omniture

CGTN: 'Mutiara' China: Bagaimana Macau berkembang maju sejak ia kembali 25 tahun lalu

CGTN
2024-12-20 13:48 3

BEIJING, 20 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Dua puluh lima tahun. Selama itulah tempoh yang diambil oleh Macau untuk mendapat tempat dalam kalangan bandar terkaya di Asia dan dunia umumnya.

KDNK Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Macau China pada tahun 2023 mencapai 379.5 bilion MOP (kira-kira $47.5 bilion), peningkatan sebanyak tujuh kali ganda daripada tahun 1999, tahun Macau kembali ke China.

Macau ialah "mutiara di telapak tangan" ibu pertiwi, kata Presiden China Xi Jinping pada hari Rabu apabila beliau tiba di bandar itu dengan pesawat khas untuk meraikan ulang tahun ke-25 kembalinya Macau ke China.

Sepanjang 25 tahun yang lalu, amalan "Satu Negara, Dua Sistem" dengan ciri-ciri Macau telah mencapai kejayaan dan diiktiraf secara meluas oleh dunia, memperlihatkan daya hidup yang hebat dan daya tarikan yang unik, kata Presiden Xi di lapangan terbang.

'Mutiara' China

Kira-kira 2.8 bilion perjalanan masuk dan keluar antara SAR Macau dan bandar jiran Zhuhai telah dibuat sejak kembalinya Macau ke tanah air, menurut data yang dikeluarkan oleh Kastam Zhuhai pada 17 Disember.

Bilangan pusat pemeriksaan yang menghubungkan SAR Macau dan Zhuhai juga telah meningkat daripada hanya dua pada tahun 1999 kepada tujuh pada masa ini.

Pelabuhan Hengqin ialah salah satu pusat pemeriksaan yang paling sibuk. Pulau Hengqin merupakan pusat kepada Zon Kerjasama Mendalam Guangdong-Macau yang ditubuhkan pada tahun 2021 oleh kerajaan pusat China untuk memupuk integrasi yang lebih erat antara kedua-dua wilayah. Zon ini menjadi hab untuk inovasi dan keusahawanan, menjadi tuan rumah kepada hampir 6,500 perusahaan yang mendapat pelaburan daripada Macau dan menyediakan platform untuk industri-industri baharu.

Sejak kepulangannya, pihak berkuasa pusat menyokong SAR dengan bersungguh-sungguh termasuk mewujudkan banyak dasar untuk menyepadukan SAR secara aktif ke dalam pembangunan negara. Usaha ini mentransformasikan Macau menjadi sebuah metropolis antarabangsa yang moden dengan kemajuan yang luar biasa dalam pembangunan ekonomi dan juga mata pencarian rakyat.

Pencapaian Macau "merupakan kegemilangan penduduk Macau dan kebanggaan semua rakyat Cina," kata Presiden Xi semasa ketibaannya pada hari Rabu, menyatakan keyakinan terhadap masa depannya yang cerah.

Menurut laporan rasmi, Presiden Xi, juga setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat akan menghadiri perhimpunan bagi meraikan ulang tahun dan upacara perasmian kerajaan SAR Macau penggal keenam pada hari Jumaat.

Presiden Xi juga dijangka akan memeriksa SAR seluas 33 kilometer persegi itu. Dalam ucapannya di lapangan terbang, Xi berkata beliau akan mengadakan "pertukaran yang meluas dan mendalam bersama rakan-rakan di Macau" berhubung pembangunan wilayah tersebut semasa lawatannya.

Beliau turut menyatakan kepercayaan bahawa Macau akan mencipta masa depan yang lebih cerah dengan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan institusi "Satu Negara, Dua Sistem," bekerja keras dan mempromosikan inovasi dengan aktif.

Untuk maklumat lanjut, sila klik:

https://news.cgtn.com/news/2024-12-18/President-Xi-Jinping-delivers-speech-upon-arrival-in-Macao-SAR-1zqWeketB72/p.html

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service