- Nets dan Suns akan Bermain dalam Perlawanan Pramusim pada 10 dan 12 Oktober 2025 di The Venetian Arena -
MACAU, 7 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) dan Sands China Ltd. (HKEx: 1928.HK) mengumumkan pada hari ini satu kolaborasi berbilang tahun untuk membawa Sukan NBA China ke Macau, bermula pada tahun 2025 apabila Brooklyn Nets dan Phoenix Suns akan bermain dalam dua perlawanan pramusim pada hari Jumaat, 10 Oktober dan Ahad, 12 Oktober di The Venetian Arena.
NBA dan Sands akan menjalankan aktiviti peminat yang interaktif, inisiatif santun komuniti NBA Cares dan acara gaya hidup yang akan membawakan pengalaman NBA kepada peminat di Macau sepanjang tahun, termasuk Hari Peminat NBA sepanjang minggu permainan yang akan menampilkan persembahan selebriti dan peluang untuk menyaksikan pasukan, selebriti dan pempengaruh mengambil bahagian dalam aktiviti di gelanggang dan pertandingan kemahiran. Menjelang berlangsungnya permainan, Kedai Utama NBA akan dibuka di The Londoner® Macao dan menyediakan kepada peminat di Macau dan peminat yang berkunjung dari seluruh dunia dengan pelbagai jenis barangan NBA yang tulen dan boleh disesuaikan daripada jenama-jenama utama seperti Nike, Mitchell & Ness, New Era, Wilson dan NBA Kids.
Sands menganjurkan acara pada hari ini di The Londoner Arena di Macau di mana pengumuman dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya dan Ketua Pegawai Operasi NBA Mark Tatum, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Las Vegas Sands (LVS) dan gabenor Dallas Mavericks Patrick Dumont, serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sands China Ltd. (SCL) Grant Chum. Menyertai mereka di atas pentas ialah Naib Presiden Eksekutif Global Perkongsian Global Brooklyn Sports & Entertainment (BSE) Catherine Carlson, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Hasil Phoenix Suns Dan Costello dan Legenda NBA Ray Allen, DeMarcus Cousins, Stephon Marbury, Tracy McGrady, Cuttino Mobley dan Tony Parker.
Ketika ini, Nets menampilkan pemenang pingat emas FIBA World Cup 2023 Dennis Schröder (Jerman), ahli Pasukan Kebangsaan Lelaki Bola Keranjang AS 2023 Cam Johnson (A.S.) dan pemegang gelaran NBA All-Star sebanyak tiga kali Ben Simmons (Australia). Suns kini menampilkan pemenang pingat emas Olimpik sebanyak empat kali dan juara NBA dua kali Kevin Durant (A.S.), pemenang pingat emas Olimpik sebanyak dua kali dan pemegang gelaran NBA All-Star sebanyak empat kali Devin Booker (A.S.) dan pemegang gelaran NBA All-Star sebanyak tiga kali Bradley Beal (A.S.).
Sukan NBA China 2025 yang dipersembahkan oleh 88VIP akan mendekati peminat di lebih 200 negara dan wilayah melalui televisyen, media digital dan media sosial. Maklumat jualan tiket akan diumumkan dalam masa terdekat.
Selain daripada rakan kongsi penyampai 88VIP, permainan dan acara sekitar akan disokong oleh senarai rakan pemasaran, termasuk Ant International, Ctrip, Mengniu, Nike dan Tissot. Sands China, Rakan Pusat Peranginan Bersepadu Rasmi NBA China, akan berperanan sebagai Penganjur Rasmi permainan.
Petikan Eksekutif:
Timbalan Pesuruhjaya dan Ketua Pegawai Operasi NBA Mark Tatum:
"Membawakan permainan pramusim ke Macau akan memperlihatkan keterujaan NBA kepada peminat di salah satu hab baru muncul di dunia untuk sukan. Nets dan Suns menampilkan gabungan menarik antara bintang handalan yang mantap kedudukannya serta semakin meningkat naik dan kami berharap dapat berinteraksi dengan peminat, pemain yang bercita-cita tinggi dan komuniti tempatan di Macau melalui permainan ini dan pelbagai acara interaktif, program pembangunan belia dan inisiatif impak sosial."
Presiden dan Ketua Pegawai Operasi LVS dan gabenor Dallas Mavericks Patrick Dumont:
"Bola keranjang NBA ialah sukan bertaraf global yang menarik minat orang ramai daripada peringkat umur, latar belakang dan budaya yang berbeza. Ia mencipta pengalaman menarik yang menghubungkan orang ramai dan dalam masa yang sama memainkan peranan positif dalam komuniti. Sands berbesar hati untuk membawa Sukan NBA China ke Macau agar tahap bola keranjang yang paling elit boleh dialami secara langsung oleh peminat yang begitu bersemangat mengenainya. Kami berharap dapat mengalu-alukan NBA ke Macau pada Oktober depan."
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SCL Grant Chum:
"Pengumuman pada hari ini merupakan permulaan kepada kolaborasi berbilang tahun yang menarik antara Sands China dan NBA. Kami berasa teruja untuk membawa Sukan NBA China ke Macau dan mencipta peluang untuk peminat bola keranjang dari seluruh dunia meraikan yang terbaik dalam sukan. Gabungan ini mencerminkan komitmen Sands China untuk menyampaikan pengalaman yang luar biasa kepada tetamu dan komuniti tempatan kami dengan menyediakan spektrum acara sukan dan gaya hidup yang pelbagai sepanjang tahun."
Pengurus Besar Brooklyn Nets Sean Marks:
"Kami sentiasa menyukai peluang untuk bersaing di pentas global dan kami bersyukur dapat mengambil bahagian dalam Sukan NBA China 2025. Brooklyn Nets mempunyai kumpulan peminat yang luar biasa di seluruh dunia dan kami tidak sabar untuk membawa minat kami terhadap permainan ini terus kepada peminat kami sambil memberi peluang kepada pemain dan jurulatih kami untuk menyelami budaya yang berbeza."
Ketua Pegawai Eksekutif Phoenix Suns Josh Bartelstein:
"Kami teruja untuk membawa Phoenix Suns ke Macau pada tahun hadapan untuk bersaing di hadapan peminat kami yang bersemangat di wilayah ini. Mengambil bahagian dalam Sukan NBA China 2025 merupakan sebahagian daripada visi pemilik kami Mat Ishbia untuk membawa Suns kepada khalayak global dan memberi impak kepada peminat di seluruh dunia."
Photo: Brooklyn Sports & Entertainment (BSE) Global Executive Vice President of Global Partnerships Catherine Carlson, Sands China Ltd. (SCL) President and Chief Executive Officer Grant Chum, Phoenix Suns Executive Vice President & Chief Revenue Officer Dan Costello, Las Vegas Sands (LVS) President and Chief Operating Officer and Dallas Mavericks governor Patrick Dumont, NBA Deputy Commissioner and Chief Operating Officer Mark Tatum, NBA Legends Ray Allen, DeMarcus Cousins, Stephon Marbury, Tracy McGrady, Cuttino Mobley and Tony Parker, and executives from the NBA, Sands and 88VIP.
Latar Belakang Sands China Ltd.
Sands China Ltd. (Sands China atau Syarikat) diperbadankan di Kepulauan Cayman dengan liabiliti terhad dan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong Limited (HKEx: 1928). Sands China ialah pengendali pusat peranginan bersepadu terbesar di Macau. Pusat peranginan bersepadu Syarikat di Cotai Strip terdiri daripada The Venetian® Macao, The Plaza® Macao, The Parisian Macao dan The Londoner® Macao. Syarikat juga memiliki dan mengendalikan Sands® Macao di semenanjung Macau. Portfolio Syarikat menampilkan gabungan terpelbagai antara tarikan riadah dan perniagaan serta operasi pengangkutan, termasuk kemudahan mesyuarat dan konvensyen yang besar; pelbagai jenis restoran; pusat membeli-belah; hiburan bertaraf dunia di The Venetian Arena, The Londoner Arena, The Venetian Theatre, The Parisian Theatre, Londoner Theatre dan Sands Theatre; dan perkhidmatan feri Cotai Water Jet berkelajuan tinggi antara Hong Kong dan Macau. Portfolio Cotai Strip Syarikat ini mempunyai matlamat untuk menyumbang kepada transformasi Macau menjadi pusat pelancongan dan riadah dunia. Sands China ialah subsidiari bagi pemaju pusat peranginan global Las Vegas Sands Corp. (NYSE: LVS).
Latar Belakang NBA
Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) ialah organisasi sukan dan media global dengan misi untuk memberi inspirasi dan menghubungkan orang ramai di mana-mana sahaja melalui kuasa bola keranjang. Dibina sekitar lima liga sukan profesional: NBA, WNBA, NBA G League, NBA 2K League dan Basketball Africa League, NBA mewujudkan kehadiran antarabangsa yang utama menerusi permainan dan program yang tersedia di 214 negara dan wilayah dalam 60 bahasa, serta barangan untuk dijual di lebih 200 negara dan wilayah di ketujuh-tujuh benua. Senarai pemain NBA pada permulaan musim 2024-25 menampilkan 125 pemain antarabangsa rekod seri dari 43 negara rekod seri. Aset NBA Digital termasuk NBA TV, NBA.com, NBA App dan NBA League Pass. NBA mewujudkan salah satu komuniti media sosial yang terbesar di dunia, dengan lebih daripada 2.3 bilion tanda suka dan pengikut di seluruh dunia merentas kesemua platform liga, pasukan dan pemain. NBA Cares, platform tanggungjawab sosial global NBA, bekerjasama dengan organisasi-organisasi berasaskan komuniti yang terkenal di seluruh dunia untuk menangani isu-isu sosial yang penting dalam bidang pendidikan, keterangkuman, pembangunan belia dan keluarga serta kesihatan dan kesejahteraan.