PARIS, 14 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, HUAWEI menganjurkan Aktiviti Mencipta Seluruh Dunia GoPaint di Opéra Gedung Utamanya di Paris. Acara ini, yang diketuai oleh dua pelukis ilustrasi berbakat, Mayada dan Kenza, menonjolkan potensi seni digital dan kemudahan mengakses kreativiti melalui aplikasi GoPaint, yang tersedia pada Huawei MatePad Series.
Semasa berlangsungnya acara ini, 30 peserta meneroka seni digital bersama-sama pelukis ilustrasi Mayada dan Kenza. Selepas sesi pengenalan kepada teknik lukisan dan cara menggunakan aplikasi GoPaint pada HUAWEI MatePad series, peserta berpeluang untuk mencipta karya seni mereka sendiri, dibimbing oleh artis. Setiap peserta pulang dengan cenderamata yang unik: lukisan peribadi mereka dicetak pada beg jinjing, suatu cara asli untuk mengekalkan pengalaman kreatif ini. Acara ini turut memberi peluang untuk menguji tablet HUAWEI MatePad yang terkini dan meneroka ciri-ciri aplikasi GoPaint, yang membolehkan semua orang menyelami sepenuhnya dunia penciptaan digital. Interaksi bersama artis membolehkan peserta mempelajari teknik baharu dan memperdalam pemahaman mereka tentang seni digital.
Dilancarkan secara global merentas semua tablet jenama ini, GoPaint ialah aplikasi lukisan digital yang berkuasa dan intuitif yang menawarkan lebih 150 berus pratetap dan lebih daripada 80 tetapan berus. Ia memberikan pengalaman yang imersif dengan kesan strok berus ekspresif yang meniru dengan sempurna kesan pensel di atas kertas. Antara banyak ciri yang ditawarkan ialah berus inovatif seperti berus "percikan" dan "cecair" yang mendayakan kreativiti tak terbatas. Berus "percikan", contohnya, mencipta percikan dakwat dengan melepasi stilus kira-kira 12 mm dari skrin dan mengetiknya dua kali, lalu menambahkan dimensi yang menyeronokkan dan interaktif pada karya seni. Aplikasi ini juga menawarkan pelbagai tekstur realistik, meniru kertas, sutera emas, kertas beras dan batu, memberikan sensasi mencipta yang autentik seolah-olah melukis di atas kertas sebenar. Akhir sekali, dengan adanya FangTian Painting Engine 2.0, pengguna dapat menikmati kanvas 8K ultra-lebar, berbilang lapisan resolusi tinggi dan kadar bingkai tinggi 120 fps.
Matlamat GoPaint adalah untuk menyerlahkan bakat artis dalam diri kita, bagi membolehkan sesiapa sahaja mencipta karya seni digital dengan pelbagai kanvas dan berus, sama ada dakwat, cat minyak atau cat air.
Sepanjang berlangsungnya acara ini, setiap peserta berpeluang untuk merasai pengalaman aplikasi GoPaint pada tablet terkini Huawei, HUAWEI MatePad Pro 12.2 dan HUAWEI MatePad 12X, kedua-duanya dilengkapi dengan paparan PaperMatte. Teknologi paparan ini, yang dibangunkan oleh Huawei, mencipta semula sensasi mengusahakan dan menikmati kandungan secara sejadi sama seperti di atas kertas, seterusnya menawarkan pengalaman penciptaan yang lancar dan autentik.
Gedung Utama HUAWEI Opéra Paris, lokasi yang ikonik untuk jenama ini di tengah-tengah ibu kota sejak tahun 2020, tetap komited untuk menawarkan pengalaman yang memperkayakan kepada pelanggannya. Selain acara lukisan digital ini, gedung ini menganjurkan acara eksklusif, seperti acara seni digital bersama GoPaint, pengalaman fotografi bersama HUAWEI XMAGE dan acara sukan bersama duta antarabangsa Sir Mo Farah. Dengan memanfaatkan lokasi ikonik ini dan kemajuan teknologi Huawei, jenama ini dapat meneruskan misinya untuk menawarkan pengalaman unik yang berkaitan dengan seni, fotografi, sukan serta kesihatan.
Gedung Utama HUAWEI Opéra bukan sahaja memberikan pengalaman yang imersif tetapi turut menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif. Meja khusus, terletak di dalam gedung, dibuka mulai Isnin hingga Sabtu, dengan sebuah pasukan bersedia untuk menyambut pelanggan dan menjawab semua pertanyaan mereka.
Ketahui Lebih Lanjut :
MatePad Pro 12.2 PaperMatte: https://consumer.huawei.com/en/tablets/matepad-pro-12-2/
MatePad 12X PaperMatte: https://consumer.huawei.com/en/tablets/matepad-12-x/
GoPaint: https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/gopaint/
Latar Belakang Huawei Consumer BG
Produk dan perkhidmatan Huawei tersedia di lebih 170 negara dan digunakan oleh satu pertiga daripada penduduk dunia. Empat belas pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) telah ditubuhkan di negara-negara di seluruh dunia, termasuk Jerman, Sweden, India dan China. Huawei Consumer BG ialah salah satu daripada tiga unit perniagaan Huawei dan meliputi telefon pintar, PC dan tablet, peranti boleh pakai, perkhidmatan awan dan sebagainya. Rangkaian global Huawei dibina berasaskan kepakaran selama lebih 30 tahun dalam industri telekomunikasi dan mengkhusus untuk menyampaikan kemajuan teknologi yang terkini kepada pengguna di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: http://consumer.huawei.com
Untuk perkembangan terkini berkala mengenai Huawei Consumer BG, ikuti kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/huaweimobile/
Twitter: https://twitter.com/HuaweiMobile
Instagram: https://www.instagram.com/huaweimobile/
YouTube: https://www.youtube.com/user/HuaweiDeviceCo
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/10617746/