omniture

Rakan Kongsi Penerbitan Fifty Shades of Grey Menangi Tuntutan Mahkamah

Vincent Lopez Serafino Jenevein, PC
2015-02-20 16:59 99

-- Plaintif Layak Terima Royalti Buku

DALLAS, 20 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Dalam satu keputusan dengan implikasi blokbuster, juri bagi kes Pedroza lwn. Hayward dan TWCS Operations Proprietary Ltd telah menganugerahkan kemenangan kepada Jennifer Lynn Pedroza dalam satu pertikaian berkaitan hak royalti bagi fenomena penerbitan Fifty Shades of Grey. Keputusan juri itu diumumkan hari ini oleh peguam Cik Pedroza di Vincent Lopez Serafino Jenevein, PC.

Penerbit asal trio buku tersebut merupakan The Writer's Coffee Shop, penerbit bebas buku elektronik dan buku yang dicetak atas permintaan. Plaintif berkenaan, Jennifer Pedroza merupakan salah seorang daripada empat rakan kongsi asal bagi syarikat baharu yang menerbitkan Fifty Shades of Grey. The Writer's Coffee Shop kemudiannya menjual hak penerbitan buku-buku tersebut kepada Random House.

Keputusan hari ini mengesahkan Jennifer Pedroza merupakan rakan kongsi bagi The Writer's Coffee Shop. Juri menentukan penipuan telah dilakukan oleh Cik Amanda Hayward dan TWCS Operations Proprietary apabila mereka menyebabkan Cik Pedroza memeterai Perjanjian Perkhidmatan, dan turut mengecualikan beliau daripada bahagiannya dalam salah satu perjanjian buku paling berjaya dalam sejarah. Sehingga kini Fifty Shades of Grey telah terjual sebanyak lebih 100 juta salinan dan kini berada dalam senarai buku paling laris New York Times.

Kerugian akan dinilai pada sebutan mahkamah kemudian selepas audit forensik menentukan bahagian royalti yang sesuai untuk Cik Pedroza. Cik Pedroza diwakili oleh firma guaman Dallas Vincent Lopez Serafino Jenevein, PC.

Source: Vincent Lopez Serafino Jenevein, PC
Keywords: Books Entertainment Film & Motion Picture Publishing/Information Service Legal issues