omniture

XCMG Peroleh Kontrak Lebih CNY 10 Bilion di bauma China 2024

XCMG Machinery
2024-12-06 20:47 2

Memacu Kemampanan, Inovasi dan Kolaborasi Global

SHANGHAI, 6 Disember 2024 /PRNewswire/ -- XCMG Machinery ("XCMG", SHE: 000425), pengeluar jentera pembinaan Cina yang terkemuka, mengumumkan penandatanganan kontrak melebihi CNY 10 bilion di bauma China 2024 yang melabuhkan tirai baru-baru ini. Perjanjian ini merangkumi peralatan emisi sifar dan perlombongan pintar, pembuatan tenaga baharu dan kren berkapasiti tinggi, yang menekankan komitmen XCMG terhadap penyelesaian perindustrian yang lestari dan pintar.

XCMG Secures Over CNY 10 Billion in Contracts at bauma China 2024.
XCMG Secures Over CNY 10 Billion in Contracts at bauma China 2024.

Antara urus janji yang menonjol ialah:

  • Dalam urus janji bersejarah yang bernilai CNY 3 bilion, XCMG menandatangani kontrak peralatan perlombongan hijau dengan Fortescue Group, salah satu pengeluar bijih besi terbesar dunia dari Australia Barat. Di bawah perjanjian ini, XCMG akan membekalkan lebih 100 unit mudah alih berat emisi sifar menjelang tahun 2030, termasuk jentera angkut roda elektrik, jentolak dan mesin perata, agar sejajar dengan matlamat Fortescue untuk mencapai emisi sifar dalam seluruh operasi bijih besi Australia menjelang tahun 2030. Kumpulan peralatan pertama dijangka memulakan perkhidmatan menjelang tahun 2026, mengurangkan berjuta-juta liter penggunaan bahan api fosil sepanjang kitaran hayatnya.
  • XCMG menandatangani perjanjian strategik bersama Tsingshan Holding Group untuk menubuhkan kilang pembuatan peralatan tenaga baharu XCMG-Tsingshan di Indonesia. Kilang ini, tapak pengeluaran utama pertama XCMG di Asia Tenggara, merupakan pencapaian penting untuk rantau ini sebagai kemudahan pertama yang mengkhusus dalam peralatan tenaga baharu.
  • XCMG memuktamadkan penghantaran pukal ke China bagi kren roda dan perangkak bernilai lebih CNY 200 juta, termasuk:
    • XCA4000, kren semua rupa bumi terbesar di dunia.
    • XCA2000, terkenal dengan ciri keserbabolehannya dalam projek kuasa angin.
    • XLC18000M dan XLC17000, kren perangkak yang inovatif untuk pemasangan turbin angin.

Menerusi perjanjian ini, XCMG memantapkan kedudukannya sebagai pelopor dalam peralatan pembinaan dan perlombongan mampan, memacu kemajuan dalam pasaran global sekali gus memupuk pertumbuhan dan inovasi dalam tempoh jangka panjang.

Mempamerkan lebih 40 mesin elektrik dan hibrid, 42% daripada keseluruhan mesin pengorek, kren, mesin perata, mesin perlombongan, peralatan jalan raya dan mesin jalan raya yang dipamerkan, XCMG memperkukuh kepimpinannya dalam penyelesaian tenaga bersih. Penampilan sulung global yang penting termasuk:

  • XC9108EV, jentera angkut elektrik tulen terbesar di dunia.
  • GR350EP, mesin perata perlombongan elektrik pertama di dunia.
  • XCT100G5-1HEV, kren hibrid 100-tan.
  • XE650GK-HEV, mesin pengorek hidraulik hibrid yang disesuaikan untuk perlombongan.

Di bauma China, pengunjung terpesona dengan pameran peralatan XCMG yang dipaparkan dalam filem blokbuster The Wandering Earth II, termasuk mesin pengorek berjalan ET120, yang melakukan demonstrasi langsung olah gerak yang kompleks seperti pengemudian berhalangan dan penentududukan yang tepat. Integrasi antara inovasi sinematik dan kecemerlangan kejuruteraan ini menyerlahkan visi futuristik XCMG.

"Sebagai pengeluar yang terkemuka dengan sejarah selama 81 tahun yang membanggakan, XCMG menjalin perkongsian kukuh bersama bauma China sejak tahun 1992," kata Yang Dongsheng, Pengerusi XCMG Machinery dan XCMG Group. "Selama bertahun-tahun, platform global ini menjadi bukti komitmen kami sejak sekian lama terhadap inovasi dan kolaborasi, membolehkan kami saling bekerjasama dengan rakan kongsi global dalam menempuh cabaran mahupun mencipta kemenangan, demi mencapai kejayaan bersama."

Memperlihatkan komitmennya terhadap inovasi dan kolaborasi, XCMG memperkenalkan jenama servis global XCMG TrueCare dan inisiatif kebajikan awam dan alam sekitar Plan WIN-win di acara ini, bekerjasama dengan rakan kongsi global untuk memacu kejayaan bersama melalui produk dan perkhidmatan yang lebih baik.

 

Source: XCMG Machinery
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Banking/Financial Service Mining/Metals Transportation Contracts Trade show news General Manufacturing