan, alatan canggih dan platform terjamin menjadikannya pilihan utama buat pedagang di seluruh dunia.
Promosi Christmas Cashback Galore menekankan dedikasi Vantage kepada pelanggannya dan meraikan perjalanannya yang luar biasa dalam industri perdagangan. Tatkala syarikat terus berkembang, ia tetap komited untuk memperkasakan pedagang dengan alatan, sumber dan peluang untuk berjaya.
Pada musim perayaan ini, sertai Vantage bagi meraikan 15 tahun kecemerlangan dan alami kegembiraan berdagang dengan ganjaran pulangan tunai.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi Promosi Krismas Vantage Markets.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing, Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO: Perdagangan CFD membawa risiko yang besar. Anda boleh mengalami kerugian yang melebihi pelaburan awal anda.