omniture

Sungrow dan CREC Menandatangani Perjanjian Storan Tenaga Bateri 1.5 GWj Penting di Filipina

Sungrow
2024-12-10 09:42

Perjanjian pembekalan BESS terbesar di Asia Tenggara setakat ini

HEFEI, China, 9 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Sungrow, penyedia penyongsang PV dan sistem storan tenaga terkemuka global, mengumumkan penandatanganan perjanjian penting bersama Citicore Renewable Energy Corporation (CREC) untuk Storan Tenaga Bateri (BESS) 1.5 GWj. Kolaborasi ini merupakan perjanjian pembekalan BESS terbesar di Asia Tenggara setakat ini. Penyelesaian storan tenaga yang canggih akan disepadukan ke dalam projek tenaga solar CREC, meningkatkan kecekapan dan kemampanan tenaga boleh baharu di Filipina.


Dengan perjanjian ini, CREC akan memperoleh 1.5 GWj teknologi BESS canggih daripada Sungrow, serta disokong oleh perkhidmatan reka bentuk kejuruteraan dan pembinaan bagi memastikan penyepaduan lancar dengan kemudahan solar CREC.

Memajukan Kecekapan Tenaga dan Kestabilan Grid

Projek ini membawakan kapasiti terpasang fotovolta sebanyak 302MWp. Semasa tempoh puncak hari berkenaan, semua tenaga elektrik tidak dapat dihantar sepenuhnya ke National Grid Corporation of the Philippines (NGCP), mengakibatkan sejumlah besar cahaya terbiar. Mengkonfigurasi sistem storan tenaga PowerTitan2.0 termaju Sungrow akan membolehkan lebihan elektrik disimpan pada siang hari dan dihantar ke grid pada waktu malam. Pendekatan yang inovatif ini mengurangkan pembaziran tenaga, meningkatkan penggunaan tenaga boleh baharu dan meningkatkan pulangan pelaburan projek.

Penyelesaian storan tenaga ini juga dapat menyelesaikan cabaran kritikal dalam kestabilan grid:

  • Pelepasan Kesesakan Grid: Ekoran had kuasa titik sambungan grid NGCP, stesen janakuasa fotovolta tidak boleh mengeluarkan kuasa pada kapasiti penuh semasa tempoh puncak. Mengkonfigurasikan sistem storan tenaga boleh mengurangkan kesesakan grid dan meningkatkan kestabilan grid.
  • Output Tenaga Lebih Lancar: Setakat ini, kadar liputan grid kuasa Filipina adalah kira-kira 91% dan beberapa kawasan masih mengalami masalah tanpa liputan kuasa, bekalan kuasa yang tidak mencukupi dan kuasa tidak stabil. Dengan mengkonfigurasikan storan tenaga dalam stesen janakuasa fotovolta, kerawakan dan kemeruapan stesen janakuasa fotovolta boleh dilaraskan dengan cepat untuk memastikan output yang stabil bagi titik sambungan grid stesen janakuasa fotovolta dan menyokong kestabilan grid kuasa.

Garis Masa Penghantaran Yang Terulung  

Projek luar negara tipikal biasanya mengambil masa selama 6 bulan bermula daripada penandatanganan perjanjian hingga penghantaran. Namun begitu, untuk projek CREC ini, masa tunggu hanya 2 bulan daripada penandatanganan perjanjian hingga penghantaran kumpulan pertama, yang sangat sukar dicapai dalam projek berskala besar. Memanfaatkan kepakaran luas Sungrow dalam menyerahkan projek berskala utiliti, sistem PowerTitan 2.0, menampilkan reka bentuk bersepadu AC-DC, menjalani prapemasangan dan prapentauliahan untuk sambungan grid segera di tapak. Tambahan pula, dengan sokongan dari pasukan pengurusan projek profesional dan pasukan penghantaran, Sungrow dapat mencapai penghantaran dan memenuhi permintaan pelanggan dalam 'masa sibuk' sedemikian.

"Pembangunan segera sistem storan tenaga bateri merupakan langkah yang diperlukan untuk memenuhi potensi maksimum kemudahan tenaga boleh baharu kami. Menerusi sistem yang dipasang ini bersama-sama dengan kemudahan solar kami, kami akan berupaya menyediakan kuasa yang diperlukan pada bila-bila masa sama ada siang atau malam," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CREC Oliver Tan.

"Kami berasa gembira dapat menyokong CREC menerusi matlamatnya untuk memajukan sistem storan tenaga di Filipina dan melalui teknologi kami, kami akan berupaya membantu CREC dan Filipina dengan keperluan kuasanya," ujar Naib Presiden Sungrow PV&ESS Shawn Shi.

Latar Belakang CREC 

Citicore Renewable Energy Corporation (CREC) ialah sebuah syarikat tenaga boleh baharu bidang fokus terpilih (pure-play) yang tersenarai secara terbuka dan terkemuka yang komited terhadap pembangunan dan operasi projek-projek solar, hidro dan angin di Filipina. CREC, secara langsung dan melalui subsidiari dan usaha samanya, mengurus portfolio terpelbagai projek penjanaan tenaga boleh baharu, terlibat dalam operasi pembangunan projek kuasa dan mengambil bahagian dalam pembekalan elektrik runcit. CREC juga merupakan penaja REIT tenaga boleh baharu pertama dan terbesar di Filipina, Citicore Energy REIT (CREIT). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.crec.com.ph

Latar Belakang Sungrow 

Sungrow, peneraju global bagi teknologi tenaga boleh baharu, mempelopori penyelesaian kuasa mampan selama lebih 27 tahun lamanya. Setakat Jun 2024, Sungrow memasang 605 GW penukar elektronik kuasa di seluruh dunia. Syarikat diiktiraf di kedudukan No. 1 dunia bagi penghantaran penyongsang PV (S&P Global Commodity Insights) dan syarikat storan tenaga Asia yang paling banyak menjana keuntungan (BloombergNEF). Inovasinya memperkasakan projek tenaga bersih di lebih 170 negara, disokong oleh rangkaian yang terdiri daripada 490 outlet servis yang menjamin pengalaman pelanggan yang cemerlang. Di Sungrow, kami komited untuk membawa perubahan demi masa depan yang lestari melalui teknologi termaju dan perkhidmatan yang tiada tandingan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.sungrowpower.com

 

Source: Sungrow
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts