CHENGDU, China, 11 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan, Barat Daya China, mempercepatkan pewujudan platform perkhidmatan pemindahan teknologi bagi menggalakkan pengkomersialan pencapaian teknologi dan membantu dalam penyepaduan industri, akademik, penyelidikan serta aplikasi.
Ia akan membawakan koleksi, pameran, pemadanan, jerayawara dan pengkomersialan pencapaian teknologi, berusaha untuk beralih daripada makmal kepada barisan pengeluaran.
Menurut rancangan yang diumumkan baru-baru ini untuk aktiviti pemadanan dan pengkomersialan pencapaian saintifik dan teknologi di bandar ini, Chengdu akan menjalankan pelbagai aktiviti promosi untuk membantu syarikat-syarikat menginovasi produk dan membantu projek-projek keusahawanan dalam pasaran modal pemadanan.
Semasa berlangsungnya acara pemadanan pencapaian teknologi utama yang diadakan baru-baru ini oleh biro sains dan teknologi Chengdu, kawasan dan daerah di bandar ini menandatangani 17 perjanjian kerjasama projek yang utama bersama universiti, institut penyelidikan dan perusahaan. Enam universiti memperkenalkan lebih daripada 400 pencapaian teknologi.
Yan Fangliang, Ketua Pegawai Eksekutif Mige Lab, berkata Chengdu meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap pengkomersialan pencapaian teknologi dan perkongsian instrumen. Mige Lab sedang bersiap sedia untuk menubuhkan sebuah makmal guna sama di Chengdu Sci-Tech Innovation Eco-Island, yang dijangka akan mula beroperasi pada Jun atau Julai 2025 dengan anggaran perkhidmatan tahunan kepada sekitar 100 syarikat.
Ma Juan, ketua ibu pejabat China Steinbeis yang berpangkalan di Jerman, penyedia bagi pemindahan teknologi, berkata bahawa Steinbeis merancang untuk menubuhkan sebuah pusat pemindahan teknologi di Chengdu dan tujuannya untuk mengambil bahagian dalam acara ini adalah untuk menyelidik asas perindustrian dan inovasi teknologinya.
Bagi kebanyakan perusahaan Chengdu, kunjungan ke universiti secara kerap bagi tujuan pemadanan telah menjadi suatu kebiasaan. Sepanjang tiga tahun lalu, Chengdu menganjurkan lebih daripada 500 aktiviti pemadanan yang mengundang lebih 8,000 perusahaan Chengdu untuk melawat lebih 80 universiti dan institut penyelidikan.
Acara berkenaan membantu meneroka 5,000 pencapaian teknologi dan mendorong lebih daripada 1,300 perjanjian kerjasama untuk mentransformasikan pencapaian antara perusahaan Chengdu dan universiti serta institut penyelidikan.
Aktiviti sedemikian mendapat sambutan positif daripada pelbagai entiti dan jadual untuk aktiviti berkenaan telahpun dibuat sehingga Jun 2025, menurut biro sains dan teknologi Chengdu.
"Kami merancang untuk meneruskan sebuah acara besar setiap dua bulan dan aktiviti tetap setiap minggu. Aktiviti berkenaan akan turut mengumpulkan sumber domestik dan juga antarabangsa bagi mewujudkan pasaran perdagangan teknologi dengan pengaruh global," kata seorang pegawai.