omniture

WhatSim Menjadi ChatSim, SIM Pertama Dunia Yang Membolehkan Pengguna Berbual Di Mana Jua Tanpa Had -- Walaupun Tanpa Wi-Fi

Zeromobile / ChatSim
2015-02-25 18:00 95

MILAN, 25 Februari, 2015 /PRNewswire/ --

Berikutan permintaan popular daripada pengguna, WhatSim -- SIM pertama yang direka untuk menghubungkan sistem pesanan paling popular di dunia walaupun tanpa Wi-Fi -- kini berkembang dan berevolusi menjadi ChatSim, satu-satunya SIM yang membolehkan pengguna berbual di mana jua, melalui semua sistem pesanan di dunia: QQ, WhatsApp, Facebook, Messenger, WeChat, Skype, Viber, LINE, KakaoTalk, Telegram, Snapchat, Twitter, Hangouts, iMessage dan semua aplikasi lain untuk telefon pintar serta tablet. 

WhatSim berkembang menjadi ChatSim, SIM pertama dunia yang membolehkan pengguna berbual secara percuma dan tanpa had dengan semua aplikasi pesanan segera yang digunakan lebih 3 bilion pengguna aktif setiap hari. ChatSim menjadikan ini satu kenyataan walaupun tanpa Wi-Fi. SIM itu -- direka oleh Manuel Zanella (38 tahun), pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Zeromobile (http://www.zeromobile.it) -- tersedia di gedung dalam talian di http://www.chatsim.com dan bermula Mac pengedarannya akan dilancarkan di beberapa negara, bermula dengan Itali. Penghantaran bagi mereka yang telah memesan SIM akan bermula, seperti yang dijanjikan, pada 26 Februari.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150121/726623-a )

Diperkenalkan pada 21 Januari 2015, WhatSim merupakan SIM pertama direka untuk menghubungkan sistem pesanan paling popular di dunia tanpa Wi-Fi. Berita kemunculannya sedang tersebar ke serata dunia.

Berikutan permintaan popular, SIM tersebut berkembang menjadi ChatSim, SIM pesanan segera pertama dunia. ChatSim merupakan satu-satunya SIM yang memberikan pengguna kebebasan untuk berbual di mana jua, dengan semua sistem pesanan dan aplikasi yang tersedia untuk telefon pintar serta tablet.

ChatSim direka khusus untuk mereka yang sering mengembara ke serata dunia. Dengan sambungan data ke seluruh dunia, ChatSim berharga hanya EUR10 dan -- selepas perbelanjaan pertama ini -- membolehkan pengguna berbual secara percuma dengan sesiapa sahaja, di mana jua di dunia, selama setahun.

Bagi mencapai liputan maksimum dan keadaan terbaik, Zanella telah menghasilkan dua SIM: ChatSim dan ChatSim Plus. Keduanya berbeza dalam jumlah negara yang dirangkumi. Pengguna hanya perlu memilih SIM yang meliputi negara yang mereka berminat.

http://www.chatsim.com/video
http://chatsim.com/press/comunicato-stampa
http://chatsim.com/en/press/press-release-en
http://chatsim.com/en/press/press-release-fr
http://chatsim.com/en/press/press-release-es

Pejabat Berita

Silvia Bullo
T. +39(0)49-8021873
M. +39-347-2780951
E-mel: communication@silviabullo.com

Zeromobile
T. +39(0)2-92976000
E-mel: press@chatsim.com

Sumber: Zeromobile / ChatSim

Source: Zeromobile / ChatSim
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Wireless Communications