omniture

Projek Pengeluaran Hidrogen Air Laut Berasaskan Kilang Pertama China Siap di Kilang Penapisan Qingdao Sinopec

SINOPEC
2024-12-20 13:45

QINGDAO, China, 20 Disember 2024 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") menyiapkan projek penyelidikan pengeluaran hidrogen air laut berasaskan kilang pertama China di Kilang Penapisan Qingdao. Projek ini menyepadukan elektrolisis air laut langsung dengan pengeluaran hidrogen hijau dikuasakan tenaga boleh baharu, mencapai output setiap jam sebanyak 20 meter padu hidrogen hijau. Pendekatan yang inovatif ini bukan sahaja menawarkan penyelesaian baharu untuk kawasan pantai bagi memanfaatkan tenaga boleh baharu untuk pengeluaran hidrogen hijau bahkan turut menyediakan laluan alternatif untuk menggunakan secara bijak air sisa industri dengan kemasinan tinggi.

China’s First Factory-Based Seawater Hydrogen Production Project Completed at Sinopec Qingdao Refinery.
China’s First Factory-Based Seawater Hydrogen Production Project Completed at Sinopec Qingdao Refinery.

Projek ini mengguna pakai model operasi berasaskan kilang, memanfaatkan sebahagian daripada tenaga elektrik hijau yang dijana daripada stesen janakuasa fotovolta terapung Kilang Penapisan Qingdao. Melalui elektrolisis, air laut dibahagikan kepada hidrogen dan oksigen, dengan hidrogen yang dihasilkan disepadukan dengan lancar ke dalam jaringan saluran paip Kilang Penapisan Qingdao untuk digunakan dalam proses penapisan atau kenderaan berkuasa hidrogen. Proses pengeluaran keseluruhan berlaku dalam persekitaran kilang bagi memastikan kecekapan dan kestabilan operasi.

Pengeluaran hidrogen air laut mempunyai potensi yang besar. Dengan menukarkan secara langsung air laut kepada hidrogen, tenaga boleh baharu yang tidak stabil dan sukar disimpan boleh diubah menjadi hidrogen hijau, yang secara relatifnya lebih mudah untuk disimpan dan digunakan. Selain itu, proses ini memulihara sumber air tawar yang berharga, seterusnya menawarkan laluan baharu demi pembangunan industri tenaga hidrogen.

Walaupun terdapat kelebihannya, pengeluaran hidrogen air laut mempunyai cabaran. Air laut mengandungi kira-kira 3% garam dan bendasing, seperti ion klorida, yang boleh mengakis elektrod elektrolitik, manakala mendakan kation mungkin menyumbat saluran peralatan, lalu mengurangkan kecekapan dan mengakibatkan kerosakan. Kilang Penapisan Qingdao Sinopec, melalui kolaborasi bersama Institut Petroleum dan Petrokimia Dalian, telah berjaya mengatasi cabaran ini melalui satu siri inovasi peralatan khusus dan reka bentuk proses yang unik, termasuk teknologi elektrod tahan klorin, reka bentuk plat elektrod berprestasi tinggi dan sistem peredaran air laut, lalu membolehkan penyepaduan lancar antara penyelidikan dan aplikasi praktikal.

Pengeluaran hidrogen air laut dijangka mencapai aplikasi perindustrian berskala besar pada masa depan. Sinopec menggiatkan usahanya untuk menjadi syarikat tenaga hidrogen China yang terkemuka dengan memajukan penyelidikan dan aplikasi teknologi hidrogen dalam seluruh rantaian industri.

Sinopec sudahpun meraih beberapa pencapaian, termasuk kejayaan penggunaan pengelektrolisis PEM berskala megawatt dan pentauliahan projek Sel Elektrolisis Oksida Pepejal (SOEC) 100 kilowatt pertama China. Menjelang tahun 2024, syarikat ini menubuhkan 136 stesen pengisian bahan api hidrogen dan membina 11 pusat bekalan bahan api hidrogen, lalu menekankan komitmennya untuk memacu pertumbuhan yang berkualiti tinggi dalam sektor tenaga hidrogen.

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services