omniture

Midea Perkukuh Kehadiran Global dalam Industri Pam Haba dengan Prospek Pasaran Menyakinkan

Midea Building Technologies
2024-12-13 14:05 25

FOSHAN, China, 13 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Dalam satu wawancara eksklusif bersama JARN baru-baru ini, penerbitan industri HVAC Jepun yang terkemuka, Peter Guan, Naib Presiden Midea Group dan Presiden Midea Building Technologies (MBT), berkongsi pandangan tentang pasaran pam haba global yang semakin berkembang. Guan menyatakan keyakinan tentang prospek pertumbuhan pasaran pam haba udara-ke-air (ATW) Eropah dan menyatakan peluang yang cerah di Amerika Utara dan Australia.

Pam Haba: Teknologi Rintis untuk Kemampanan

Diiktiraf sebagai salah satu daripada 10 Teknologi Rintis 2024 oleh MIT Technology Review, teknologi pam haba merupakan inovasi yang penting dalam mengurangkan pergantungan global terhadap bahan api fosil dan memajukan keneutralan karbon. Guan menjangkakan pemulihan pasaran yang kukuh dalam tempoh dua tahun akan datang, didorong oleh kemajuan teknologi, dasar sokongan dan kesedaran pengguna yang semakin meningkat.

Sebagai segmen HVAC teras Midea Group, MBT berada di barisan hadapan dalam memajukan penggunaan pam haba di peringkat global, khususnya di Eropah. Selama beberapa tahun, syarikat ini meluaskan kehadiran pasaran pam haba ATWnya dengan aktif di seluruh rantau ini.

Midea ATW Heat Pump
Midea ATW Heat Pump

Eropah: Hab Berkembang Pesat untuk Pembangunan Pam Haba

Kesatuan Eropah memperkenalkan dasar yang kukuh untuk menggalakkan penggunaan pam haba. Inisiatif seperti Akta Industri Sifar Bersih menawarkan kelulusan diperkemas, sokongan kewangan dan latihan tenaga kerja. Pasaran utama, termasuk Jerman, Perancis dan Poland, meningkatkan rangka kerja subsidi, yang Guan percaya akan merangsang pemulihan dan pertumbuhan pasaran.

Di samping itu, Program Pemecut Pam Haba Persatuan Pam Haba Eropah menyasarkan untuk menggunakan hampir 10 juta pam haba menjelang tahun 2029, dengan pam haba ATW terdiri daripada lebih 5 juta unit. Pasaran pam haba komersial diunjurkan berkembang pada Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) sebanyak 12%, mencecah 1.15 bilion euro menjelang tahun 2028.

Strategi untuk Kepimpinan Pasaran 

Bagi memanfaatkan potensi pertumbuhan Eropah, MBT melaksanakan beberapa langkah strategik untuk meningkatkan operasi setempat.

Dengan penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Eropah, MBT memfokuskan untuk membangunkan produk yang disesuaikan dengan keperluan tempatan, memastikan kebolehsuaian kepada permintaan pasaran yang berubah-ubah.

Kolaborasi bersama pengedar memperkukuh kempen pemasaran dalam talian dan juga luar talian, lalu meningkatkan kesedaran pengguna tentang kelebihan pam haba dalam aplikasi kediaman dan komersial. Sepanjang dua tahun yang lalu, lebih daripada 700 paparan kedai-dalam-kedai pam haba telah dinaik taraf.

Penyertaan dalam acara industri mengukuhkan lagi pengaruh pasaran MBT. Di Chillventa 2024, MBT bekerjasama dengan Trace Software Perancis untuk memperkenalkan Super Advisor, alat perisian untuk sistem pengurusan tenaga iEasyEnergy, yang mengintegrasikan sistem fotovolta, bateri storan rumah dan pam haba, bagi mencapai kadar mampu diri tenaga yang mengagumkan sebanyak 80-90%. Perisian ini meningkatkan kejituan dan keberkesanan kos penyelesaian pengurusan tenaga isi rumah dengan ketara.

MBT turut mengutamakan pembangunan tenaga kerja, mengendalikan 32 pusat latihan merentas negara-negara Eropah seperti Itali, Jerman, Hungary dan Poland untuk melatih pemasang pam haba yang berkelayakan.

Sementara itu, melalui pemerolehan, termasuk Clivet pada tahun 2016, MBT meningkatkan rantaian industrinya, dengan pelaburan baru-baru ini melebihi 60 juta euro dalam kemudahan pengeluaran dan R&D baharu demi memacu pertumbuhan masa depan.

Midea R290 Commercial Heat Pump
Midea R290 Commercial Heat Pump

Meluaskan Jejak di Amerika Utara dan Australia

Di luar Eropah, MBT juga meluaskan skopnya di Amerika Utara dan Australia. Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, pasaran pam haba Amerika Utara dijangka berkembang sebanyak lebih 50% menjelang tahun 2030, dengan A.S. menyaksikan peningkatan penghantaran sebanyak 25% menjelang tahun 2023. Di Australia, penggunaan pam haba diunjurkan meningkat sebanyak 40% menjelang tahun 2030, didorong oleh inisiatif kerajaan seperti Rangka Kerja Adaptasi Perubahan Iklim Kebangsaan.

MBT menyesuaikan tawarannya kepada pasaran ini, memperkenalkan pam haba dan pemanas air yang berprestasi tinggi bagi memenuhi permintaan serantau. Dengan menekankan teknologi, pembezaan perkhidmatan dan sokongan selepas jualan, MBT bermatlamat untuk memantapkan kelebihan daya saingnya di peringkat global.

Komitmen kepada Inovasi dan Kemampanan 

MBT memperuntukkan 5% daripada hasil jualan tahunannya kepada R&D, bagi memastikan kepimpinan produk yang konsisten. Syarikat ini mengendalikan enam pusat R&D dan 93 pusat latihan di seluruh dunia, membolehkan respons pasaran yang pantas dan mengekalkan kecemerlangan perkhidmatan.

"Industri pam haba global semakin berkembang dengan pesat, disokong oleh kemajuan teknologi dan dasar yang menggalakkan," kata Guan. "Memandangkan pengguna semakin mengutamakan kemampanan, industri ini menawarkan peluang yang besar. Tumpuan strategik kami di Eropah dan selanjutnya meletakkan kami di kedudukan untuk memacu pertumbuhan transformatif dalam sektor yang kritikal ini."

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://mbt.midea.com/global

Source: Midea Building Technologies
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Environmental Products & Services Household Products Household/Consumer/Cosmetics HVAC Oil/Energy Retail Utilities Corporate Expansion