SINGAPURA, 11 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Tinjauan Prospek Pekerjaan ManpowerGroup yang terkini menunjukkan majikandi seluruh rantau Asia Pasifik (APAC) akan mengambil pendekatan yang teliti dalam S1 2025 yang mencatatkan Prospek Pekerjaan Bersih (NEO) sebanyak 27% dan hal ini konsisten dengan S4 2024 dan 3% lebih rendah berbanding S1 2024.
APAC Hiring Intentions Hold Steady as Employers Maintain Measured Outlook - Key Findings from the Latest ManpowerGroup Employment Outlook Survey
Tinjauan ini, yang mengumpul data daripada lebih 40,000 majikan merentas 42 negara antara 1-31 Oktober 2024, termasuk lebih 10,000 majikan di tujuh negara dan wilayah APAC, menunjukkan bahawa majikan menjangkakan untuk mengekalkan corak pengambilan pekerja yang kukuh tatkala mereka melangkah ke tahun baharu.
"Hakikat bahawa majikan di rantau APAC meneruskan pola pengambilan pekerja yang kukuh dan konsisten dalam suku pertama di tengah-tengah ketidaktentuan global merupakan berita yang positif," kata Francois Lancon, Presiden – Asia Pasifik & Wilayah Timur Tengah. "Menurut data terkini, majikan terus menunjukkan ketahanan terhadap persekitaran ekonomi semasa dengan mengekalkan tumpuan untuk menarik bakat yang diperlukan untuk pertumbuhan masa depan."
Digunakan di peringkat antarabangsa sebagai penunjuk trend pasaran buruh, NEO dihitung dengan menolak peratusan majikan yang menjangkakan pengurangan dalam tahap pengambilan pekerja daripada mereka yang merancang untuk menggaji pekerja.
Untuk melihat siaran akhbar penuh dan keputusan lengkap Tinjauan Prospek Pekerjaan ManpowerGroup S1 2025, kunjungi: https://www.manpowergroup.com.sg/meos-apac. Tinjauan seterusnya akan dikeluarkan dalam bulan Mac, melaporkan jangkaan penggajian pekerja bagi suku kedua tahun 2025.
Siaran akhbar ini mengandungi prospektif. Peristiwa atau keputusan sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang terkandung dalam kenyataan prospektif, disebabkan oleh risiko, ketidakpastian dan andaian. ManpowerGroup menafikan apa-apa kewajipan untuk mengemas kini mana-mana kenyataan prospektif atau kenyataan lain dalam siaran akhbar ini, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.