omniture

Hospital Besar Perennial Tianjin, Hospital Besar Tertiari Swasta Milik Asing Penuh Pertama China Akan Mula Beroperasi Dalam Masa Terdekat

Perennial Holdings Private Limited
2024-12-17 22:23

SINGAPURA, 17 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Perennial Holdings Private Limited ("Perennial Holdings") dengan sukacitanya mengumumkan Hospital Besar Perennial di bandar Tianjin ("Hospital Besar Perennial Tianjin"), China, menjadi hospital besar tertiari swasta milikan asing penuh pertama negara tersebut selepas ia berjaya melepasi pemeriksaan hospital yang ketat oleh Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran bandar berkenaan dan memperoleh Lesen Amalan Institusi Perubatannya. Hospital pelbagai disiplin tertiari dengan 500 katil, dibangunkan dan dilengkapi dengan kos pelaburan berjumlah RMB1 bilion, dijangka mula beroperasi dalam masa terdekat.

Pada September 2024, kerajaan China mengumumkan bahawa hospital-hospital milikan asing penuh akan dibenarkan beroperasi di beberapa bandar utama, termasuk Beijing dan Tianjin. Perennial Holdings, yang sudahpun bertapak kukuh dalam ruang rawatan perubatan dan penjagaan warga emas negara berkenaan, serta merta mengambil tindakan pantas untuk menyelaraskan strategi perniagaan penjagaan kesihatan keseluruhannya dengan dasar kerajaan untuk membuka sektor penjagaan kesihatannya.

Terletak di Daerah Xiqing, Hospital Besar Perennial Tianjin merupakan sebahagian daripada komponen rawatan perubatan dalam Bandar Penjagaan Kesihatan dan Perniagaan Antarabangsa ("PIHBC Tianjin") Kereta Api Berkelajuan Tinggi ("HSR") Selatan Tianjin Perennial, yang bersebelahan dengan Stesen HSR Selatan Tianjin. PIHBC Tianjin ialah pembangunan berorientasikan transit ("TOD") HSR berskala besar yang pertama seumpamanya di China yang menyepadukan komponen penjagaan warga emas, rawatan perubatan dan hospitaliti. PIHBC Tianjin juga terdiri daripada Komuniti Penjagaan Warga Emas Perennial yang mempunyai lebih 1,800 katil dan empat hotel dengan penarafan bintang berbeza yang berjumlah kira-kira 1,000 bilik.

Perennial General Hospital Tianjin (within PIHBC’s Medical Cluster) (Day Shot)
Perennial General Hospital Tianjin (within PIHBC’s Medical Cluster) (Day Shot)

 

Perennial General Hospital Tianjin (within PIHBC’s Medical Cluster) (Night Shot)
Perennial General Hospital Tianjin (within PIHBC’s Medical Cluster) (Night Shot)

 

Perennial General Hospital Tianjin - Orchid Feature Wall
Perennial General Hospital Tianjin - Orchid Feature Wall

 

Perennial Tianjin South HSR International Healthcare and Business City (Night Shot)
Perennial Tianjin South HSR International Healthcare and Business City (Night Shot)

Perennial Holdings ialah pemaju, pemilik, pengendali dan pengurus Hospital Besar Perennial Tianjin. Direka oleh firma reka bentuk seni bina global yang memenangi anugerah dan dibina dengan mematuhi piawaian kebangsaan yang ketat, Hospital Besar Perennial Tianjin membawakan konsep ruang perubatan bersama ringan aset yang unik untuk doktor dan kumpulan perubatan, di mana mereka memberi tumpuan semata-mata untuk menyediakan perundingan dan rawatan perubatan tanpa melabur dalam kemudahan dan perkhidmatan perubatan.

Perennial General Hospital Tianjin - Consultation Room
Perennial General Hospital Tianjin - Consultation Room

 

Perennial General Hospital Tianjin - Single-bed Room
Perennial General Hospital Tianjin - Single-bed Room

Sebaliknya, doktor dan kumpulan perubatan boleh bergantung pada kemudahan dan perkhidmatan perubatan yang dikongsi bersama ("Platform Perubatan Berkongsi") yang disediakan dan diurus oleh Perennial Holdings, termasuk bilik bedah termaju, peralatan pengimejan diagnostik yang canggih dan makmal klinikal yang luas. Pengenalan kepada konsep Platform Perubatan Berkongsi Singapura di Hospital Besar Perennial Tianjin menawarkan kemudahan dan kecekapan kos kepada doktor dan kumpulan perubatan, seterusnya membolehkan mereka berkembang maju dan meningkatkan amalan mereka.

Perennial General Hospital Tianjin - Operating Theatre
Perennial General Hospital Tianjin - Operating Theatre

 

Perennial General Hospital Tianjin - Revolution CT Power Machine
Perennial General Hospital Tianjin - Revolution CT Power Machine

 

Perennial General Hospital Tianjin - Rehabilitation Centre
Perennial General Hospital Tianjin - Rehabilitation Centre

 

Perennial General Hospital Tianjin - 24-seater Hyperbaric Oxygen Chamber
Perennial General Hospital Tianjin - 24-seater Hyperbaric Oxygen Chamber

Hospital Besar Perennial Tianjin akan menubuhkan sebuah pasukan perubatan pakar yang berkelayakan tinggi untuk menawarkan rangkaian disiplin perubatan yang komprehensif, termasuk ortopedik, oftalmologi, otolaringologi, nefrologi dan imunologi, kardiologi, onkologi serta bidang-bidang lain. Klinik Antarabangsanya akan menawarkan rawatan perubatan individu, termasuk pengekalan kesihatan dan pengurusan penyakit kronik. Setakat ini, kolaborasi telahpun dijalin bersama doktor dan kumpulan perubatan yang terkenal.

Hospital Besar Perennial Tianjin dengan 500 katil, sebuah hospital besar tertiari, merupakan bahagian penting daripada ekosistem hospital PIHBC Tianjin, bersama-sama dengan Hospital Rehabilitasi Perennial Tianjin dengan 200 katil, sebuah hospital rehabilitasi sekunder, Hospital Otak Perennial Eber Tianjin dengan 300 katil, sebuah hospital otak tertiari dan Hospital Perawatan Perennial Tianjin dengan 300 katil. Hospital Besar Perennial Tianjin turut memperkukuh penjagaan dan sokongan kami untuk 1,800 orang warga emas yang tinggal di Komuniti Penjagaan Warga Emas Perennial dalam kawasan kami, bersama-sama dengan hospital rehabilitasi dan hospital perawatan. Dengan jumlah portfolio 1,300 katil hospital dan pengkhususan yang pelbagai, PIHBC Tianjin berkedudukan baik untuk menyediakan penjagaan pelbagai aspek dan holistik kepada komuniti di dalam Daerah Xiqing dan wilayah Beijing-Tianjin-Hebei yang lebih luas melalui laluan bawah tanah Stesen HSR Selatan Tianjin bersebelahan dan rangkaian HSR.

En. Pua Seck Guan, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perennial Holdings, berkata, "Kami teruja membangunkan, memiliki dan mengendalikan hospital besar tertiari swasta milik asing penuh pertama China, Hospital Besar Perennial Tianjin, susulan langkah China baru-baru ini untuk membuka sektor penjagaan kesihatannya. Menjadi hospital besar pertama yang dibina dan diurus oleh Perennial Holdings menambahkan lagi kepentingan pencapaian ini."

En. Pua menambah, "Konsep ruang perubatan bersama ringan aset kami yang unik untuk doktor dan kumpulan perubatan dengan model perkongsian yang berbeza, membolehkan kami menerima ramai ahli profesional perubatan dan membina sebuah ekosistem yang luas dan mampan untuk memajukan lagi perniagaan penjagaan kesihatan kami di China. Platform Perubatan Berkongsi model Singapura juga menyokong mereka untuk berkembang dan meningkat maju bersama-sama kami dengan pelaburan modal minimum."

Mengulas mengenai pembukaan pasaran penjagaan kesihatan China, En. Pua berkata, "Kami amat memuji dasar pelaburan asing pintu terbuka China ke atas penjagaan kesihatan, yang tidak diterima pakai secara meluas oleh negara-negara di seluruh dunia. Dasar pandang ke hadapan ini menghantar isyarat positif yang kuat kepada komuniti pelaburan antarabangsa, meningkatkan keyakinan pelabur yang berminat terhadap ruang penjagaan kesihatan China dan memacu pelaburan asing dan kolaborasi asing-tempatan lantaran prospek pertumbuhan China. Dasar ini juga mengukuhkan lagi komitmen kami kepada strategi jangka panjang kami untuk membina, memiliki dan mengendalikan lebih banyak hospital dalam perancangan projek penjagaan kesihatan bersepadu kami atau TOD berpusatkan penjagaan kesihatan."

En. Pua menambah lagi, "Hospital Besar Perennial Tianjin akan membuka jalan untuk menarik lebih ramai pesakit asing yang ingin mendapatkan rawatan perubatan swasta di Tianjin, seterusnya mengangkat kedudukan antarabangsa industri perubatan negara dan memacu pertumbuhan industri pelancongan perubatan Tianjin. Selanjutnya, sokongan yang menyeluruh dan sangat cekap daripada kementerian-kementerian Kerajaan Tianjin sepanjang proses kelulusan yang ketat menyediakan perkhidmatan kelas pertama yang amat kondusif untuk perniagaan kepada syarikat-syarikat asing. Kami yakin dengan trajektori pertumbuhan pasaran rawatan perubatan China dan akan memupuk kolaborasi hospital asing-tempatan dan pertukaran ilmu pengetahuan secara aktif serta membawa masuk golongan profesional dan kepakaran perubatan asing untuk meningkatkan standard rawatan perubatan swasta bagi melengkapkan penjagaan kesihatan awam kerajaan demi memberi manfaat kepada masyarakat."

Portfolio hospital Perennial Holdings di China berkembang dengan mantap. Di sebalik empat buah hospital yang mempunyai sejumlah 1,300 katil di PIHBC Tianjin, terdapat perancangan dengan lebih 3,000 katil sedang dibangunkan dalam pembangunan berpusatkan penjagaan kesihatan kumpulan ini yang akan datang di Kunming, Xi'an dan Guangzhou.

Latar Belakang Hospital Besar Perennial Tianjin

Hospital Besar Perennial Tianjin ialah hospital besar tertiari swasta milik warga asing penuh pertama China, susulan pengumuman oleh kerajaan China pada September 2024 bahawa hospital milik asing penuh akan dibenarkan beroperasi di beberapa bandar utama, termasuk Beijing dan Tianjin. Hospital ini dibangunkan, dimiliki, dikendalikan dan diurus oleh Perennial Holdings Private Limited ("Perennial Holdings").

Hospital Besar Perennial Tianjin ialah hospital berbilang disiplin tertiari dengan 500 katil, dibangunkan dan dilengkapi dengan kos pelaburan berjumlah RMB 1 bilion dan dibina dengan mematuhi piawaian kebangsaan yang ketat. Terletak di daerah Xiqing, Hospital Besar Perennial merupakan sebahagian daripada komponen rawatan perubatan dalam Bandar Penjagaan Kesihatan dan Perniagaan Antarabangsa ("PIHBC Tianjin") Kereta Api Berkelajuan Tinggi ("HSR") Selatan Tianjin Perennial. Bersebelahan dengan Stesen HSR Selatan Tianjin, PIHBC Tianjin merupakan pembangunan berorientasikan transit HSR penjagaan warga emas, penjagaan perubatan dan hospitaliti bersepadu yang pertama seumpamanya di China.

Pasukan perubatan pakar Hospital Besar Perennial Tianjin yang berkelayakan tinggi menawarkan rangkaian disiplin perubatan yang komprehensif, termasuk ortopedik, oftalmologi, otolaringologi, nefrologi dan imunologi, kardiologi, onkologi serta bidang-bidang lain. Klinik Antarabangsanya turut menawarkan rawatan perubatan individu, termasuk pengekalan kesihatan dan pengurusan penyakit kronik.

Hospital Besar Perennial Tianjin direka sebagai hab perubatan dan perkhidmatan sehenti berpusatkan pesakit di mana pesakit boleh mendapatkan pelbagai rawatan dan menyelesaikan pelan rawatan mereka di bawah satu bumbung. Hospital ini menawarkan perundingan pelbagai disiplin, pasukan berbilang bahasa dan perkhidmatan concierge perubatan yang lengkap untuk pengalaman pesakit yang lancar.

Hospital Besar Perennial Tianjin membawakan konsep ruang perubatan bersama ringan aset yang unik untuk doktor dan kumpulan perubatan di mana mereka memberi tumpuan semata-mata untuk menyediakan perundingan dan rawatan perubatan tanpa melabur dalam kemudahan dan perkhidmatan perubatan. Sebaliknya, doktor dan kumpulan perubatan boleh bergantung pada kemudahan dan perkhidmatan perubatan berkongsi yang disediakan dan diurus oleh Perennial Holdings. Ini termasuk 12 bilik bedah termaju, makmal klinikal yang luas dan peralatan pengimejan diagnostik yang canggih, seperti GE 3.0T SIGNA Architect Air MRI dan Revolution CT 256-Slice Scanner, menyediakan data diagnostik yang tepat kepada pakar perubatan, seterusnya memastikan rawatan yang selamat dan andal untuk pesakit.

Direka oleh firma reka bentuk seni bina global yang memenangi anugerah, tema reka bentuk keseluruhan Hospital Besar Perennial Tianjin menggabungkan bunga kebangsaan Singapura, orkid, untuk mewujudkan persekitaran yang menenangkan dan seperti taman. Hospital ini menawarkan pelbagai pilihan bilik, termasuk bilik katil bujang, katil berkembar dan tiga katil. Setiap bilik dilengkapi dengan bilik mandi bersebelahan untuk memberikan kemudahan dan privasi kepada pesakit, lantas membantu dalam rehat dan pemulihan mereka.

Hospital Besar Perennial Tianjin menawarkan rangkaian pilihan pembayaran yang luas, termasuk pengebilan terus kepada pelbagai penyedia insurans domestik dan antarabangsa. Hospital ini juga telah bekerjasama dengan Bank of Tianjin untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran kredit sisi katil dan tempat rawatan yang mudah.

Hospital Besar Perennial Tianjin yang mempunyai 500 katil, sebuah hospital besar tertiari, merupakan bahagian penting daripada ekosistem hospital PIHBC Tianjin, bersama-sama dengan Hospital Rehabilitasi Perennial Tianjin dengan 200 katil, sebuah hospital rehabilitasi sekunder, Hospital Otak Perennial Eber Tianjin dengan 300 katil, sebuah hospital otak tertiari dan Hospital Perawatan Perennial Tianjin dengan 300 katil.

Hospital Besar Perennial Tianjin turut menyokong 1,800 warga emas yang tinggal di Komuniti Penjagaan Warga Emas Perennial, bersama-sama dengan hospital rehabilitasi dan hospital perawatan. Dengan jumlah portfolio 1,300 katil hospital dan pengkhususan yang pelbagai, PIHBC Tianjin berkedudukan baik untuk menyediakan penjagaan pelbagai aspek dan holistik kepada komuniti di dalam Daerah Xiqing dan wilayah Beijing-Tianjin-Hebei yang lebih luas melalui laluan bawah tanah Stesen HSR Selatan Tianjin bersebelahan dan rangkaian HSR.

Latar Belakang Perennial Holdings Private Limited (www.perennialholdings.com

Perennial Holdings Private Limited ("Perennial Holdings") ialah sebuah syarikat hartanah dan penjagaan kesihatan bersepadu yang beribu pejabat di Singapura. Sebagai pemilik, pemaju dan pengurus hartanah, Perennial Holdings memfokuskan secara strategik pada pembangunan berorientasikan transit ("TOD") berskala besar dan bertapak di China, Singapura, Malaysia dan Indonesia dengan portfolio yang merangkumi kira-kira 80 juta kaki persegi dalam jumlah keseluruhan keluasan lantai kasar. Sebagai pemilik, pengendali dan pengurus perkhidmatan penjagaan kesihatan, Perennial Holdings memfokuskan pada hospital dan pusat perubatan, hab penjagaan kesihatan serta penjagaan warga emas dan perumahan warga emas. Di China, ia bertapak merentas 13 bandar dan mempunyai lebih 23,000 katil, yang terdiri daripada kira-kira 13,000 katil operasi dan lebih 10,000 katil yang sedang dirancang. Di Singapura, ia akan mengendalikan pembangunan kediaman dibantu persendirian pertama di negara berkenaan dengan lebih 300 katil. Rangkaian kemudahan penjagaan kesihatan Perennial Holdings termasuk hospital besar, rehabilitasi dan pakar, serta pangsapuri kediaman dibantu, rumah jagaan warga emas dan pusat jagaan serta perkhidmatan penjagaan warga emas bersepadunya yang terdiri daripada perubatan, perawatan, rehabilitasi, demensia dan penjagaan di rumah.

Portfolio Perennial Holdings di China terdiri daripada lima TOD Kereta Api Berkelajuan Tinggi ("HSR") yang terletak bersebelahan dengan lima stesen HSR terbesar di negara berkenaan. Ini termasuk TOD HSR berpusatkan penjagaan kesihatan dengan komponen penjagaan warga emas, rawatan perubatan dan hospitaliti, iaitu Pembangunan Bersepadu HSR Timur Chengdu, Bandar Penjagaan Kesihatan dan Perniagaan Antarabangsa Perennial (Stesen HSR Selatan Tianjin), Bandar Penjagaan Kesihatan dan Perniagaan Antarabangsa Perennial (Stesen HSR Selatan Kunming) dan Bandar Penjagaan Kesihatan dan Perniagaan Antarabangsa Perennial (Stesen HSR Utara Xi'an), serta satu TOD HSR berpusatkan komersial, iaitu Pembangunan Bersepadu HSR Barat Hangzhou. TOD komersial mercu tanda yang lain termasuk Pembangunan Bersepadu Tongzhou Beijing.

Di Singapura, portfolio Perennial Holdings terdiri daripada hartanah ikonik, seperti The Skywaters, Golden Mile Singapore, Capitol Singapore, CHIJMES, Perennial Business City dan Caldecott Hill, yang terletak di bandar utama dan daerah pinggir bandar berhampiran hab pengangkutan. Ia juga merupakan pemaju dan pengendali bagi Parry Assisted Living Care, pembangunan model perumahan yang juga penjagaan baharu di Parry Avenue.

Dikeluarkan oleh Perennial Holdings Private Limited (Pendaftaran Syarikat: 200210338M) 

 

Source: Perennial Holdings Private Limited
Keywords: Banking/Financial Service Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Economic news, trends, analysis New products/services