-- Semasa Majlis Taklimat Juruanalisis dan Media Pra-MWC, syarikat memperkenalkan inisiatif dan penyelesaian baharu untuk pembangunan ekosistem terbuka
LONDON, 25 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Semasa Majlis Taklimat Juruanalisis dan Media Pra-MWC yang diadakan hari ini di London, Huawei telah mendedahkan wawasannya untuk industri ICT – ROADS Terbuka untuk Dunia yang Terhubung Lebih Baik – dan mengumumkan barisan rangkaian produk dan inisiatif ICT baharu yang inovatif. Sebagai rakan kongsi strategik yang menerajui industri untuk pengendali telekomunikasi, Huawei menyasarkan untuk membantu para pelanggannya berjaya dalam dunia yang sepenuhnya digital melalui pelaksanaan penyelesaian ICT menyeluruh ke arah pembangunan ekosistem industri yang terbuka dan sihat.
"Pembangunan Internet mudah alih yang pantas telah mengubah kelakuan pengguna secara signifikan lalu menghasilkan corak baharu penggunaan lalu lintas dengan lima ciri asas: Masa Sebenar, Mengikut Permintaan, Semua Dalam Talian, Lakukan Sendiri (DIY), dan Sosial; atau singkatannya ROADS," kata Encik Ryan Ding, Pengarah Eksekutif Lembaga dan Presiden Produk dan Penyelesaian Huawei. "Ikutan baharu ini sedang memacu perubahan dalam seluruh industri, dan sektor ICT, sebagai penggerak kemajuan dan pemodenan industri lain, mesti merintis proses ini. Khususnya, ini akan melibatkan pergerakan sektor itu menjauhi set minda tradisional 'rangkaian-pengendalian-pengalaman' yang berkisarkan diri sendiri dan mengutamakan pengalaman pengguna untuk pendekatan strategik baharu, 'pengalaman-pengendalian-rangkaian', agar dapat menangani cabaran Internet mudah alih secara berkesan."
Sewaktu taklimat itu, Huawei memperkenalkan beberapa tawaran dan inisiatif produk baharu yang memperkuatkan lagi komitmennya untuk menerima ekosistem digital yang terbuka, membolehkan perubahan ICT, dan mengubah jalur lebar ultra mudah alih dalam era digital. Antara pengumuman penting yang dibuat adalah:
Dengan cabaran yang dihadapi daripada lambakan trafik data daripada penstriman video, Internet Perkara, dan kepelbagaian bahan digital yang kini tersedia kepada pengguna, agar dapat menawarkan pengalaman pengguna ROADS, pembawa bukan sahaja perlu membina prasarana berpaksikan masa hadapan yang menyokong jalur lebar ultra mudah alih, tetapi juga perlu membolehkan perubahan ICT yang dipacu seni bina berasaskan Internet. Mereka juga mesti berusaha ke arah mencipta ekosistem industri yang sihat dan terbuka yang mana semua peserta dalam rantaian nilai dapat berkolaborasi serta turut sama menyumbang. Sebagai pemain aktif dalam kemajuan industri secara keseluruhan, Huawei terus melibatkan diri dalam perkongsian dengan pengendali terkemuka dunia, organisasi industri, dan rakan kongsi pihak ketiga lain untuk menggalakkan pembangunan, pemiawaian, dan pengkomersilan teknologi maklumat serta komunikasi yang termaju.
Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2015 akan diadakan di Barcelona mulai 2 hingga 5 Mac. Huawei bakal mempamerkan produk dan penyelesaian terbaharu di Dewan 1 dan Dewan 3 Fira Gran Via. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.huawei.com/minisite/mwc2015/preview/en/index.html.
Latar Belakang Huawei
Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) global terkemuka. 170,000 kakitangan Huawei seluruh dunia komited untuk mencipta nilai maksimum bagi pengendali, perusahaan, dan pengguna telekomunikasi. Penyelesaian, produk, dan perkhidmatan ICT kami yang inovatif digunakan di lebih 170 buah negara dan wilayah, berkhidmat kepada lebih satu pertiga populasi sedunia. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei merupakan syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami menerusi:
http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.google.com/+Huawei
http://www.youtube.com/Huawei