Hari DayaTahan di COP16 di Riyadh menggerakkan tindakan dan pembiayaan
RIYADH, Arab Saudi, 12 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Presiden UNCCD COP16 Arab Saudi telah mengumumkan pelancaran inisiatif antarabangsa untuk pemantauan ribut pasir dan debu, sebahagian daripada sistem amaran awal ribut pasir dan debu serantau, sebagai rangsangan utama bagi sistem amaran awal global. Inisiatif ini akan memperluas kapasiti ribut pasir dan debu antarabangsa sedia ada, yang diawasi oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).
Sebahagian daripada Agenda Tindakan Riyadh di COP16 di Riyadh, pengumuman itu dibuat semasa Hari DayaTahan pada hari Selasa, hari tematik di COP16 yang direka bentuk untuk menguatkan tindakan ke atas inisiatif daya tahan global. Perbincangan dan acara sepanjang hari tersebut bertujuan menyampaikan pendanaan dan penyelesaian yang diperbaharui untuk memerangi degradasi tanah, kemarau dan penggurunan. Menurut UNCCD, dua bilion tan pasir dan debu memasuki atmosfera setiap tahun, bersamaan dengan berat 350 Piramid Agung Giza. Lebih 25% dianggarkan disebabkan oleh aktiviti manusia.
Berpangkalan di Jeddah, Sistem Nasihat dan Penilaian Amaran Ribut Pasir dan Debu (SDS-WAS), meningkatkan bilangan nod gabungan WMO global kepada empat, sebahagian daripada rangkaian antarabangsa termasuk Beijing, Barcelona dan Barbados.
Bercakap tentang kapasiti pusat yang semakin meningkat semasa perbincangan panel, Jumaan Al-Qahtani, Ketua Pegawai Eksekutif, Nod Nasihat dan Penilaian Amaran Ribut Pasir dan Debu Serantau GCC, Jeddah, berkata: "Pusat ini berjaya membangunkan tiga model dengan resolusi berbeza yang telah disahkan untuk meramalkan ribut pasir dan debu di rantau ini dan kesemuanya kini sedang beroperasi."
Al-Qahtani juga menangani inisiatif untuk meningkatkan pemantauan, amaran dan penyelarasan global untuk ribut pasir dan debu, dengan berkata: "Arab Saudi baharu sahaja melancarkan inisiatif perkongsian antarabangsa bertujuan mahu meningkatkan sistem amaran awal di negara yang tidak dapat melakukannya. Ini akan dilakukan melalui pusat serantau bertauliah WMO yang kini wujud dan Arab Saudi akan membiayai inisiatif ini dengan $10 juta untuk lima tahun akan datang. Kami menyeru pertubuhan PBB dan negara yang lain untuk menyokong inisiatif ini."
Meningkatkan daya tahan kemarau global juga banyak dipaparkan dalam dialog rasmi sepanjang hari kesembilan COP16 di Riyadh. Ini berlaku selepas Arab Saudi melancarkan Perkongsian Daya Tahan Kemarau Global Riyadh, sebahagian daripada Agenda Tindakan Riyadh, pada permulaan COP16 di Riyadh. Ini telah berjaya mendapat sokongan kewangan sebanyak $2.15 bilion.
"Lebih 1.8 bilion orang ramai terjejas akibat kemarau, dengan bilangan ini diramalkan akan meningkat. Daya tahan kemarau mesti menjadi keutamaan global, yang membuatkan kita beralih daripada tindak balas reaktif selepas kemarau melanda, kepada pendirian proaktif kesediaan dan daya tahan kemarau yang menyeluruh," kata Dr. Osama Faqeeha, Timbalan Menteri Alam Sekitar, Kementerian Alam Sekitar, Air dan Pertanian, dan Penasihat Presiden UNCCD COP16.
"Kami amat berbangga untuk melancarkan Perkongsian Daya Tahan Kemarau Global Riyadh semasa COP16 di Riyadh dan kami amat berbangga dengan pihak berkepentingan yang telah menyokong perkongsian ini. Kami menyeru semua negara, pertubuhan, sektor swasta, dan NGO, agar menyertai kami dalam usaha ini bertujuan meningkatkan daya tahan kemarau. Bersama inisiatif ini kami menyasarkan 80 negara yang paling terdedah kepada kemarau," tambah Dr Faqeeha.
Manakala sementara itu di lokasi lain pula, semasa Hari Daya Tahan COP16 berlangsung, Bank Dunia mengumumkan yang pertubuhan itu telah berjaya mengumpulkan sumbangan penderma sebanyak $24 bilion, sebagai sebahagian daripada Persatuan Pembangunan Antarabangsa. Dalam satu pernyataan, Bank Dunia berkata ini akan membantu menjana sebanyak $100 bilion dalam pembiayaan berpatutan. Antara bidang lain, pendanaan itu akan digunakan untuk menyokong usaha daya tahan iklim, petani dan meningkatkan infrastruktur, di 78 negara yang ditentukan paling memerlukan. COP16 di Riyadh menggerakkan pelaku negeri dan bukan negeri global, berusaha meningkatkan pemulihan tanah antarabangsa dan inisiatif daya tahan kemarau.
Maklumat Tentang COP16 Riyadh:
Persidangan COP16 UNCCD sedang berlangsung dari 2 hingga 13 Disember 2024, di Boulevard Riyadh World, Arab Saudi. Persidangan itu, bertemakan Tanah Kita. Masa Depan Kita, akan menandakan ulang tahun ke-30 UNCCD dan menyasarkan untuk memastikan tindakan pelbagai hala terhadap isu kritikal seperti daya tahan kemarau, pemegangan tanah dan ribut pasir serta debu.
Untuk maklumat lanjut tentang UNCCD COP16, sila kunjungi UNCCDCOP16.org
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2578677/UNCCD_COP16_Presidency.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/2556588/5072558/UNCCD_COP16__Logo.jpg