omniture

Memperkasa Kehidupan, Satu Kebaikan Demi Kemaslahatan Bersama

USANA Malaysia
2024-12-06 20:25 1

Bantuan Banjir kepada 147 Keluarga yang Memerlukan

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Biarpun hujan turun berterusan, USANA Foundation sekali lagi membuktikan bahawa perubahan yang sebenar dan berkekalan mampu dilaksanakan melalui inisiatif berpacukan komuniti. Komitmen kami untuk membantu mereka yang memerlukan dapat dilihat dalam setiap tindakan yang telah kami lakukan buat keluarga-keluarga yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Pada bulan Oktober, hujan monsun yang lebat telah menimpa negeri Kedah lalu mengakibatkan banjir yang mengganggu kehidupan dan mata pencarian ramai orang. Bagi membantu mereka yang terjejas, USANA Foundation dengan pantas menggerakkan Projek Bantuan Banjir yang menumpukan kawasan paling teruk teruk dilanda seperti Sik dan Baling, Kedah, pada 7 November 2024. Pasukan kami menyediakan bekalan penting termasuk makanan ruji, formula bayi, lampin untuk bayi dan dewasa, serta keperluan lain yang bernilai RM 36,300 secara keseluruhannya. Bekalan bantuan ini diedarkan kepada 147 keluarga yang dilanda kesan kritikal akibat daripada bencana ini. 

Kami tiba dengan 10 pasukan sukarelawan di Baling pada 7 November 2024, dan misi bermula dengan mengedarkan beg makanan sebagai tanda talian hayat dan mesej solidariti semasa kesusahan untuk setiap satu keluarga. Setiap beg yang diserahkan adalah simbol untuk harapan dan ketabahan dalam menghadapi musibah ini. Senyuman yang terukir sebaik menerima bantuan ini mengingatkan kami bahawa pertolongan memberi impak yang besar ibarat sebuah gelombang. Kami pulang dengan hati yang tersentuh dan ingin meneruskan komitmen untuk sentiasa mendampingi masyarakat. Sekecil mana pun usaha itu, ia pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam. 

Kem Juara: Memperkasakan Golongan Kurang Bernasib Baik Melalui Kebergantungan Diri

Dengan semangat untuk maju kehadapan, USANA telah melancarkan satu lagi inisiatif yang berkesan iaitu usaha amal Champions Camp, yang diadakan di Persatuan Kebajikan Vinashini pada 15 November 2024. Kem ini diilhamkan darpada prinsip, "Memberi pancing lebih baik daripada memberi ikannya" demi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Sorotan kem itu adalah memperkenalkan peserta kepada USANA Garden Tower—sebuah solusi yang mampan dan inovatif bertujuan meningkatkan keterjaminan makanan. "15 menara kebun yang tahan lama dan lasak ini boleh memuatkan 6 jenis tumbuhan jadi penduduk boleh menanam sayur-sayuran dan memupuk sikap berdikari," kata Sabrina Khoo, Pengurus Besar USANA Malaysia.

Melalui sesi praktikal yang menarik, para peserta mempelajari kemahiran berharga yang menjanjikan kehidupan lebih sihat serta potensi pendapatan melalui penjualan hasil tanaman. Selepas aktiviti penanaman, gelak tawa memeriahkan suasana apabila mereka sama-sama berseronok dalam sesi regangan berkumpulan.

Selain menara kebun, USANA Foundation turut membekalkan barangan keperluan termasuk Produk Bayi USANA bernilai RM 23,718 dan bekalan makanan bernutrisi untuk dua bulan serta barangan keperluan harian bernilai RM 40,800 demi menyokong 54 penduduk di Persatuan Kebajikan Vinashini. 

Bagi memastikan kebun kekal bersih dan terjaga, para pengedar juga membantu membersihkan rumput dan tumbuhan yang layu serta memangkas pokok.

Inisiatif ini menjadi bukti terhadap misi USANA Foundation untuk merapatkan jurang serta membina masyarakat yang lebih kuat dan sihat. Menjelang musim cuti akhir tahun ini, kami tetap berkomited untuk berkongsi harapan dan kegembiraan dengan membawa perubahan yang berkekalan kepada mereka yang memerlukan. Bersama-sama, kita mampu mencipta masa hadapan yang lebih cerah, satu langkah pada satu masa demi kemaslahatan bersama.

Source: USANA Malaysia
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Social Responsibility