Meneruskan momentumnya, Pan Pacific Hotels Group ialah kumpulan hotel Singapura pertama yang memperoleh Pensijilan Berbilang-Tapak GSTC untuk kelapan-lapan hartanah Singapuranya
SINGAPURA, 19 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Pan Pacific Hotels Group (PPHG) hari ini mengumumkan keenam-enam hartanah Australianya telah dianugerahkan pensijilan Kriteria Industri untuk Hotel Majlis Pelancongan Lestari Global (GSTC). Pencapaian ini meletakkan PPHG sebagai perintis dalam hospitaliti lestari, dengan enam hartanah ini menjadi yang pertama di rantau Oceania yang mencapai piawaian yang diiktiraf di peringkat global ini. PPHG ialah subsidiari hotel milik penuh UOL Group Limited (UOL), salah satu pemaju yang terkemuka di Singapura.
Pan Pacific Hotels Group's portfolio in Australia (from left to right): Pan Pacific Melbourne; Pan Pacific Perth; PARKROYAL Darling Harbour Sydney; PARKROYAL Melbourne Airport; PARKROYAL Parramatta Sydney and PARKROYAL Monash Melbourne.
Enam hartanah Australia yang diperakui ialah: Pan Pacific Melbourne; Pan Pacific Perth; PARKROYAL Darling Harbour Sydney; PARKROYAL Melbourne Airport; PARKROYAL Parramatta Sydney dan PARKROYAL Monash Melbourne.
Ini berikutan kejayaan awal PPHG pada Februari 2024, apabila ia menjadi kumpulan hotel Singapura pertama yang memperoleh Pensijilan Berbilang-Tapak GSTC merentas kelapan-lapan hartanahnya di Singapura. Pencapaian ini menonjolkan komitmen PPHG kepada penjagaan alam sekitar dan pelancongan yang bertanggungjawab tatkala ia meluaskan jejak globalnya.
Kriteria GSTC ialah piawaian global untuk pengembaraan dan pelancongan yang lestari. Kriteria Industri untuk Hotel GSTC memupuk amalan pelancongan lestari merentas empat bidang utama: perancangan kemampanan yang berkesan, pemaksimuman faedah sosial dan ekonomi untuk masyarakat setempat, peningkatan warisan budaya dan pengurangan impak negatif kepada alam sekitar.
Choe Peng Sum, Ketua Pegawai Eksekutif Pan Pacific Hotels Group, berkata: "Di PPHG, kami percaya bahawa memperkaya pengalaman tetamu berjalan seiring dengan komitmen kami kepada kelestarian dan penglibatan komuniti. Kami amat berbangga kerana keenam-enam hartanah Australia kami telah mencapai Pensijilan Berbilang-Tapak GSTC, seterusnya mencerminkan dedikasi kami untuk menerapkan amalan lestari merentas portfolio kami.
"Sebagai Kumpulan pemilik-pengendali, kami memanfaatkan kepakaran kami dalam operasi dan pembangunan untuk mengintegrasikan kelestarian dengan tujuan yang bermanfaat ke dalam hotel, pusat peranginan dan suit servis kami. Pengembara hari ini mengharapkan kemewahan yang mampan dan kami berada di barisan hadapan pergerakan ini selama lebih sedekad lamanya, bermula dengan PARKROYAL COLLECTION Pickering oleh UOL di Singapura. Pengiktirafan ini menonjolkan visi kami terhadap pelancongan lestari dan tanggungjawab kami kepada masyarakat dan alam sekitar."
Diterajui oleh UOL, Kumpulan ini juga membuat pelaburan besar dalam Inisiatif Peningkatan Aset merentas portfolionya di Australia agar sejajar dengan jangkaan pengguna dan piawaian jenama yang semakin berkembang.
Sebagai ahli GSTC, PPHG terus menyelaraskan inisiatif kelestariannya dalam seluruh hartanahnya di peringkat global. Dengan pensijilan portfolio Australianya, PPHG kini memegang Pensijilan Berbilang-Tapak GSTC di 14 hartanah, lalu menunjukkan pendekatan proaktifnya untuk menerapkan amalan lestari dan mewujudkan impak bermakna dalam komuniti yang menerima khidmatnya.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.panpacific.com.
Latar Belakang Pan Pacific Hotels Group Limited
Pan Pacific Hotels Group ialah sebuah syarikat hospitaliti global yang memiliki dan mengurus lebih 50 hotel, pusat peranginan dan suit servis yang terdiri daripada tiga jenama - "Pan Pacific", PARKROYAL COLLECTION dan PARKROYAL di lebih daripada 30 bandar di seluruh Asia Pasifik, Amerika Utara dan Eropah. Beribu pejabat di Singapura, ia merupakan ahli UOL Group Limited tersenarai di Singapura.
Pan Pacific Hotels and Resorts menyampaikan perkhidmatan yang tulus dan bersopan santun kepada setiap tetamu dengan keghairahan untuk mencapai kecemerlangan.
PARKROYAL COLLECTION Hotels & Resorts didorong oleh keghairahan kami terhadap kehidupan dan kelestarian.
PARKROYAL Hotels & Resorts dibezakan oleh keghairahannya terhadap orang ramai dan tempat, membawa keasyikan kepada setiap tetamu dalam budaya tempatan dan asli.
Kunjungi www.panpacific.com.
Pan Pacific DISCOVERY
Pan Pacific DISCOVERY ialah program kesetiaan yang direka untuk meningkatkan pengalaman setiap tetamu. Ahli-ahli boleh menikmati faedah DISCOVERY Dollars (D$), mata wang ganjaran digital mesra pengguna, memberikan diskaun eksklusif untuk kadar bilik, pengalaman menjamu selera dan banyak lagi. Dengan perkembangan setiap peringkat, ahli-ahli meningkatkan status mereka bagi mendapatkan keistimewaan yang dipertingkat dan peluang untuk memperoleh dan membelanjakan D$ ke atas kemudahan dan pengalaman hotel premium, termasuk outlet menjamu selera yang dimiliki oleh Pan Pacific Hotels Group di seluruh dunia. Pan Pacific DISCOVERY merupakan ahli Global Hotel Alliance (GHA), pakatan hotel bebas yang terbesar di dunia dengan 40 jenama dan lebih 800 hotel di serata dunia.
Untuk menjadi ahli, kunjungi panpacific.com.