omniture

Ultima Markets lakar sejarah sebagai broker CFD pertama sertai inisiatif United Nations Global Compact

Ultima Markets Ltd
2024-12-17 09:00

NEW YORK, 17 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Ultima Markets, penyedia perkhidmatan dagangan CFD yang terkemuka, dengan bangganya mengumumkan bahawa ia menyertai inisiatif United Nations Global Compact, menjadi broker CFD pertama yang mengambil bahagian dalam pergerakan ini.

UN Global Compact merupakan inisiatif kemampanan korporat terbesar di dunia yang membolehkan syarikat-syarikat menyelaraskan strategi dan operasi mereka dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Ultima Markets berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif Compact ini.

Jean Philippe at UN Global Compact’s New York Headquarters
Jean Philippe at UN Global Compact’s New York Headquarters

Inisiatif ini mengukuhkan lagi komitmen broker terhadap kemampanan dengan menyelaraskan amalan perniagaannya dengan sepuluh prinsip UN Global Compact. Ia bertujuan untuk menggalakkan tanggungjawab terhadap alam sekitar, ekuiti sosial dan tadbir urus yang kukuh merentas sektor perkhidmatan kewangan.

Sebuah Perikatan Global

Penyertaan dalam inisiatif Compact menyaksikan satu pencapaian penting bagi dedikasi Ultima Markets ke arah membina ekonomi global yang lebih inklusif dan mampan. Sebagai sebahagian daripada rangkaian dengan lebih 25,000 organisasi merentas 167 negara, syarikat ini akan bekerjasama dengan pemimpin antarabangsa untuk memerangi perubahan iklim, menggalakkan kesamaan dan mendorong kemakmuran ekonomi.

Jean Philippe, Penasihat Lembaga Ultima Markets untuk Tadbir Urus Korporat dan Kemampanan, berkata, "Dengan menyertai inisiatif Compact, kami memajukan perkhidmatan kewangan yang beretika dan menyumbang kepada masa depan yang lestari. Kemampanan tertanam dalam misi teras kami."

"Sebagai pengusaha yang penting dalam industri kewangan dan teknologi, kami memfokuskan untuk menyelaraskan operasi dan amalan perniagaan kami dengan Matlamat Global."

Selaras dengan Matlamat Global

Syarikat teknologi kewangan ini bermatlamat untuk menggalakkan literasi kewangan dan pembelajaran untuk memperkasakan pekerja serta komuniti, memupuk budaya pendidikan yang menyokong SDG 4: Pendidikan Berkualiti (SDG 4: Quality Education). Penekanannya ke atas SDG 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur (SDG 9: Industry, Innovation, and Infrastructure) mencerminkan komitmennya untuk memanfaatkan teknologi inovatif yang dapat meningkatkan akses kepada perkhidmatan kewangan.

Platform dagangan berbilang aset ini berjanji untuk menerima pakai amalan pejabat yang mesra alam bagi mengurangkan impak alam sekitarnya untuk SDG 13: Tindakan Iklim (SDG 13: Climate Action). Syarikat ini akan terus menyokong Compact dan rakan kongsi global yang lain untuk SDG 17: Perkongsian demi Matlamat (SDG 17: Partnerships for the Goals).

Ultima Markets berusaha untuk membawakan nilai jangka panjang kepada pelanggannya melalui pendidikan, inovasi, tindakan iklim dan kolaborasi global sekali gus menyumbang kepada pergerakan kemampanan yang lebih luas.

Latar Belakang Ultima Markets 

Ultima Markets ialah broker berlesen yang menawarkan akses kepada lebih 250 instrumen kewangan. Dengan pasukan yang terdiri daripada lebih 2,000 ahli profesional merentas 15 pejabat global, kami menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 172 negara. Kunjungi kami di FacebookXInstagramLinkedIn dan YouTube.

Source: Ultima Markets Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Corporate Social Responsibility Financial Technology Cision Influencer List - ESG