CHUZHOU, China, 13 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Solar N Plus New Energy Technology Co., Ltd. (Solar N Plus), pengeluar sel dan modul solar yang terkemuka, menandatangani perjanjian penting untuk membekalkan 500MW produk solar jenis-N berkecekapan tinggi ke pasaran luar negara. Perjanjian yang penting ini meningkatkan pengembangan global Solar N Plus dengan ketara, lalu mengukuhkan lagi kehadirannya dalam industri tenaga boleh baharu.
Solar N Plus mengkhusus dalam teknologi jenis-N, dengan sel dan modul solar jenis-N yang dibangunkan sendiri memberikan kelebihan utama, termasuk kecekapan penukaran yang lebih tinggi, pekali suhu yang lebih rendah, rintangan unggul terhadap LID dan PID serta kehilangan pengkapsulan terkurang. Faedah-faedah ini memastikan keandalan dalam tempoh jangka panjang dan hasil tenaga yang dipertingkat, seterusnya memacu pertumbuhan industri fotovolta tempatan dan mempercepat peralihan kepada tenaga bersih.
"Kami teruja untuk bekerjasama dengan rakan usaha sama tempatan yang cemerlang untuk menyampaikan produk PV termaju yang dapat mempercepat kemajuan teknologi," kata Ashley Wang, Naib Presiden Solar N Plus. "Sebagai peneraju bagi teknologi fotovolta, Solar N Plus memperoleh pengiktirafan global atas kecemerlangannya dalam kualiti produk, kecekapan, skala pengeluaran dan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D)."
Dengan memanfaatkan kepakaran teknologi dan komitmennya kepada inovasi, Solar N Plus terus menerajui sektor tenaga boleh baharu, menyampaikan penyelesaian PV yang andal dan mampan yang memenuhi permintaan pasaran global yang berkembang pesat.
Latar Belakang Solar N Plus
Solar N Plus ialah pengeluar fotovolta bersepadu secara vertikal, mengkhusus dalam teknologi jenis-N. Portfolio produk syarikat ini termasuk sel solar, modul, pembangunan stesen janakuasa dan penyelesaian tenaga pintar. Dengan kehadiran pasaran yang kukuh di lebih 40 negara dan wilayah, Solar N Plus komited terhadap inovasi dan kepuasan pelanggan dalam sektor tenaga boleh baharu.