LONDON, 25 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Meneruskan perluasannya ke Eropah, Enterprise Rent-A-Car telah dilancarkan di Denmark melalui usaha niaga baharu antara dua perniagaan Denmark yang kukuh.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130730/MM55552LOGO-h
Nordania Leasing milik Danske Bank dan Semler Group, salah satu pengendalian peruncitan dan perkhidmatan kenderaan terbesar di Denmark, telah bergabung tenaga bagi mewujudkan perniagaan sewa kereta baharu itu, yang akan mengurus rangkaian cawangan Enterprise Rent-A-Car di seluruh Denmark.
Syarikat itu membuka sebuah cawangan di lapangan terbang Copenhagen pada 17 Februari, dan turut mempunyai satu lagi lokasi yang telah dirancang bagi menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di lapangan terbang Billund Jutland dan berhasrat untuk membuka lebih banyak lokasi di serata negara.
Rangkaian cawangan Enterprise Rent-A-Car yang diusulkan di Denmark itu akan ditetapkan kedudukan di lapangan terbang dan hab pengangkutan utama agar dapat memenuhi keperluan pengembara untuk tujuan urusan rasmi mahu pun riadah. Cawangan-cawangan juga akan turut dibuka di wakil jualan kereta Semler Group sedia ada di serata negara agar dapat berkhidmat kepada pelanggan daripada kalangan masyarakat tempatan.
Usaha niaga antara Nordania Leasing dan Semler Group itu menyaksikan kerjasama dua buah organisasi Denmark yang berjaya, yang sudah pun diiktiraf hasil daripada khidmat pelanggan mereka yang hebat serta pemahaman mereka terhadap keperluan pengangkutan untuk perniagaan dan pengguna. Semua rakan niaga antarabangsa Enterprise terpilih kerana dedikasi mereka kepada khidmat pelanggan.
Ketua jualan dan ahli lembaga eksekutif Nordania Leasing, Henrik Rohmann-Sonderby, berkata: "Melalui perkongsian ini, kami percaya kami mendapat peluang untuk menyediakan pilihan yang benar-benar baharu untuk sesiapa yang ingin menyewa kenderaan di Denmark. Di bawah teraju global Enterprise, kami akan menggabungkan kepakaran automotif Denmark dengan budaya khidmat pelanggan yang terkenal di serata dunia."
"Kami melihat permintaan untuk khidmat sewa kereta yang meningkat di serata negara, memandangkan orang ramai mahukan kefleksibelan dan kemampuan untuk mendapat kenderaan dalam pelbagai cara. Melalui perkongsian kami bersama Enterprise, kami yakin kami mempunyai sokongan yang sesuai untuk menjadi peneraju utama dalam sektor ini."
Peter A. Smith, naib presiden pemfrancaisan global di Enterprise, berkata: "Pengukuhan jenama itu di Denmark adalah penting kerana ia merupakan antara negara terakhir di Eropah yang mana Enterprise masih belum didapati setakat ini. Kedua-dua Semler dan Nordania mempunyai wawasan serta prasarana yang kukuh untuk menyediakan perkhidmatan hasil daripada pelan perniagaan yang jelas untuk berkembang."
"Enterprise dibina berdasarkan kepuasan pelanggan dan saya yakin kami telah memilih rakan kongsi yang betul bagi meneruskan legasi ini. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk bekerja dengan pasukan yang sangat bersemangat dan berjaya ini untuk terus mengembangkan perniagaan Enterprise di seluruh dunia, menyediakan pelanggan dengan lebih banyak pilihan dan – sudah tentunya – perkhidmatan luar biasa."
Nordania Leasing menyediakan pembiayaan pinjaman kereta untuk individu dan perniagaan, serta sewaan van, trak, mesin, peralatan, dan harta tanah untuk syarikat-syarikat. Ia menggajikan 200 kakitangan yang berdedikasi dan mempunyai rekod prestasi yang lama bagi pengurusan perniagaan serta sokongan pelanggan yang kukuh.
Semler Group merupakan kumpulan automotif terbesar di Denmark dengan pengalaman hampir 100 tahun dalam pengimportan dan penjualan kereta. Syarikat itu menggajikan lebih 1,600 orang dan mempunyai rangkaian sebanyak lebih 50 wakil jualan di seluruh Denmark. Kebanyakan daripada wakil jualan ini akan turut menjadi lokasi cawangan Enterprise Rent-A-Car yang menawarkan perkhidmatan penuh sewaan kereta dan van – di samping jualan kereta sedia ada.
Satu pelan terancang untuk perluasan antarabangsa sejak dua tahun lalu telah menghasilkan perkembangan rangkaian Enterprise ke dalam hampir setiap negara Eropah.
Dengan kemasukan Denmark, jenama Enterprise Rent-A-Car kini boleh didapati di 32 buah negara di Eropah dan Timur Tengah. Negara-negara ini adalah Albania, Austria, Belgium, Bosnia Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Israel, Itali, Macedonia, Montenegro, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Romania, Serbia, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Turki dan UK.
Syarikat itu akan beroperasi di beberapa negara tambahan di seluruh Eropah, Timur Tengah, dan Afrika (EMEA) pada bulan-bulan akan datang.
Worldwide Enterprise beroperasi di lebih 70 buah negara.
Latar Belakang Enterprise Holdings
Enterprise Holdings, melalui anak syarikat serantaunya, mengendalikan kumpulan kenderaan yang terbesar di dunia melalui rangkaian global sebanyak lebih 8,600 lokasi di kejiranan dan lapangan terbang di bawah jenama Enterprise Rent-A-Car, National Car Rental dan Alamo Rent A Car. Enterprise Holdings, syarikat sewa kereta terbesar di dunia, serta rakan sekutunya, Enterprise Fleet Management bersama menawarkan penyelesaian pengangkutan yang menyeluruh. Apabila digabungkan, perniagaan ini – termasuk perkhidmatan sewa kereta menyeluruh dan perkongsian kereta, sewaan trak komersial, pengurusan kumpulan kenderaan korporat, dan jualan kereta di kedai – memberi hasil sejumlah $17.8 bilion, menggajikan 83,000 orang dan mengendalikan 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia dalam tahun kewangan 2014. Enterprise Holdings juga berada dalam kedudukan sebagai salah sebuah syarikat swasta terbesar di AS, dan jika ia merupakan syarikat awam, Enterprise Holdings akan berada pada kedudukan ke-159 pada senarai Fortune 500. Tambahan lagi, Enterprise Holdings mempunyai nisbah leveraj terendah dan merupakan satu-satunya syarikat gred pelaburan dalam industri sewa kereta A.S.