Envision Energy dianugerahkan kontrak untuk membekalkan turbin angin 344.5 MW untuk projek Angin Utara Quezon ACEN, mencipta rekod sebagai projek kuasa angin tunggal terbesar Filipina setakat ini.
MANILA, Filipina, 18 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Envision Energy, peneraju global bagi teknologi hijau, telah menggapai pencapaian penting dengan menandatangani kontrak kuasa angin tunggal terbesar Filipina setakat ini. Perjanjian penting yang dianugerahkan oleh ACEN, platform tenaga boleh baharu Ayala Group, melibatkan pembekalan turbin angin 344.5 MW untuk projek Angin Utara Quezon.
Perkongsian ini menyaksikan kolaborasi kedua antara Envision dan ACEN. Turbin angin Envision juga akan menjana kuasa Angin Monsun 600 MW ACEN di Lao PDR yang akan mengeksport tenaga elektrik ke Vietnam, lantas menjadikannya projek angin rentas sempadan pertama Asia Tenggara. Hal ini menekankan komitmen Envision Energy untuk memajukan penyelesaian tenaga mampan di seluruh dunia.
Angin Utara Quezon dibangunkan sebagai projek angin darat terbesar di Filipina. Perjanjian kuasa angin Envision menawarkan perkhidmatan kitaran hayat yang komprehensif termasuk reka bentuk, kejuruteraan, pembuatan dan penghantaran penjana turbin angin (WTG) berprestasi tinggi yang menampilkan menara setinggi 150 meter. Envision Energy akan memanfaatkan kepakarannya untuk menyampaikan penjanaan tenaga dioptimumkan yang disesuaikan dengan keadaan angin yang unik di wilayah Quezon, mengintegrasikan penyelesaian termaju yang dapat memastikan prestasi tinggi dan keandalan. Projek ini akan berfungsi sebagai tambahan yang kritikal kepada kapasiti tenaga boleh baharu negara ini, lalu menyokong peralihan tenaga dan matlamat kemampanan Filipina.
Kane Xu, Naib Presiden Kanan dan Presiden Barisan Produk Antarabangsa di Envision Energy, berkata, "Kami berasa teruja dengan peluang yang diberikan oleh projek ini. Teknologi turbin menara tinggi termaju dan sistem kawalan pintar Envision direkayasa khusus untuk mengoptimumkan prestasi di bawah keadaan angin tempatan, meningkatkan penangkapan tenaga angin dengan ketara dan merangsang kecekapan penjanaan. Inisiatif ini akan benar-benar meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu Filipina dan menyokong peralihan negara ini ke arah ekonomi hijau. Ia turut menekankan komitmen bersama kami untuk memajukan tenaga boleh baharu dan memupuk pembangunan mampan di seluruh Asia Tenggara."
Sebagai peneraju global bagi tenaga boleh baharu dan teknologi kuasa angin pintar, Envision Energy mengkhusus untuk menyampaikan penyelesaian tenaga bersih yang cekap dan andal di seluruh dunia. Turbinnya yang canggih akan memainkan peranan penting dalam mempelopori penyelesaian tenaga mampan di Filipina, lantas mempercepat penggunaan tenaga boleh baharu oleh negara ini. Pelaburan Envision dalam sistem kawalan pintar dan analitis data akan meningkatkan lagi kecekapan operasi Projek Kuasa Angin Utara Quezon, seterusnya menyumbang kepada misi Filipina yang lebih luas untuk beralih kepada ekonomi hijau.