omniture

Hisense Capai Kedudukan Teratas bagi Penghantaran Global TV 100-inci

Hisense
2024-12-10 20:36 1

QINGDAO, China, 10 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan perkakas rumah global, memantapkan kedudukannya sebagai pengusaha yang terkemuka dalam pasaran TV premium global menerusi TV 100-incinya dalam S3 2024, menurut institut penyelidikan pasaran antarabangsa yang terkemuka Omdia. Pencapaian ini menyaksikan suku keempat berturut-turut Hisense berada di barisan hadapan pasaran.

Hisense has solidified its position as the top player in the global premium TV market with its 100-inch TV in Q3 2024
Hisense has solidified its position as the top player in the global premium TV market with its 100-inch TV in Q3 2024

Dalam S3 2024, TV 100-inci Hisense memperoleh 63.4% bahagian yang luar biasa daripada volum penghantaran global. Prestasi yang cemerlang ini melonjakkan Hisense ke kedudukan teratas dalam penghantaran TV selama empat suku berturut-turut, lantas memperkukuh kepimpinan pasarannya dalam segmen TV premium.

Hisense merevolusikan pasaran TV premium menerusi barisan TV ULED MiniLED 100-inci yang canggih, dikuasakan oleh teknologi AI termaju yang meningkatkan kehidupan harian dan mendepani masa depan televisyen. Dengan memanfaatkan Hi-View AI Engine, Hisense mentakrifkan semula realisme imej, memastikan setiap adegan menggambarkan dengan tepat hasrat pencipta, memberikan pengalaman tontonan yang lebih autentik, terperinci dan bertenaga. Kualiti gambar ditingkatkan lagi dengan melaraskan kejelasan, kontras, warna dan kelancaran secara dinamik berdasarkan senario pengguna, memperhalus setiap elemen demi tontonan optimum pada masa nyata.

Bagi pengalaman menonton permainan, sebagai Rakan Kongsi Rasmi FIFA Club World Cup 2025™, TV ULED MiniLED 100-inci Hisense membawa hiburan ke tahap baharu. Dilengkapi dengan with AI Sports Mode, AI Smooth Motion dan 3D Sound Upscaler, TV AI Hisense menawarkan perincian perlawanan yang jelas, pergerakan bola yang lancar dan bunyi yang tajam serta jelas, mengasyikkan anda dalam aksi seolah-olah anda berada di stadium bersorak sorai kepada pasukan kegemaran anda daripada keselesaan rumah anda.

TV ULED MiniLED 100-inci Hisense mendapat pujian meluas daripada media terkemuka, menyerlahkan kecemerlangan Hisense dalam teknologi TV. Model ULED X diberi penghormatan sebagai "Pilihan Utama" kerana "menetapkan penanda aras prestasi baharu bagi saiz dan kualiti gambar" oleh Sound & Vision, manakala U9N disenarai pendek untuk Innovation Awards by Future. Di samping itu, U8N mencapai kedudukan teratas "Editors' Choice" daripada Tom's Guide dan diiktiraf sebagai "Produk Disyorkan" oleh Digital Trends dan dalam masa yang sama turut diperakui oleh Wired.

Latar Belakang Hisense 

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 1 secara global bagi penghantaran TV 100" pada kedua-dua tahun 2023 serta S1 hingga S3 2024. Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.

 

Source: Hisense
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail