DUBAI, UAE, 14 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Huawei memperkenalkan generasi siri Mate boleh lipat terkini mereka, HUAWEI Mate X6 – telefon pintar serba lengkap dan canggih yang membawa penaiktarafan yang ketara pada paparan, kamera, ketahanan, pengalaman pengguna dan banyak lagi. Dengan keluaran baharu ini, HUAWEI Mate X6 membawa inovasi boleh lipat ke tahap baharu, lantas mewujudkan penanda aras baharu dalam industri ini.
Richard Yu, Pengerusi Huawei Consumer Business Group, menggelar HUAWEI Mate X6 sebagai "teknologi rintis dari dalam ke luar, membawakan pengalaman skrin boleh lipat yang inovatif sepenuhnya kepada pengguna."
Reka Bentuk Dilhamkan Alam Semesta
Faktor alam semesta sering digunakan dalam reka bentuk siri HUAWEI Mate X. Dalam kes ini, Space-Age Orbit HUAWEI Mate X6 di sekeliling reka letak kamera mendapat inspirasi daripada orbit planet, melambangkan kemungkinan masa depan yang tidak terhingga.
HUAWEI Mate X6 dilengkapi dengan skrin luaran OLED 6.45-inci dengan resolusi 2440×1080 dan skrin dalaman OLED resolusi-ultra-tinggi 2440×2240 7.93-inci. Dengan teknologi HUAWEI X-TrueTM Display, pengguna boleh menikmati pengalaman tontonan yang luar biasa dan imersif.
HUAWEI Mate X6 akan tersedia dalam tiga warna: Nebula Grey, Nebula Red dan Black, serta pelbagai aksesori, termasuk sarung pelindung dirian boleh putar. Nebula Gray dinamakan bersempena dengan tekstur nebulanya, licin apabila disentuh, yang direka melalui Topografi 3D Mikro-Nano menggunakan bahan inovatif yang dikenali sebagai Serat Vegan (Vegan Fiber). Manakala salutan optik ultra-reflektifnya menjadikan kilauan yang berseri.
Amat andal
Seni bina teragih yang inovatif memberikan lonjakan besar dalam rangkaian, penyejukan dan ketahanan HUAWEI Mate X6.
Bagi meningkatkan keupayaan isyaratnya, HUAWEI Mate X6 menggunakan unit RF teragih secara kreatif, meningkatkan kekuatan isyarat keseluruhan sebanyak 60%[1].
HUAWEI Mate X6 meningkatkan ketahanannya hasil daripada Kunlun Glass 2nd Generation untuk skrin luaran, plat skrin dalaman gentian karbon, engsel berbilang dimensi termaju dan bingkai tengah aluminium gred penerbangan.
Bahan-bahan inovatif, seperti grafena kekonduksian haba ultra tinggi dan pengasingan sumber haba, membolehkan HUAWEI Mate X6 memperoleh penyejukan yang cekap, dengan ruang pelesapan haba meningkat sebanyak 30%[2]. Walaupun untuk senario seperti bermain permainan mudah alih dan membuat panggilan video secara serentak, HUAWEI Mate X6 boleh menjamin prestasi yang bagus.
Fotografi Boleh Lipat Rintis
HUAWEI Mate X6 memperkenalkan sistem Ultra Aperture XMAGE Camera, yang telah diberikan Sijil Ketepatan dan Kestabilan Warna TÜV, lalu menetapkan standard baharu dalam pasaran telefon pintar boleh lipat.
Kamera Ultra Kroma baharu dengan 1.50 juta saluran spektrum membolehkan HUAWEI Mate X6 menangkap warna dengan ketepatan warna yang dipertingkat sebanyak 120%[3].
Sistem kamera yang luar biasa ini juga mempunyai Kamera Apertur Ultra 50 MP yang menyokong apertur fizikal saiz-10, kamera sudut-ultra-luas 40 MP dan kamera mikro telefoto 48 MP dengan zum optik 4X dan mod makro super 5cm.
Ciri Gambar Bergerak membolehkan pengguna mendapat kesan yang menyeronokkan pada foto mereka, termasuk berbilang pendedahan dan pendedahan lama.
Menerajui pengalaman skrin besar yang imersif
HUAWEI Mate X6 memperkenalkan Live Multi-task[4], cara baharu untuk mengurus berbilang tugas dengan cekap. Dengan ciri ini, pengguna boleh menggunakan tiga aplikasi secara serentak dengan skrin dibuka dalam paparan yang diperluas.
Di samping itu, tema skrin kunci serba baharu seperti Emoji Crush dan Air Hoop membawa lebih keseronokan kepada pengguna setiap kali mereka menghidupkan telefon.
[1] Data berasal daripada makmal Huawei dan membandingkan HUAWEI Mate X6 dengan Mate X3. |
[2] Data berasal daripada makmal Huawei dan membandingkan seni bina produk dengan seni bina boleh lipat tradisional untuk permainan dan video melalui rangkaian selular. |
[3] Data berasal daripada makmal Huawei dan membandingkan HUAWEI Mate X6 dengan Mate X3. |
[4] Ciri ini disokong oleh aplikasi tertentu dan bergantung pada adaptasi aplikasi. Untuk menggunakan ciri ini, kemas kini telefon anda kepada versinya yang terkini melalui kemas kini HOTA. |