omniture

Huawei dan University of Hong Kong Bina Kampus Pintar Generasi Seterusnya, Percepat Transformasi Digital Pendidikan

HUAWEI
2024-12-20 13:41

HONG KONG, 20 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Pada 12 Disember, Huawei dan University of Hong Kong (HKU) bersama-sama mengadakan majlis pelancaran untuk "Pameran Rangkaian Kampus Pintar University of Hong Kong & Huawei." Ini menyaksikan pencapaian baharu dalam kolaborasi mereka dalam membangunkan ketersambungan dan infrastruktur rangkaian kampus yang lebih pintar. Kedua-dua pihak komited untuk mencipta pameran global untuk inovasi rangkaian kampus pintar, yang bukan sahaja mempercepat transformasi digital dan pintar HKU, tetapi turut berfungsi sebagai rujukan dan inspirasi yang sangat baik untuk lebih banyak universiti di seluruh dunia.

Huawei and HKU jointly held the launch ceremony of "The University of Hong Kong & Huawei Global Smart Campus Network Showcase"
Huawei and HKU jointly held the launch ceremony of "The University of Hong Kong & Huawei Global Smart Campus Network Showcase"

Beberapa pemimpin utama daripada kedua-dua pihak menghadiri majlis ini, termasuk Flora Ng, Ketua Pegawai Penerangan dan Pustakawan Universiti di HKU; Wilson Kwok, Pengarah Bersekutu (Pejabat CIO & Pustakawan) di HKU; Jason He, Presiden Jabatan Jualan Pemasaran & Penyelesaian Komunikasi Data Perusahaan Huawei; Jim Bi, Presiden Jabatan Jualan Pemasaran & Penyelesaian ICT Huawei Hong Kong; Yury Yin, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei; Jackie Yu, Pengarah Jabatan Pelaksanaan Penjenamaan & Pemasaran, Huawei Enterprise Business.

Flora Ng, Chief Information Officer and University Librarian at HKU, giving a welcome speech
Flora Ng, Chief Information Officer and University Librarian at HKU, giving a welcome speech

"Sebagai sebuah universiti yang bertaraf dunia, HKU komited untuk menyediakan persekitaran pengajaran dan penyelidikan yang terbaik untuk bakat akademik global dan menggalakkan integrasi pendidikan serta teknologi," kata Flora Ng dalam ucapan alu-aluannya. "Tahun ini meraikan ulang tahun ke-112 Perpustakaan HKU, yang telah menjadi platform penting untuk penyelidikan akademik global lebih seabad. Dengan kepelbagaian keperluan pengajaran yang semakin meningkat dan transformasi digital yang semakin pantas, pembinaan kampus pintar amat penting untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti tinggi."

Beliau menyambung: "Bersama-sama dengan Huawei, kami telah membina rangkaian kampus 10 Gbps berkualiti tinggi yang dikuasakan oleh Wi-Fi 7 dan menggunakannya dalam pelbagai senario, seperti perpustakaan, bangunan utama (Dewan Loke Yew), bilik darjah dan Stesen HKU. Penggunaan ini memastikan sambungan rangkaian yang stabil dan lancar untuk aplikasi pengajaran dalam bilik darjah pintar, perpustakaan, bilik belajar dan auditorium, lantas meletakkan asas yang kukuh untuk kampus pintar HKU."

Ng menambah: "Melangkah ke hadapan, kedua-dua pihak akan terus bekerjasama erat berhubung rangkaian pintar dan menyelami dengan lebih mendalam terhadap senario seperti keselamatan rangkaian, Operasi dan Penyelenggaraan (O&M) pintar dan Internet Pelbagai Benda (IoT) kampus pintar. Dengan berbuat demikian akan dapat membina persekitaran pendidikan yang lebih selamat, cekap dan pintar demi masa depan, seterusnya memacu transformasi digital industri pendidikan."

Jason He, President of Global Enterprise Data Communication Marketing & Solution Sales Dept, Huawei, speaking at the launch
Jason He, President of Global Enterprise Data Communication Marketing & Solution Sales Dept, Huawei, speaking at the launch

"Ketika ini, pendidikan berintegrasi begitu pantas dengan teknologi digital. Huawei memanfaatkan sepenuhnya kepakaran dan kekuatannya yang tiada tandingan dalam bidang ICT untuk membantu HKU berinovasi dalam penyelidikan saintifik, hal ehwal pengajaran dan proses pengurusan," kata Jason He, Presiden Jabatan Jualan Pemasaran & Penyelesaian Komunikasi Data Perusahaan Global, Huawei, dalam ucapannya. "Khususnya, penyelesaian rangkaian kampus 10 Gbps berkualiti tinggi Huawei yang dikuasakan oleh Wi-Fi 7 membawakan tiga jenis penaiktarafan pengalaman kepada HKU: penaiktarafan pengalaman tanpa wayar, penaiktarafan pengalaman aplikasi dan penaiktarafan pengalaman O&M. Penyelesaian ini memenuhi pelbagai keperluan khusus senario kampus sekali gus memastikan keselamatan data yang akhirnya memberikan pengalaman rangkaian yang baharu."

Inovasi teknologi memenuhi keperluan rangkaian yang pelbagai, membawa pengalaman rangkaian kampus ke tahap baharu.

Dengan kedatangan era digital, peperiksaan dalam talian, kelas langsung, kuliah dan upacara menimbulkan keperluan prestasi yang lebih tinggi ke atas rangkaian kampus moden. Terutamanya dalam senario bilik darjah pintar, keutamaan tertinggi ialah memastikan pengalaman pengajaran yang sentiasa optimum di dalam bilik darjah.

Penyelesaian rangkaian kampus 10 Gbps yang berkualiti tinggi daripada Huawei dapat memenuhi keperluan ini. Dengan memanfaatkan teknologi Wi-Fi 7 yang canggih, penyelesaian ini meningkatkan dengan ketara lebar jalur rangkaian yang diperlukan untuk pengajaran interaktif HD 4K/8K dalam bilik darjah pintar. Ia juga menawarkan jaminan aplikasi (yang secara automatik mengenal pasti dan mengutamakan aplikasi pengajaran utama), keterlihatan kualiti aplikasi dan keupayaan menarik yang lain bagi memastikan pengalaman unggul dengan aplikasi pengajaran.

AP Wi-Fi 7 yang terkini daripada Huawei yang digunakan di Dewan Loke Yew (mercu tanda bersejarah dan juga pusat aktiviti penting), perpustakaan dan bilik belajar menyediakan sambungan rangkaian yang lancar semasa peperiksaan dalam talian berpusat dan waktu puncak aktiviti perayaan.

Kerjasama ini merupakan satu pencapaian dan amalan penting dalam perjalanan menuju pendidikan yang lebih bijak dan ketersambungan kampus yang lebih pintar pada masa depan. Menurut Jason He: "Memandang ke hadapan, Huawei akan meneruskan perkongsian kami bersama HKU untuk terus mewujudkan persekitaran pendidikan yang berkualiti tinggi, seterusnya memantapkan kedudukan utama HKU dalam pengajian tinggi global. Kerjasama ini juga boleh menjadi contoh terbaik untuk lebih banyak universiti Hong Kong bagi memulakan perjalanan pendidikan digital mereka."

Source: HUAWEI
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Education Higher Education Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Cloud Computing / Internet of Things