- Ini Menandakan Tamatnya Siri Tindakan yang Dijalankan Syarikat itu Sejak Dua Tahun Lalu bagi Menaikkan Had Pasarannya Sebanyak Tiga Kali Ganda
- Perjanjian Termasuklah Tawaran Terkepil Hak Inovatif dengan Penyertaan Pemegang Saham Signifikan:
- * Perjanjian Terpohon Beli Berlebihan sebanyak 75% atau $42 Juta
- *Ini Menunjukkan Minat Pasaran Terhadap Ikutan Aluminium Auto
SHERMAN OAKS, California, 28 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Signature Group Holdings, Inc. ("Signature" atau "Syarikat") (OTCQX: SGRH) hari ini mengumumkan yang ia telah memuktamadkan pengambilalihan perniagaan Global Recycling and Specification Alloys ("GRSA") untuk syarikat pegangan swasta Aleris Corporation sebanyak $525 juta. Signature akan mengendalikan perniagaan itu mulai sekarang di bawah nama "Real Alloy."
Real Alloy menjadi pengitar semula aluminium bebas terbesar di dunia, menukarkan sisa aluminium dan sanga menjadi aluminium berkualiti tinggi bagi penggunaan dalam industri pengeluaran automotif serta aeroangkasa, pembungkusan makanan dan juga minuman, dan industri bangunan serta pembinaan. Para pelanggannya merupakan pengeluar automotif dan pembekal serta kilang penggelek aluminium paras satu dan paras dua mereka di AS, Kanada, Mexico, dan Eropah. Real Alloy menikmati ekonomi berskala dan saham pasaran utama dalam pengitaran semula aluminium pihak ketiga di Amerika Utara dan Eropah.
Ketua Pegawai Eksekutif Signature Craig Bouchard mengulas, "Kami gembira dapat memuktamadkan urus niaga ini. Ia memang apa yang kami cari selama ini: pemimpin dalam industri pertumbuhan tinggi dengan kumpuan pengguna hebat serta pasukan pengurusan yang berpengalaman." Sambung Bouchard lagi, "Pasukan ini telah membina syarikat nombor satu dalam industri ini, dan saya mengalu-alukan kesemua 1,600 kakitangan dalam 24 loji di Amerika Utara serta Eropah ke dalam keluarga Signature."
Terry Hogan, Naib Presiden Kanan GRSA divisyen Amerika Utara telah dilantik sebagai Presiden Real Alloy berkuat kuasa mulai 27 Februari 2015. Russell Bar, Naib Presiden GRSA bagi operasi di Eropah akan bertindak sebagai Naib Presiden Eksekutif Real Alloy Europe, juga berkuat kuasa mulai 27 Februari 2015.
Persetujuan ini adalah transformatif untuk Signature, kerana ia mengikut strategi yang mereka umumkan kepada awam untuk menjadi pelabur stabil dan strategik yang memfokus kepada sektor termasuklah pengangkutan, makanan, air, serta tenaga. Hasil persetujuan itu, Syarikat itu menjangka hasil tahunannya akan meningkat daripada sekurang-kurangnya $50 juta menjadi kira-kira $1.5 bilion, dengan aliran tunai bebas positif yang signifikan.
Butiran Struktur Persetujuan Inovatif
Anak syarikat Signature mengeluarkan nota dagangan awam sebanyak $305 juta (B2/B3), dan turut mengatur kemudahan modal kerja terkumpul sebanyak $175 juta, Signature menyumbang lebih $180 juta ekuiti ke dalam Real Alloy bagi memuktamadkan urus niaga itu dan membayar kos pemuktamadan. Sebelum ini Signature telah mengumumkan ia telah mengumpul modal ekuiti untuk urus niaga ini. Bahagian ekuiti terakhir adalah struktur Tawaran Terkepil Hak yang inovatif. Tawaran itu mengumpul $55 juta, dengan jumlah pembelian, dan permintaan terlebih beli bagi lebih $97 juta. Kata Bouchard: "Kami sangat gembira lebih 80% daripada saham kami dibeli bagi tawaran hak asas ini. Tambahan lagi, para pemegang saham memohon untuk permohonan beli berlebihan untuk lebih $52 juta. Ini membawa kepada tambahan $42 juta lagi pembelian berbanding saiz maksimum tawaran. Kami menghargai sokongan hebat yang diberikan oleh para pemegang saham sejak dua tahun lalu ketika had pasaran kami meningkat tiga kali ganda."
Latar Belakang Signature Group Holdings, Inc.
Signature merupakan syarikat pegangan yang berpusat di Amerika Utara yang ingin melabur modalnya dalam perniagaan besar, terurus, dan berkeuntungan tekal yang tertumpu khususnya dalam pasaran perindustrian serta komersialdi Amerika Syarikat. Signature mempunyai sumber modal signifikan, dan baki cukai bawa ke hadapan kendalian bersih persekutuan sebanyak lebih $900 juta. Untuk maklumat lanjut tentang Signature, lawati laman web korporatnya di www.signaturegroupholdings.com.
Berkenaan Tawaran Hak Ini
Tawaran Hak ini kekal terbuka mengikut pemegang waran Signature dan dibuat hanya menggunakan prospektus. Bahagian tambahan prospektus sebelum ini telah difailkan di Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa oleh Syarikat itu, dan tarikh tamat untuk bahagian khas Tawaran Hak itu kekal pada 28 April 2015. Hebahan akhbar ini tidak boleh dianggap sebagai tawaran untuk menjual atau tarikan bagi tawaran untuk membeli sekuriti yang digambarkan di dalam ini, dan tidak ada sebarang tawaran, tarikan, atau jualan sebarang sekuriti boleh dijalankan di mana-mana negeri atau bidang kuasa yang mana tawaran, tarikan, atau jualan itu salah daripada segi undang-undang melainkan sebelum pendaftaran atau kelayakan sekuriti itu di bawah undang-undang sekuriti negeri atau bidang kuasa itu. PESURUHJAYA PEMERHATIAN PERNIAGAAN NEGERI CALIFORNIA TIDAK MENYARANKAN ATAU MENYOKONG PEMBELIAN SEKURITI INI.
Kenyataan Peringatan Berkenaan Kenyataan Pandang ke Hadapan
Hebahan ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan, yang dibuat berdasarkan jangkaan, anggaran, dan unjuran semasa kami, tentang perniagaan dan prospek perniagaan Signature serta Real Alloy, selain kepercayaan pihak pengurusan, dan sesetengah andaian yang dibuat pihak pengurusan. Perkataan seperti "menjangka", "mengharap", "berniat", "merancang", "percaya", "ingin", "menganggar", "mungkin", "patut", "akan" dan perkataan lain yang mirip maksud adalah untuk mengenal pasti kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan seperti itu hanya benar pada tarikh tersebut dan tertakluk kepada perubahan. Signature tidak bertanggungjawab untuk menyemak semula atau mengemas kini secara umum sebarang kenyataan pandang ke hadapan untuk sebarang sebab. Kenyataan ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan tentang strategi perluasan dan perniagaan Signature serta Real Alloy; peluang pertumbuhan yang dijangka, jumlah modal yang perlu dikumpulkan bagi mencapai strategi itu, serta prestasi, pertumbuhan, keputusan pengendalian, keadaan kewangan dan prospek masa hadapan. Kenyataan berikut bukan merupakan jaminan prestasi masa hadapan dan tertakluk kepada risiko, ketidakpastian, dan andaian tertentu yang sukar diramal. Oleh itu, keputusan sebenar boleh berbeza dan berlawanan daripada yang dinyatakan dalam mana-mana kenyataan pandang ke hadapan hasil daripada pelbagai faktor. Faktor penting yang mungkin akan menyebabkan perbezaan sebegitu termasuklah, tetapi tidak terhad kepada kemampuan Signature untuk mengenal pasti, memuktamadkan, dan menyepadukan dengan jayanya pengambilalihan Real Alloy dan/atau perniagaan lain; penerimaan agar saham Syarikat itu disenaraikan di NASDAQ atau bursa lain; perubahan dalam perniagaan atau keadaan pasaran lain; kesukaran untuk mengekalkan pertumbuhan perbelanjaan pada tahap sederhana sambil meningkatkan hasil; kemampuan Signature untuk bertahan dengan jayanya terhadap hal ehwal litigasi semasa dan baharu; serta permintaan oleh bank pelaburan untuk tuntutan pertahanan, perlindungan, dan sumbangan; mendapatkan faedah yang dijangka daripada perbadanan semula itu; kemampuan Signature untuk mengakses dan merealisasikan nilai daripada baki cukai bawa ke hadapan kerugian kendalian bersih persekutuan; serta risiko lain yang akan diperincikan dari masa ke masa dalam pemfailan Signature bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk tetapi tidak terhad kepada Laporan Tahunan yang difailkan pada Borang 10-K baru-baru ini serta laporan susulan yang difailkan pada Borang 10-Q dan 8-K.
Maklumat Perhubungan Pelabur:
Jeff Crusinberry
+1-805-435-1255
investor.relations@signaturegroupholdings.com